Sunday, April 12, 2009

Ekonomi Dan Perniagaan Secara Islam

Oleh: Nurul Syahirah Bt Omar

Islam menggalakkan umatnya untuk bekerja demi mencari rezeki tidak kira apa pekerjaan sekali pun. Malah dalam Islam bekerja adalah diwajibkan untuk mengisi keperluan diri sendiri, untuk keluarga dan orang yang di bawah tanggungan. Bahkan Islam amat membenci pengangguran dan hidup meminta-minta.

Terdapat sebuah hadis riwayat Imam Bukhari bahawa pada suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang lelaki yang meminta sedekah. Baginda SAW meminta lelaki terbabit untuk menunggu diluar dan Baginda SAW kembali dengan membawa sebilah kapak lalu menyerahkan pada lelaki tersebut. Baginda SAW menyuruh lelaki tersebut ke pasar dan pergi bekerja mencari kayu dan menjualnya di pasar untuk mendapat hasil jualan. Sebelum lelaki itu pergi, Baginda memesan kepadanya agar dua tiga hari lagi datang bertemunya semula. Setelah selang beberapa hari lelaki tersebut kembali dan menyatakan pada Baginda SAW bahawa motivasi dan semangat yang diberikan oleh Rasulullah sangat berkesan dan membantu lelaki tersebut untuk berdikari menjadi seorang usahawan kayu kayan.

Ini membuktikan betapa Islam menegaskan umatnya untuk bekerja untuk menyara hidup tanpa meminta dan bergantung pada orang lain. Bagi mereka yang mempunyai tanggungan seperti seorang ayah adalah bertanggungjwab untuk memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak. Islam juga tidak menggariskan apa-apa syarat untuk mencari pekerjaan, tidak kira pekerjaan tersebut tinggi pangakatnya atau rendah, umat Islam diwajibkan untuk mencari pekerjaan yang halal. Pekerjaan yang halal akan mendapat keberkatan daripada ALLAH SWT. Maka hidup kita akan menjadi lebih bermakna. Terdapat sebuah hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

“mengemis adalah aib (tercela)…” (abu daud,an-nasai dan at-tirmizi)

Hukum seseorang itu bekerja mencari nafkah yang halal untuk mengisi nafkah hidup diri dan keluarga serta orang yang dibawah tanggungannya adalah “wajib”.

TUJUAN BEKERJA
1. Melaksanakan dan menunaikan perintah ALLAH.
Kita sebagai umat Islam, seharusnya bekerja dengan niat kerana ALLAH SWT. Apabila kita bekerja atas dasar perintah ALLAH SWT, maka jadilah kerja itu sebagai ibadah dan diberi pahala.

Niat bekerja kerana ALLAH SWT itu adalah bermaksud mencari rezeki yang halal, mencari nafkah untuk keluarga, mencari wang bagi membantu fakir miskin dan anak yatim yang memerlukan pertolongan, membayai untuk megerjakan haji dan lain-lain.
Riwayat At Tabrani, bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya

“ Sesungguhya ALLAH SWT menwajibkan kepada kamu berusaha (bekerja), maka oleh sebab itu hendaklah kamu bersifat rajin berusaha”


2. Untuk keperluan diri, keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungan.
Secara umum kita sudah memahami bahawa kita bekerja untuk mencari nafkah dan niat kerana ALLAH SWT dan atas dasar ibadah. ALLAH SWT telah meamanahkan kita dengan tanggungjawab. Pada mereka yang sudah bekeluarga (suami atau bapa) tugasnya adalah untuk menyediakan tempat tinggal, makan minum dan pakaian secukupnya kepada keluarga, anak-anak, isteri dan orang-orang yang di bawah tanggungjawabnya, hukumnya adalah wajib. Tugas seorang isteri adalah untuk mengurus rumahtangga termasuk menjaga dan mendidik anak-anak. Seorang isteri tidak wajibkan untuk mencari nafkah keluarganya di luar tapi menjaga hal-hal rumahtangga.

Manakala, anak-anak yang masih menuntut adalah tidak diwajibkan untuk mencari nafkah. Mereka adalah diatas tanggungjawab ibu bapa. Maka, mana-mana keluarga yang tidak menyediakan semua keperluan secara baik dan tidak mencukupi mengikut atas kemampuannya adalah dianggap dosa. Terdapat firman ALLAH SWT yang bermaksud:

“ Tempatkanlah mereka (isteri-isteri kamu) di mana tempat yamg kamu tinggal menurut kemampuan dan jangan kamu menyusahkan mereka dengan kehidupan..”

3. Untuk menyempurnakan agama.
Di dalam Islam menegaskan bahawa wang adalah penting namun Islam tidak mengatakan bahawa wang adalah segala-segalanya. Islam sebuah agama yang mengamalkan keseimbangan antara material dan ruhaniah serta jasmani. Sekiranya kita meneliti rukun Islam sudah cukup untuk membuktikan bahawa kita perlu bekerja untuk melaksanakan rukun Islam.

Di antara perintah adalah berpuasa, walaupun menahan lapar dan dahaga pada siang hari namun kita memerlukan makanan untuk berbuka. Jika kita lihat kembali, pada hari raya kita membeli baju baru untuk meraikan hari kemenangan dan menyembelihkan qurban. Ini semua memerlukan wang dan harta. Zakat juga perlu kepada harta. Lebih-lebih lagi untuk mengenai kerjakan haji, lagi memerlukan wang yang banyak. Jadi adalah wajib kita bekerja untuk mencari wang bagi menunaikan rukun Islam dan menjalaninya dengan sebaik mungkin.

4. Untuk membantu membangun agama Allah.
Sebagai Muslim yang sejati hendaklah kita tahu bahawa adalah wajib bagi kita mengembangkan agama ALLAH SWT. Kewajipan tersebut terletak di bahu umat Islam. Oleh itu, jika seseorang itu mampu dan layak dari segi kewangan dan fizikal adalah wajib untuk baginya mengembangkan agama ALLAH SWT. Jika muslim tersebut itu tidak melaksanakannya dianggap berdosa.

Apa yang dimaksudkan membantu agama ialah sekiranya di dalam sesebuah masyarakat memerlukan sekolah agama untuk mendidik anak-anak tempatan berkenaan, jika ia tidak diadakan maka dosanya ditanggung oleh kelompok masyarakat di tempat berkenaan. Maka, adalah wajib bagi masyarakat tersebut membina sekolah agama bagi memudahkan anak-anak untuk menuntut ilmu agama. Untuk melaksanakannya dengan berjaya, masyarakat haruslah bekerjasama.

5. Untuk membantu masyarakat.
Golongan-golongan masyarakat susah seperti fakir miskin, janda dan anak yatim adalah wajib bagi kita yang mampu untuk membantu. Sekiranya yang mampu tidak membantu mereka, maka berdosalah mereka.Perkara yang ingin disampaikan disini adalah untuk membantu mereka kita memerlukan wang. Harta dan wang tidak datang dengan begitu sahaja bahkan kita perlu bekerja keras untuk mendapatkan wang.

Nabi SAW bersabda, maksudnya :

“Siapa yang setiap pagi tidak memerhatikan dan berusaha menyelesaikan urusan dan masalah orang Muslim, maka ia bukanlah tergolong do dalam golongan mereka”
(Riwayat Al-Baihaqi, At- Tabrani dan Abu Naim)

Demekian di antara tujuan bekerja di dalam Islam. Islam bukan agama individualistic dan bukan agama membolot harta untuk peribadi dan keluarga sendiri sahaja, tetapi Islam adalah agama masyarakat.
Harta yang kita miliki datangnya dari ALLAH SWT dan itu tidak bermakna bahawa harta tersebut dalah hak milik kita 100%. ALLAH SWT memberi kita harta untuk berkongsi dengan orang lain. Kita diamanahkan oleh ALLAH SWT untuk mengurus dan mentadbirnya. Hakikat harta adalah milik ALLAH SWT.

Oleh sebab itu jika kita mempunyai harta, kita kena agih-agihkan kepada golongan yang mempunyai hak di dalam harta kita. Kita kena keluarkan zakat dan sedekah serta derma untuk mereka yang tidak berkemampuan dan ke jalan ALLAH SWT. Sesungguhnya ALLAH SWT benci pada mereka yang bersikap bakhil dan dianggap musuh-NYA. Jadi, bekerja dengan tujuan tersebut di atas dinilai sebagai jihad oleh ALLAH SWT dan diberi pahala serta mendapat syurga di akhirat.

JENIS DAN BIDANG PEKERJAAN DALAM ISLAM
Pada zaman yang moden ini terlalu banyak jenis dan bidang perusahaan, termasuk beberapa pekerjaan yang ditulis dalam Al-Quran dan hadis. Seperti yang telah diterang sebelum ini Islam tidak pernah memandang dan memilih jenis perusahaan dan pekerjaan, tetapi menentukan bidang berkenaan itu menjadi satu ibadah dan memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan oleh ALLAH SWT.

1. Sektor pertanian.
Bidang pertanian sepertimana disebut dalam Al-Quran adalah bidang amat digalakkan untuk kita ceburi. Malah, pada zaman nabi dan rasul dahulu terlibat dengan sector pertanian. Ini menunjukkan bahawa bidang ini merupakan sektor yang penting, lebih-lebih lagi jika ia melibatkan dalam pengeluaran makanan dan pakaian.
Bidang pertanian juga, di samping kita mengambil manfaat dengan pelbagai jenis tumbuhan untuk makanan dan pakaian, ia juga ada hubungan rapat dengan keimanan dan ketaqwaan. Kerana aktiviti orang bertani amat digalakkan, kerana ia lebih praktikal kearah membina sifat taqwa dan bergantung tawakkalnya kepada ALLAH SWT dan lebih mendapat pahala sedekah.

2. Sektor perikanan, penternakan dan pakaian.
Ketiga-tiga sektor ini adalah sangat penting dalam Islam kerana ia memenuhi keperluan hidup manusia. Sektor perikanan dan penternakan memenuhi keperluan asas makanan. Manakala sektor pakaian adalah lebih penting daripada kedua-dua sektor tersebut kerana adalah wajib bagi umat Islam untuk menutup aurat.

Terdapat firman ALLAH SWT bermakud :

“Wahai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan atas kamu pakaian yang digunakan untuk menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan, dan pakaian takwa adalah lebih baik bagi kamu, kerana yang demekian itu sebahagian daripada tanda-tanda (kurnian) ALLAH SWT, mudah-mudahan mereka selalu ingat (ALLAH SWT)..”
(Al-‘Araf:26)


3. Sektor perubatan dan farmasi.
Sektor ini juga sangat penting dalam hidup kita. Dalam Islam, untuk menangani masalah penyakit adalah dengan cara “pencegahan”. Iaitu mengawal penyakit sebelum menyerang. Islam sarankan agar umatnya menjaga kesihatan dengan mengamalkan makan makanan yang seimbang dan berkhasiat disamping ia adalah halal, mengatur masa tidur, sembahyang lima waktu sehari semalam ia diambang sebagai senaman, berpuasa dan lain-lain.

Namun sebagai manusia kita tidak boleh menolak takdir apabila kita diuji dengan mendapat penyakit. Islam menggalakkan umatnya untuk berubat yang mengikut panduan yang betul dan bertawakkal pada ALLAH SWT. Setiap penyakit mempunyai ubatnya, namun hanya dengan keizinan ALLAH SWT kita dapat menemui penawar untuk sesuatu penyakit.

4. Sektor perniagaan dan perusahaan.
Bidang perniagaan adalah bidang yang selalu diperkatakan dalam Islam. Bidang ini juga semakin meluas dan ramai umat Islam menceburinya. Namun begitu, untuk menjalani sesebuah perniagaan ia memerlukan adab-adab yang betul agar perniagaan tersebut mendapat keberkatan dari ALLAH SWT. Sektor ini juga memberi banyak peluang pekerjaan pada mereka yang menganggur. Ini sedikit sebanyak membuka ruang untuk mereka berusaha untuk mencari nafkah bagi menampung hidup mereka.
Terdapat banyak lagi jenis dan pekerjaan dalam Islam seperti sektor senibina, kulitkraf, landscaping, galian, perkapalan dan pengangkutan. Sektor-sektor ini sangat penting bagi kita untuk mencari nafkah dalam masa yang sama menaik taraf hidup sebuah masyarakat.

ADAB-ADAB PENGUSAHA PENIAGA ISLAM
1. Syarat berniaga jadi ibadah dan berpahala.
Setiap orang muslim adalah diwajibkan mencari pekerjaan yang halal untuk menanggung diri dan keluarga. Penilaian sebuah pekerjaan dalam Islam bukanlah diukur kepada jenis atau pangkat tetapi diukur sejauh mana pekerjaan itu menjadi ibdah dan di akhirat dibalas dengan syurga.
Untuk menjadikan setiap pekerjaan dinilai sebagai ibadah, tidak kira sebagai seorang petani, buruh mahupun seorang pegawai hendaklah memenuhi sekurang-kurangnya lima syarat:
i. Niat mesti betul iaitu kerana ALLAH SWT, untuk mendapat keberkatan daripadaNYA dan atas dasar mengikut perintahNYA. Bekerja mencari nafkah atau melaksanakan perintah fardhu kifayah adalah dituntut oleh ALLAH SWT. Orang Islam adalah dilarang sama sekali untuk meminta-minta pada orang lain untuk menampung hidup. Mereka diwajib untuk berusaha kuat untuk mendapat sesuap nasi. Pada mereka yang mampu adalah diwajibkan untuk membantu mereka yang tidak berkemampuan.

ii. Perkara atau jenis pekerjaan hendaklah yang tidak dilarang oleh Islam. Contohnya seperti bertani, berniaga, mengambil upah dan lain-lian lagi yang telah disebut dalam tajuk “Jenis dan pekerjaan dalam Islam”.
iii. Pelaksanaan pekerjaan hendaklah tidak melanggar perintah ALLAH SWT. Pelaksanaan yang betul juga termasuk tidak bekerja dalam suasana maksiat, percampuran lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, berlaku pendedahan aurat, berlaku rahsuah, menipu dan sebagainya.

iv. Tidak meninggalkan tuntutan wajib yang fardhu ain. Contohnya, walaupun sibuk bekerja tetapi tidak pernah mangabaikan sembahyang lima waktu, bersedekah, mendidik anak-anak, membayar zakat. Sekiranya kita bekerja dan mampu untuk melakukan perkara seperti diatas adalah boleh kita katakan bahawa pekerjaan yang dilakukan itu adalah suatu ibadah.

2. Adab-adab ahli perniagaan.
Dalam kitab “Al Adab Fiddin” oleh Imam Al Ghazali telah menggariskan beberapa adab yang harus pada para peniaga dan ahli koperat Islam.
i. Janganlah membolot dan menindas perniagaan orang.
ii. Hendaklah jujur ketika menyukat. Janganlah mengurangkan sukatan atau timbangan.
iii. Ketika menimbang adalah digalakkan untuk melebihkan sedikit ataupun sukat secukupnya.
iv. Hendaklah menyukat degan cermat dan berhati-hati.
v. Layanilah pembeli mengikut keadaan masing-masing. Jika pembeli seorang bangsawan, dimuliakan. Jika seorang miskin dan lemah dikasihi. Jika pembeli jiran , hendaklah dilebihkan.
vi. Harga jualan hendaklah berpatutan. Diingatkan bahawa pembeli akan bertambah sekiranya harga barang adalah berpatutan.
vii. Jangan sesekali membebankan orang bawahan sekiranya anda seorang pengarah.
viii. Jangan menolak permintaan dan tempahan seorang peminta dan jangan mengahalang orang lain daripada mendapat perkhidmatan.
ix. Tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkan tempahan.
x. Selalu berusaha memperbaiki mutu barangan.
xi. Jika pembeli atau pelanggan berhutang dan ia tidak mampu membayar, lupuskan dengan menghalalkan kepadanya. Jika ia berhutang dan meninta tangguh untuk membayar keran kesuntukan wang, berikanlah ia masa. Jangan terlalu mendesak meminta hutang.
xii. Membeli alatan menyukat dengan orang yang jujur dan memastikan penyukat tersebut tidak rosak.
xiii. Janganlah terlalu memuji-muji secara berlebihan barangan yang dijual sehingga mengelirukan pembeli dan berkata benarlah tentang barangan yang dijual.
xiv. Jika ada kecacatan terhadap barangan. Beritahu kepada pembeli secara jujur dan jangan menyembunyikan kecacatan itu.
xv. Elakkan perasaan dengki ketika menaikkan harga barangan. Jangan naikkan harga barangan dengan terlalu tinggi lalu membebankan pembeli.
xvi. Jauhilah bebbohong ketika bercakap.
xvii. Biarkan pembeli membuat keputusan untuk membeli barang, Jangan memaksa dan mempengaruhi pembeli.
xviii. Kurangkan bergurau senda yang kurang baik dengan pembeli.
xix. Elakkan daripada bertengkar dengan pelanggan.
xx. Tunduklah pandangan daripada perkara yang haram.




__________________________


Tarikh 20/03/2015



Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.

Kesenian Dalam Islam

Oleh: Mohd Zulhifni Izzudin B Jamaludin

Pengenalan
Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah swt kepada seluruh manusia tanpa mengenal bangsa yang bersumberkan al-Quran, Sunnah dan Ijma' Ulama. Islam adalah agama yang nyata (waqi'e) dan sesuai dengan fitrah manusia, pada semua tempat, zaman dan situasi menepati citarasa, kehendak, sifat, keinginan, nafsu, perasaan dan akal fikiran manusia. Dalam jiwa, perasaan, nurani dan keinginan manusia terbenamnya rasa sukakan keindahan dan keindahan itu adalah seni. Seni adalah sesuatu yang bersifat abstrak, dapat dipandang, didengar dan disentuh oleh jiwa tetapi tidak dapat dinyatakan melalui kata-kata dan bahasa. Sukar untuk mentakrifkan seni secara tepat sesukar untuk menerangkan konsep keindahan dan kesenangan itu sendiri. Al-Farabi menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia yang sesuai dengan fitrahnya.
Mengikut kebudayaan Barat, seni sebenarnya tiada hubungan dengan agama. Ini adalah disebabkan oleh dasar sekularisme yang mengasingkan hal keduniaan dengan agama. Walau bagaimanapun seni masih dianggap sebagai sesuatu yang ideal dan berkaitan dengan moral. Seni juga boleh dibahagi dengan dua tujuan iaitu seni untuk seni dan seni untuk masyarakat, di mana seni untuk seni adalah bertujuan untuk seni sahaja dan orang mencipta seni ini dibebaskan untuk apa-apa tujuan sama ada mengandungi unsur baik atau jahat. Manakala seni untuk masyarakat pula menyatakan bahawa seni dicipta untuk sesuatu tujuan maka ianya mestilah difahami oleh masyarakat yang digunakan untuk kemasyarakatan, politik dan akhlak.
Eugene Johnson dalam 'The Encyclopedia Americana' menjelaskan seni (art) sebagai kemahiran, misalnya seni pertukangan yang membawa erti kemahiran pertukangan. Dari segi istilah ilmu berkebudayaan, ia membawa erti sebagai segala sesuatu yang indah. Keindahan yang dapat menggerakkan jiwa, kemesraan, menimbulkan keharuan, ketakjuban, kesenangan atau sebaliknya iaitu dendam, benci, cemas dan sebagainya. Drs. Sidi Gazalba dalam bukunya 'Pandangan Islam Tentang Kesenian' menjelaskan bahawa kesenian adalah sebahagian daripada kebudayaan yang dicetuskan oleh sesuatu kelompok manusia kerana setiap kelompok masyarakat mempunyai fitrah semulajadi yang cinta kepada seni yang menyenangkan hati melalui pancaindera yang lima. Justeru itu, manusia dikatakan sebagai makhluk seni yang cinta kepada sesuatu yang selamat, memuaskan dan memberi kepuasan melalui pancaindera. Seni secara ringkasnya dapat dibahagikan kepada empat bahagian utama :

Seni melaui pendengaran seperti muzik, deklamasi puisi, prosa, senia suara
dan sebagainya.
Seni yang diperolehi melalui penglihatan mata seperti seni lukis, seni hias, seni bina, seni pakaian dan sebagainya.
Seni yang dapat diperolehi melalui pendengaran dan penglihatan seperti drama, tablo, teater, filem dan sebagainya.
Seni yang dinikmati melalui pembacaan seperti hasil karya sastera yang berbentuk puisi dan prosa.

Konsep Seni Menurut Perspektif Islam
Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan antara seni Islam dengan bukan Islam ialah dari segi niat atau tujuan dan nilai akhlak yang terkandung dalam hasil seni Islam. Pencapaian yang dibuat oleh seni Islam itu juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini adalah kerana Allah swt. Walaupun seni merupakan salah satu unsur yang disumbangkan tetapi Allah melarang penciptaan seni yang melampaui batas. Firman Allah swt yang bermaksud : "Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang melampaui batas."
Keindahan merupakan salah satu ciri keesaan, kebesaran dan kesempurnaan Allah swt lantas segala yang diciptakanNya juga merupakan pancaran keindahanNya. Manusia dijadikan sebagai makhluk yang paling indah dan paling sempurna. Bumi yang merupakan tempat manusia itu ditempatkan juga dihiasi dengan segala keindahan. Allah swt bukan sekadar menjadikan manusia sebagai makhluk yang terindah tetapi juga mempunyai naluri yang cintakan keindahan. Di sinilah letaknya keistimewaan manusia yang tidak dimiliki oleh makhluk lain sama ada malaikat, jin dan haiwan. Konsep kesenian dan kebudayaan dalam Islam berbeza dengan peradaban Islam yang lain.
Dalam pembangunan seni, kerangka dasarnya mestilah menyeluruh dan meliputi aspek-aspek akhlak, iman, matlamat keagamaan dan falsafah kehidupan manusia. Seni mestilah merupakan satu proses pendidikan yang bersifat positif mengikut kaca mata Islam, menggerakkan semangat, memimpin batin dan membangunkan akhlak. Ertinya seni mestilah bersifat "Al-Amar bil Ma'ruf dan An-Nahy 'an Munkar" (menyuruh berbuat baik dan mencegah kemungkaran) serta membangunkan akhlak masyarakat, bukan membawa kemungkaran dan juga bukan sebagai perosak akhlak ummah. Semua aktiviti kesenian manusia mesti ditundukkan kepada tujuan terakhir (keredhaan Allah dan ketaqwaan). Semua nilai mestilah ditundukkan dalam hubunganNya serta kesanggupan berserah diri. Seni juga seharusnya menjadi alat untuk meningkatkan ketaqwaan.

Prinsip-prinsip (ciri-ciri) Kesenian Islam
Mengangkat martabat insan dengan tidak meninggalkan nilai-nilai kemanusiaan dan nilai-nilai persekitaran dan sejagat. Alam sekitar galerinya, manakala manusia menjadi seniman yang menggarap segala unsur kesenian untuk tunduk serta patuh kepada keredhaan Allah swt.
Mementingkan persoalan akhlak dan kebenaran yang menyentuh aspek-aspek estetika, kemanusiaan, moral dan lain-lain lagi.
Kesenian Islam menghubungkan keindahan sebagai nilai yang tergantung kepada keseluruhan kesahihan Islam itu sendiri. Menurut Islam, kesenian yang mempunyai nilai tertinggi ialah yang mendorong ke arah ketaqwaan, kema'rufan, kesahihan dan budi yang mantap.
Kesenian Islam terpancar daripada wahyu Allah, sama seperti undang-undang Allah dan SyariatNya. Maknanya ia harus berada di bawah lingkungan dan peraturan wahyu. Ini yang membezakan kesenian Islam dengan kesenian bukan Islam.
Kesenian Islam menghubungkan manusia dengan tuhan, alam sekitar dan sesama manusia dan juga makhluk.
Islam tidak pernah menolak kesenian selagi dan selama mana kesenian itu bersifat seni untuk masyarakat dan bukannya seni untuk seni. Terdapat lima hukum dalam seni jika diperincikan. Antaranya:
Wajib : Jika kesenian itu amat diperlukan oleh muslim yang mana tanpanya individu tersebut boleh jatuh mudarat seperti keperluan manusia untuk membina dan mencantikkan reka bentuk binaan masjid serta seni taman (landskap) bagi maksud menarik orang ramai untuk mengunjungi rumah Allah swt tersebut.
Sunat : Jika kesenian itu diperlukan untuk membantu atau menaikkan semangat penyatuan umat Islam seperti dalam nasyid, qasidah dan selawat kepada Rasulullah saw yang diucapkan beramai-ramai dalam sambutan Maulidur Rasul atau seni lagu (tarannum) al-Quran.
Makruh : Jika kesenian itu membawa unsur yang sia-sia (lagha) seperti karya seni yang tidak diperlukan oleh manusia.
Haram : Jika kesenian itu berbentuk hiburan yang :

Melekakan manusia sehingga mengabaikan kewajipan-kewajipan yang berupa tanggungjawab asas terhadap Allah swt khasnya seperti ibadah dalam fardhu ain dan kifayah.
Memberi khayalan kepada manusia sehingga tidak dapat membezakan antara yang hak (betul) dan yang batil (salah).
Dicampuri dengan benda-benda haram seperti arak, judi, dadah dan pelbagai kemaksiatan yang lain.
Ada percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram seperti pergaulan bebas tanpa batas dalam bentuk bersuka-suka yang melampau.
Objek atau arca dalam bentuk ukiran yang menyerupai patung sama ada dibuat daripada kayu, batu dan lain-lain.
Disertai dengan peralatan muzik yang diharamkan oleh Islam seperti alat-alat tiupan, bertali, tabuhan yang bertutup di bahagian atas dan bawah serta alat-alat muzik dari tekanan jari. Sesetengah ulama mengatakan harus hukumnya jika digunakan untuk pendidikan dan tidak menarik kepada konsep al-Malahi (hiburan yang keterlaluan) juga alat-alat muzik di atas boleh digunakan untuk tujuan dakwah Islamiyyah, seperti yang pernah dibuat oleh Rabiatul Adawiyyah.
Seni yang merosakkan akhlak dan memudaratkan individu atau yang berbentuk tidak bermoral seperti tarian terkini (kontemporari).
Jenis-jenis seni yang dipertontonkan bagi maksud atau niat yang menunjuk-nunjuk dan kesombongan.
Harus : Apa saja bentuk seni yang tidak ada nas yang mengharamkannya.

Matlamat Kesenian
Dalam Islam, seni tidaklah bermatlamatkan hiburan, tujuan keduaniaan ataupun keseronokan. Islam telah menggariskan kesenian sesuai mengikut naluri dan fitrah semulajadi manusia. Sewajarnyalah juga manusia mengemudi seni mengikut fitrah manusia yang sedia ada berbekalkan sempadan syariah demi kesejahteraan jiwa dan dunia manusia. Bahkan sekiranya betul pembawaan seni itu, ia dikira ibadah pula. Alangkah ruginya manusia Muslim yang tidak tahu bagaimama untuk membawa kecenderungan makhluk sejenisnya ke arah ketaqwaan kepada Allah swt. Seni Islam dibentuk untuk melahirkan seseorang yang benar-benar baik dan beradab.
Konsep seni Islam dan pembawaannya haruslah menjurus ke arah konsep tauhid dan pengabdian kepada Allah swt. Motif berseni haruslah bermatlamatkan perkara-perkara ma'ruf (kebaikan), halal dan berakhlak. Jiwa seni mestilah ditundukkan kepada fitrah asal kejadian manusia kerana kebebasan jiwa dalam membentuk seni adalah menurut kesucian fitrahnya yang dikurniakan Allah swt. Fungsi seni tidak kurang sama dengan akal supaya manusia menyedari perkaitan antara alam, ketuhanan dan rohani atau dengan alam fizikal. Lantas ia menyedari keagungan Tuhan dan keunikan penciptaanNya.
Seni dalam Islam menanam rasa khusyu' ke pada Allah di samping memberi ketenangan di jiwa manusia sebagai makhluk Allah yang diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada kesenian dan keindahan. Oleh sebab itu seni dalam Islam tidak berslogan 'seni untuk seni' tetapi 'seni kerana Allah untuk manusia, makhluk dan alam sekitar'. Kesenian Islam terpancar daripada tauhid yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan Allah swt maka seni yang berpaksikan tauhid dapat menanamkan sifat bertaqwa dan beriman. Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan bukan sahaja emosi.

Bidang-bidang Kesenian Islam
Tulisan Khat
Seni khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal, penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun. Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Ia juga disandarkan pada subjek-subjek yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci dan kata-kata bijak pandai (hukama').
Seni khat berkembang dengan perkembangan seni ukiran dan kadang-kadang kedua-dua bidang seni ini tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Ia juga menjadi coretan tulisan indah daripada kehalusan rasa seni dan ketajaman daya pemikiran manusia yang mencipta seni tulisan sebagai lambang kepada perkataan yang dituturkan. Perbezaannya dengan huruf-huruf lain adalah dari segi keindahannya, mudah dirobah, disandarkan kepada perkara yang berkaitan dengan agama dan digunakan untuk menulis ayat-ayat suci.

Kepentingan Seni Khat
Ia mempunyai kaitan denganpeningkatan tahap tamadun itu sendiri. Sebab itu ia merupakan hasil aktiviti masyarakat maju dan bertamadun.
Salah satu maksud dalam saranan Nabi Muhamad s.a.w agar umat Islam membaca dan menulis ayat-ayat al-Quran dengan baik. Dan dengan cara ini difikrkan untuk memudahkan lagi mereka mempelajari dan menghafalnya.
Keindahan tulisan merupakan kelembutan jari dan kehalusan pemikiran serta citarasa penulisnya.
Rasulallah s.a.w menggalakkan penulisan khat. Sabda Rasullah yang bermaksud : " Hendaklah kamu mengindahkan seni khat keran ianya narata kunci rezeki".
Saidina Ali pernah berkata : "Serikan anak-anakmu dengan ilmu seni tulis kerana tulisan merupakan perkara yang paling mustahak dan menyeronokkan".

Jenis-jenis Seni Khat
Tamudun Islam kaa dengan seni-seni tulisan tangannya juga dikenali sebagai sei khat. Khatnya mengandungi lapan model utama dan selain itu merupakan cabang dari lapan-lapan model ini. Antaranya khat utama ialah Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani, Diwani Jali dan Raihani.
Khat Kufi berasal dai Kufah. Pada zaman Abasiah khat ini digunakan sebagai hiasan pada pelbagai bangunan masjid, pemerintahan, kubah atau menara azan dan ditulis dalam bentuk ukiran timbul.
Khat Thuluth kebanyakannya digunakan hanya untuk hiasan seperti dalam mashaf thmani (al-Quran), nama buku atau kitab serta untuk tujuan lain.
Khat Nasakh merupakan tulisan yang paling banyak digunakan dalam penulisan buku-buku berkenaan keagamaan. Ini kerana tulisan khat jenis ini mudah dibaca, jelas serta tidak mengelirukan
Khat Farisi mula dikembangkan di Parsi (Persia). Bentuk hurufnya condong sedikit ke kanan. Ia banyak digunakan untuk penulisan buku kesusasteraan, nama dan tajuk karangan pada majalah dan surat khabar. Karangan berbahasa Urdu juga biasanya ditulis dengan khat ini.
Khat Riq'ah dapat ditulis dengan cepat. Oleh sebab itu ia sering kali digunakan untuk tujuan suat menyurat dan digunakan oleh para pelajar universiti dan madrasah untuk mengambil nota kuliah.
Khat Diwani. Diwani membawa erti catatanatau antologi karangan. Digunakan secara meluas emasa pemerinatahan Sultan Khedewy sekitar tahun 1220H di Mesir. Ia digunakan untuk penulisan surat rasmi seperti surat perjanjian, surat penghargaan dan sebagainya. Fungsinya juga adalah sebagai hiasan.
Khat Diwani Jali. juka dibandingkan dengan khat diwani, ia lebih banyak bentuknya , rumit penulisannya, lebih indah dan estatik. Ia digubah dalam bentuk perahu, ikan, burung dan sebagainya.
Khat Raihani hampir menyerupai khat thuluth, huruf-hurufnya agak lebar dan panjang serta ditambah dengan tanda-tanda syakal.

Penulisan (Sastera)
Manakala seni penulisan ula dikaitkan dengan seni kesusatetraan. Seni kesusasteraan sememangnya mendapat sambutan yang sangat hangat di kalangan umat Islam dan ianya terjadi kerana kesusateraan Islam bersumberkan al-Quran dan al-sunnah yang mana kesusasteraan al-Quran dapat dilihat dari dua aspek iaitu keindahan bahasa dan dari segi isinya. Di sini dapat dilihat bahawa hasil atau sumbangan kesusateraan yang berteraskan al-Quran dan al-Sunnah telah menyebabkan ramai kaum musyrikin yang telah memeluk agama Islam hanya apabila mendengar al-Quran. Contohnya al-Walid l-Mughirah yang merupakan penyair yang terkenal pada zaman Jahiliyyah dan pengkritik yang paling tajam terhadap Rasulallah s.a.w, Umar al-Khattab serta Labid, Rabiah dan Jubair bin Mat'am.
AlQuran telah berjaya melumpuhkan keangkuhan dan kejaguhan sasterawan Arab dari segu keindahan bahasa kesusteraan dan yang lebih menakjubkan lagi ianya bukan sahaja menggetarkan jiwa mereka yang memahami bahasa arab malah melintasi batas periadi, bahasa, keturunan, kebudayaan, geografi, pangkat dan sebagainya. Kesusteraan Islam mula disebarkan oleh Rasulallah s.a.w dan terus berkemabang pada zaman khalifah-khalifah al-Rashidin, Umaiyah dan Abbasiyyah. Selain al-Quran, karya kesusteraan Islam juga meliputi Syair, Rubai', Burdah, Prosa dan sebagainya.

Lukisan dan Arca ( Ukiran)
Seni lukisan dan arca juga dkenali sebagai seni halus. Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas, pohon dan batu mahal dan ukiran eni halus inijuga terdapat pada perabut rumah, piring, kuli buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni halus ini juga terdapat pada objek-objek seperti berikut antaranya ukiran kayu dan logam yang banyak diperolehi pada zaman kerajaan Fatimiyah. Logam yang dipilih biasanya bewarna emas, perak dan tembaga contohnya pada mata wang syiling, cerek, bekas air, buyung, tungku dan topi besi perang. Begitu juga seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar manakala seni sulaman dibuat dalam bentuk kain seperti kain penghias dinding, tikar permaidani, sejadah, barang-barang tenunan sutera dan sebagainya. Seni hias pula biasanya berbentuk seperti kerawag, lampu dan bentuk-bentuk geometri pada kubah dan lain-lain.
Seni lukis ula bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan ia biasnya tertera pada helaian-helaian safhah a-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga dan gambar berbentuk araesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi dengan gambar-gambar warna yang cantik seperti kitab al-Tarikh Syahnama dan buku hikayat alfun alLaial dan buku-buku cerita. Seni lukis Islam biasanya terhad kepada lukisan keindahan alam dan tidak termasuk benda-benda bernyawa yan boleh menjadi pujaan seperti haiwan, dewa atau patung.

Seni binaan.
Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan, reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya daat dilihat melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada zaman tersebut, seni bina yang bermutu dihasilkan dan masih lagi wujd waluun dalam bentuk yang telah usang dan hampir runtuh.
Aspek seni bina Islam yang terpenting yang harus diperhatikan iala seni bina masjid. Ini adalah kerana Islam telah meletakkan tempat ibadah sebagai cri terpenting sesebuah bandar. Ini dapat kita perhatikan daripada sirah Rasullah s.a.w tatkala baginda berhijrah ke Madinah, perkara yang pertama baginda lakukan ialah mencari tapak yang sesuai untuk membina masjid. Masjid pertama menjadi lanmbang kekuatan aqidah, kesatuan dan perpaduan umat Muslimin. Masjid pertama yang didirikan di Madinah ialah Masjid al-Nabawi yang digunakan oleh Rasulallah s.q.w sebagai pusat tarbiah (pendidikan) dan pentadbiran dalam menyusun strategi ekonomi, peradaban, perang dan sebagainya. Selari dengan perkembangan masa dan kepentinganya, masjid ekemudiannya dikembangkan dan diperindahkan dengan pelbagai unsur dekoratif-ornamentif berdasarkan latarbelakang budaya persekitaran umat Islam.
Seni bina masjid menjadi lambang keagungan tamadun berbanding dengan barat, kerana unsur-unsur ketamadunan yang dikembangkan di kota-kota raya Islam mementingkan nilai kerohanian dan pada masa yang sama pembangunan fizikal dankebendaan tidak dipinggirkan. Konsep penting dalamseni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadhu', aman dan damai serta merendah hati kepada keagungan Allah s.w.t. Pengagunan dan erhiasan bukanlah menjadi matlamat seni bina Islam, tetapi kerana kreativiti dan inovasi mat, artis, seniman dan arkitek Muslim, ia menjadi suatu seni yang bernilai tinggi yang disepadukan bersama penggunaan corak, warna dan eka bentuk yang dibuat berdasarkan ajaran al-Quran. Kepentingan seni bina masjid di bandar silam Islam digambarkan dengan terdapat 241 buah masjid. Di Kaherah pada abad ke 15 masehi pula terdapat 88 buah masjid jamek (masjid uatama) dan 19 masjid kecil
Dari segi strktur dalaman dan luaran masjid, beberapa perkara dapat dilhat khususnya dari asek mimbar, arah kiblat, tempat kedudukan imam, ruang erkumpul, tang dan pilar utama, anjug dan serambi, mihrab, tempat berwuduk, menara tempat muazzin melaungkan azan, kubah dan lain-lain lagi. Perkaraperkara i merupakan karektiristik sebi bin a masjid yang memperlihatkan keuhikannya yang tersendiri berbanding dengan seni-bina yang lain. Selain itu, seni bina masjid banyak mengetengahkan bentuk-bentuk blat yang merupakan bentuk yang paling sempurna yang mencerminan kelembutan dan kehalusan seolah-lah ia tidak berkesedahan.
Selain daripada masjid, seni bina Islam juga merangkumi bangunan-bangunan kediaman, kedai, jambatan, saluranair, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya. Seni bina mencirikan kepada lambang islam dan berlandaskan tauhid kepada Allah s.w.t serta menitikberatkan kepada reka bentuk islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid seperti istana-istana, taj Mahal, kota-kota seperti kta Baghdad malah di Malaysia sendiri seerti bangunan Sultan Abdul Samad, bangunan kerertapi tanah melayu, bangunan daya bumi dan pintu gerbang darul ehsan.

Seni Muzik ( Suara, lagu dan Bunyi)
Antara hiburan yang dapat menghiburkan jiwa dan menenangkan hati serta menenangkan telnga ialah nyanyian. Hal ini dibolehkan oleh Islam selagi tidak dicampuri lirij-lirik koto, cabul dan yang dapat mengarahkan kepada perbuatan dosa dan dengan muzik yang tida membangkitkan nafsu bahkan disunatkan hiburan itu seperti pada hari raya, perkhawinan, aqiqah dan waktu lahirnya seorang bayi. Daripada Aisyah r.a bahawa ketika dia menghantar pengantin perempuan ke tempat lelaki Ansar, maka nabi bertanya : "Hai Aisyah ! Apakah mereka ini disertai dengan suatu hiburan? Sebab rang-orang ansar gemar sekali terhadap hiburan".
Tidak terdapat perkataan arab yang boleh diertikadengan istilah Inggeris "muzik" yang menyeluruh. Ensiklopedia Pelajar Oxford mentadbirkan muzik sebagai bunyi yang disusun pada pola yang sedap didengar atau yang boleh melahirkan perasaan.

Binaan
Harus asalkan tiada unsur syirik, pemujaan, syiar orang-orang kafir dan sebagainya.
Aspek seni bina islam terpenting ialah masjid.
Konsep penting dalam seni bina Islam ialah pencapaian iman dan amal, taqwa dan tawadu', aman dan damai serta merendahkan hati kepada keagungan Allah.
Kepentingan seni bina masjid di bandar silam islam digambarkan dengan bilangan yang agak banyak seperti :
Di Damsyik pada abad 12 M terdapat 241 buah masjid.
Di Kaherah pada 15M terdapat 88 buah masjid jamed dan 19 buah masjid kecil.
Selain masjid seni bina islam mengakumi bangaunan2 kediaman, jambatan, saluran air, rumah rehat, bilik mandi, perpustakaan, sekolah dan sebagainya.
Keindahan seni bina islam banyak dipengaruhi oleh seni bina masjid spt istana2, Tajmahal, kota-kota di Baghdad.
Seni bina di malaysia yg ada unsur seni bina islam spt Bangunan sultan abdul samad, bangunan keretapi tanah melayu, Daya bumi, pusat pentadbiran putrajaya.

Matlamat kesenian
Seni dalam islam tidak bermatlamatkan hiburan, tujuan keduniaan ataupun keseronokan semata.
Seni islam dibentuk untuk melahirkan seseornag yang benar-benar baik dan beradab.
Motif seni islam mesti bermatlamatkan makruf ( kebaikan), halal dan berakhlak.
Menanam rasa khusyuk kepada Allah disamping memberi ketenangan jiwa manusia sebgai makhluk Allah yg diciptakan dengan fitrah yang gemar kepada keindahan.
Kesenian Islam terpancar dari tauhid yang merupakan yang merupakan satu penerimaan dan penyaksian terhadap keesaan allah swt.
Seni perpaksikan tauhid dapat menanam sikap bertaqwa dan beriman.
Seni juga dapat meningkatkan daya intelek dan emosi.
seni dalam islam merupakan keperluan tahsiniat
Mengisi kekosongan masa, masa yang kosong kalau tidak diisi dengan perkara kebaikan atau paling kurang perkara harus atau makruh, masa itu akan diisi dengan perkara kejahatan.
Salah satu cara berdakwah

Peranan seni dan masyarakat
Melengkapkan tiga proses kehidupan: kerja, ibadat dan rehat.
Boleh menghimpunkan masyarakat.



__________________________


Tarikh 20/03/2015




Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.

Sumbang Mahram

Oleh: Wan Shuhaibah Binti Wan Shafii

PENGERTIAN

Sumbang muhrim, juga dikenali sebagai sumbang mahram atau inses ialah kegiatan seks antara ahli-ahli keluarga yang rapat. sumbang mahram ialah perbuatan zina yang dilakukan oleh seseorang yang ada pertalian darah/nasab(keturunan) dengan mangsa. contoh ayah merogol anak, datuk merogol cucu, abang merogol adik dan seumpamanya. Ia merupakan suatu pantang larang dalam kebanyakan kebudayaan, baik pada masa lampau mahupun pada masa kini, termasuk juga dalam kebudayaan-kebudayaan yang lebih permisif terhadap perkara-perkara seks yang lain. Umpamanya, masyarakat Marquesas Polinesia Perancis sebelum dipengaruhi oleh dunia Barat membenarkan keseksualan kanak-kanak dan pengujikajian, tetapi tidak membenarkan sumbang muhrim.
Pengertian yang tepat tentang istilah ini amat berbeza kerana kebudayaan-kebudayaan yang berbeza mempunyai tanggapan-tanggapan yang berbeza tentang apa yang dimaksudkan dengan "kegiatan seks" serta "ahli keluarga yang rapat". Sesetengah kebudayaan hanya mengambil kira mereka yang mempunyai hubungan melalui kelahiran, sedangkan yang lain termasuk mereka yang mempunyai pertalian melalui perkahwinan serta pengambilan anak angkat. Ada juganya kebudayaan yang melarang sebarang hubungan seks antara mereka yang dibesarkan dalam rumah tangga yang sama, manakala ada yang melarang hubungan seks antara orang-orang yang dibesarkan dalam rumah tangga yang berkait.
Sumbang muhrim boleh berlaku antara saudara yang sama jantina mahupun berlainan jantina. Ia juga boleh berlaku antara saudara kandung, ibu bapa dengan anak-anaknya, serta antara saudara-saudara dewasa. Sumbang muhrim antara saudara yang rapat merupakan satu jenayah dalam kebanyakan bidang kuasa wilayah, termasuk kes-kes yang mendapat kesepersetujuan, walaupun sekali lagi apa yang dimaksud dengan istilah "rapat" berbeza-beza. Bagaimanapun, oleh sebab sumbang muhrim merupakan suatu perbuatan perorangan yang dilakukan secara sulit, undang-undang sumbang muhrim merupakan sebuah undang-undang yang susah dikuatkuasakan. Terdapat banyak perbezaan antara negara-negara tentang keseriusan jenayah sumbang muhrim, dengan sebilangan negara seperti Australia menganggap sumbang muhrim sebagai satu kesalahan berat yang boleh didakwa, manakala negara-negara yang lain menganggapnya sebagai suatu jenayah kecil dengan hukuman yang jauh lebih ringan.
ANTARA- ANTARA BENTUK SUMBANG MAHRAM
Sumbang muhrim antara ibu bapa dengan anak
Sumbang muhrim antara ibu bapa dan anak mereka pada mana-mana satu umur boleh berlaku, baik antara jantina yang berbeza mahupun antara jantina yang sama. Banyak ahli-ahli sains, sosiologi, dan psikologi, serta pekerja sosial dan pegawai kerajaan yang lain telah mengkaji kesan sumbang muhrim ibu bapa dan mempertimbangkannya daripada kedua-dua segi. Bagaimanapun, pendirian berat sebelah umumnya wujud dalam penyelidikan, bersama-sama dengan hubungan rapat antara para penyelidik dengan "mangsa-mangsa" yang menjejaskan keobjektifan penyelidikan mereka (umpamanya, Andrew Vachss, Ken Adams). Adanya perbezaan yang dramatik antara bilangan-bilangan kes ketika ibu bapa "tiri" juga dianggap sebagai kes sumbang muhrim. Memandangkan dwisifat pantang larang dan sifat haram sumbang muhrim antara ibu bapa dengan anak mereka, serta fakta bahawa ia dilakukan dengan kanak-kanak yang bergantung kepada mereka, banyak kes tidak dilaporkan dalam statistik kerajaan rasmi yang hanya mengandungi matlumat yang diberikan secara rela.
Sumbang muhrim antara saudara kandung
Interaksi-interaksi sumbang muhrim sepersetujuan antara adik beradik yang berumur serupa kekadang berlaku, menurut sebuah kajian oleh Floyd Martinson yang mendapati bahawa antara 10-15% daripada pelajar kolej mempunyai pengalaman seks kanak-kanak dengan seorang saudara kandung. Pengalaman tersebut merupakan sejenis keseksualan kanak-kanak. Bagaimanapun, ketika terdapat perbezaan umur yang besar antara saudara-saudara kandung, dan ibu bapa tidak membekalkan keluarga berfungsi, dan/atau ketika paksaan atau perdayaan digunakan, sumbang muhrim saudara kandung boleh mengakibatkan kerosakan psikologi yang serius kepada saudara kandung yang lebih muda, menurut penyelidik Richard Niolon. Sumbang muhrim saudara kandung boleh juga merosakkan atau memusnahkan sama sekali ikatan saudara kandung.
Hubungan seks antara sepupu dan antara saudara jauh
Dalam kebanyakan dunia Barat, sumbang muhrim secara amnya merujuk kepada hubungan seks yang dilarang dalam keluarga. Bagaimanapun, takrif tentang keluarga berbeza-beza. Di dalam Amerika Syarikat, perkahwinan antara sepupu diharamkan di sesetengah negeri, tetapi adalah sah di sisi undang-undang di negeri-negeri yang lain, dengan ahli-ahli sosiologi mengelaskan undang-undang perkahwinan kepada dua kategori:
• kumpulan yang mengambil takrif sumbang muhrim daripada kitab Bible yang lebih tidak menyukai perkahwinan dalam jurai keturunan berbanding dengan saudara sedarah;
• kumpulan yang berpendirian bertentangan, iaitu lebih tidak menyukai perkahwinan antara saudara sedarah (seperti sepupu), berbanding dengan jurai keturunan.
Dua puluh empat buah negeri mengharamkan perkahwinan antara sepupu, dan lagi enam buah negeri membenarkannya hanya dalam keadaan-keadaan yang khusus. Umpamanya, Utah membenarkan perkahwinan antara sepupu hanya jika kedua-dua pasangan berumur melebihi 65 tahun, atau sekurang-kurangnya 55 umur atas bukti kemandulan. Carolina Utara membenarkan perkahwinan antara sepupu kecuali mereka merupakan sepupu daripada melebihi satu jurai keturunan (bahasa Inggeris: "double first cousins") . Maine membenarkan perkahwinan antara sepupu hanya selepas penyerahan sijil kaunseling genetik. Sembilan belas buah negeri yang tinggal, serta Daerah Columbia membenarkan perkahwinan antara sepupu tanpa sebarang sekatan.


Sumbang muhrim terselindung dan sumbang muhrim emosi
'Sumbang muhrim terselindung' dan 'sumbang muhrim emosi' merupakan istilah yang menimbulkan perbalahan yang digunakan oleh sesetengah orang apabila memerihalkan keadaan-keadaan yang tidak mempunyai sebarang sentuhan seks yang sebenar, tetapi hanya merupakan hubungan emosi yang tidak wajar antara saudara-saudara. Salah satu contoh adalah ketika seorang ibu bapa memperlakukan anaknya dengan cara yang serupa dengan cara seseorang memperlakukan pasangan seksnya, walaupun mereka tidak melakukan sebarang kegiatan seks.
Mereka yang menggunakan istilah 'sumbang muhrim terselindung' akan menggunakan istilah 'sumbang muhrim terang-terangan' untuk memerihalkan hubungan seks antara saudara-saudara, walaupun hampir semua orang akan memanggilnya sebagai "sumbang muhrim" secara mudah tanpa sebarang pembatasan. Hanya penyokong konsep sumbang muhrim terselindung secara amnya akan menggunakan istilah 'sumbang muhrim terang-terangan'. Banyak pemandiri sumbang muhrim dan orang-orang yang lain berdebat bahawa sesuatu keadaan yang tidak melibatkan sentuhan seks yang fizikal harus tidak dipanggil sumbang muhrim
PUNCA SUMBANG MAHRAM

Nafsu Syahwat

Nafsu syahwat yang bermaharajalela. Ketundukan terhadap hawa nafsu berpunca daripada kelemahan akidah dan keimanan akibat kejahilan terhadap ayat-ayat Allah, kejahilan terhadap hukuman Allah dan kejahilan terhadap tanggungjawab dan amanah terhadap Allah. Ketundukan terhadap hawa nafsu menyebabkan manusia terlupa siapakah yang menjadi mangsa samada anak sendiri, cucu sendiri atau siapa sahaja.

Sabda Rasulullah S.A.W :

Hadis Abu Hurairah R.A. berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda : Tidak berzina seorang penzina sedangkan ketika berzina itu dia masih beriman, tidak mencuri seorang pencuri sedangkan ketika mencuri itu dia masih beriman, tidak minum arak seorang peminum arak sedangkan ketika itu dia masih beriman.

Kewangan
kewangan juga turut menyumbang terhadap berlakunya sumbang mahram di kalangan masyarakat. Budaya kebendaan yang mencengkam masyarakat hari ini membawa kepada perlumbaan menaikkan perbelanjaan perkahwinan hingga sampai ke tahap yang amat tidak masuk akal. Maskahwin dan hantaran hari ini bukan sahaja ditentukan oleh harga pasaran malah ditentukan juga berdasarkan taraf dan kedudukan. Keluarga hari ini tidak hanya menjadikan perkahwinan anak gadis mereka bagi melepaskan tanggungjawab malah menjadikan seperti satu perniagaan yang menguntungkan. Akibatnya bukan sahaja ramai gadis yang gagal mencari pasangan malah ramai anak-anak muda menghadapi masalah bagi mendirikan rumahtangga. Setelah berumahtangga mereka akhirnya menanggung beban hutang yang terlalu lama untuk dilunaskan. Golongan yang gagal mendirikan rumahtangga walaupun setelah berusia akan mempunyai masalah dengan tuntutan fitrahnya. Bagi yang lemah imannya akan melempiaskannya tanpa mengira hukum halal dan haram.
Rasulullah S.A.W bersabda :
Hadis Abdullah b. Masud R.A diriwayatkan oleh Alqomah berkata : Aku berjalan bersama Abdullah di Mina, lalu kami bertemu Othman yang kemudian menghampiri Abdullah. Setelah berbincang beberapa ketika maka Othman berkata : Ya Abdullah, mahukah kamu aku akan kahwinkan dengan perempuan muda, mudah-mudahan dia akan mengingatkan pada masa lampau yang indah. Maka Abdullahpun menjawab : Ucapanmu sejajar dengan sabda Rasulullah S.A.W kepada kami : Wahai anak muda, barangsiapa antara kamu yang mempunyai kemampuan maka hendaklah dia berkahwin kerana ianya memelihara pandangan dan menjaga kemaluan, jika kamu tidak mampu maka hendaklah kamu berpuasa kerana ianya boleh menjadi benteng nafsu.

Masalah ekonomi

Sistem ekonomi yang tidak seimbang juga turut menjadi penyumbang. Sistem ekonomi yang tidak menjamin kecukupan keperluan asasi menyebabkan kehendak Syarak sering gagal dipenuhi. Sistem rumah kos rendah pada masa yang lalu yang tidak dilengkapi sekurang-kurangnya tiga buah bilik bagi memisahkan antara ibubapa, anak lelaki dan perempuan. Ini menyebabkan percampuran yang mulanya dianggap biasa menyebabkan suasana yang tidak disangka-sangka.

Bahan lucah

Kemasukan bahan-bahan lucah di pasaran tempatan merupakan antara faktor terbesar yang menggalakkan berlakunya bukan sahaja sumbang mahram malah jenayah seksual yang lain. Kanak-kanak dan remaja hari ini telah mengalami proses kematangan sebelum sampai masanya. Pendedahan terhadap kegiatan tidak bermoral ini menyebabkan mereka menjalani kehidupan yang amat berbeza. Nafsu mereka dilonjak-lonjak sedangkan tiada tempat yang sah bagi mereka melempiaskannya. Tanpa asas agama yang kukuh pastinya mereka gagal mengawal dirinya dari melakukan perkara yang sama. Cara yang termudah dan paling selamat adalah melakukannya sesama sendiri. Apabila syaitan menguasai diri maka hubungan mahram dan persaudaraan sudah tidak lagi dipeduli.

Tidak menutup aurat

Tidak menutup aurat dan berpakaian seksi menyebabkan nafsu lelaki sentiasa terangsang. Walaupun mereka mengatakan bahawa tidak semua yang tidak menutup aurat menjadi mangsa seksual dan menutup aurat juga turut menjadi mangsa tetapi ia tidaklah boleh dijadikan hujjah. Sebagaimana bahan-bahan lucah yang merangsangkan nafsu syahwat remaja, maka sesiapa sahaja di sekelilingnya mungkin menjadi mangsa. Oleh yang demikian semua yang tidak menutup aurat dan berpakaian seksi perlu merasa tanggungjawab kerana tidak dapat dipastikan siapakah yang menjadi mangsa samada mangsa perkosaan atau mangsa sumbanh mahram akibat daripada perbuatan mereka.
Undang – undang
Faktor undang-undang merupakan antara faktor terakhir yang sering dilihat sebagai jalan terakhir bagi menghapuskan sesuatu maksiat dan jenayah. Sebenarnya Allah meletakkan undang-undang dan hukum Allah sebagai asas utama pembasmian jenayah. Manusia hanya mampu berusaha menghilangkan faktor-faktor penggalak tetapi hanya Alllah yang mampu menghalangnya. Allah hanya akan menghentikan segala maksiat dan jenayah jika segala syarat dan usaha dilakukan oleh manusia. Di antara syarat yang mesti dilaksanakan adalah penguatkuasaan hukuman Allah. Hari ini kita mendengar cadangan bagi melaksanakan hukuman rotan atau sebat di khalayak ramai oleh berbagai pihak walaupun perkara tersebut pernah dianggap zalim dan tidak berperikemanusiaan. Ini menunjukkan bahawa manusia tidak akan mampu selamanya membohongi diri dalam kembali kepada fitrah. Mungkin suatu hari kita akan melihat bukan sahaja orang Islam yang mahu kembali kepada hokum Allah malah orang bukan Islam akan menyokong dan mengharapkan perlaksanaan hukuman Allah.

Firman Allah dalam surah Al-Nur ayat 2 :
Ertinya :
Penzina perempuan dan penzina lelaki maka sebatlah kedua mereka denagn seratus sebatan, dan jangan kamu menaruh simpati ketika melaksanakan hukuman Allah, jika kamu benar-benar beriman dengan Allah dan hari akhirat, dan hendaklah disaksikan perlaksanaan hukumannya oleh sebahagian orang yang beriman.

LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH INI
Memantapkan keimanan dalam diri setiap individu muslim
kita patut menyemaikan asas keagamaan yang kuat didalam diri kita. Ini kerana dengan asas agama yang kuat, isu sumbang mahram tidak akan timbul. Dengan pegangan agama yang kuat, seseorang individu itu tahu yang mana haram dan halal begitu juga perkara yang buruk dan baik. Maksiat akan dapat dijauhi sekiranya kita tahu batas-batas kita sebagai muslim dan muslimah.
Mengukuhkan institusi keluarga
komunikasi yang baik dengan ahli keluarga juga amat mustahak untuk menyemai kasih sayang antara keluarga dan apabila kekuatan kekeluargaan dapat disemai ini dengan secara tidak langsung dapat menjauhkan gejala sumbang mahram. Keluarga adalah merupakan harta yang paling berharga yang mana dengan mereka kita berkongsi DNA yang sama, ini bukti yang jelas kita tidak boleh mencemarinya.
Menjaga hubungan antara lelaki dengan perempuan
Hubungan lelaki dan perempuan muhrim perlu menepati batasan agama agar tidak terdorong nafsu syahwat. Penjagaan aurat adalah amat penting. Kanak-kanak perempuan yang belum akil baligh juga perlu berpakaian yang elok dan tidak terlalu mendedahkan walaupun mereka belum wajib untuk menutup aurat. Sedang mengikut statisik sumbang mahram menunjuk kanak-kanak diusia ini adalah mangsa yang mudah dinodai oleh pelaku mereka.
Asingkan tempat tidur
Kanak-kanak lelaki dan perempuan hendaklah diasingkan tempat tidur mereka. Sewaktu tidur kanak-kanak perempuan digalakkan untuk mengunci pintu bilik mereka.
Oleh itu langkah-langkah keselamatan diri perlu dilakukan dari peringkat usia yang lebih muda lagi. Pengawasan, tunjuk ajar dan sikap bertanggungjawab ibu bapa adalah faktor menjamin dari terjadinya perkara buruk dalam keluarga.



__________________________


Tarikh 20/03/2015



Nota: Laman ini memuatkan bahan-bahan pengetahuan Islam yang ditulis oleh pelajar UiTM Perlis. Anda dibenarkan membaca dan mengambilnya tetapi hendaklah terlebih dahulu merujuk kepada sumber asalnya iaitu al Quran dan al Hadith Rasul SAW.

Falsafah Pendidikan

Oleh: Umi Kalsom Binti Abdul Majid

1. PELAHIR INSAN BERPARADIGMA DINAMIK
Proses pencerakinan minda merupakan dimensi ulung dalam penerokaan khazanah ilmu. Tanpa kesanggupan daya fikir untuk terus berganjak, inovasi dan fikrah masyarakat tidak mampu bersaing diatas podium global. Walauapaun, dalam menongkah gulungan ombak modenisasi yang kini menyusup ke galur globalisasi, elemen falsafah tidak seharusnya dimalukutkan. Falsafah di sini merujuk kepada Falsafah Pendidikan (FP). Ironinya, falsafah merupakan metodologi yang paling utama dan tertinggi dalam dunia pendidikan.
Simboliknya, tingkahlaku manusiawi adalah turut bertunjang kepada falsafahnya yang disalirkan melalui mekanisme pendidikan. Sebenarnya, pendidikan ditafsirkan oleh cendekiawan sebagai pemindahan nilai-nilai dari generasi ke generasi sama ada ilmu atau kemahiran, sedangkan nilai-nilai ini dibentuk oleh falsafahnya yang disogokkan melalui fragmen pendidikan. Justeru, pendidikan memainkan peranan penting dalam melahirkan insan deduktif yang dinamik dalam semua aspek kehidupan.
Sejarah telah membuktikan bahawa kehancuran tamadun Mesir, Greek, Rome dan Parsi adalah berpunca dari gagalnya penerapan nilai-nilai murni kepada generasi pewaris. Sejarah pasti berulang andainya dunia pendidikan negara pada hari ini gagal menjana anjakan paradigma dalam setiap sel individu.
Jean Jacques Rousseau, salah seorang pendidik Eropah menyatakan bahawa pendidikan merupakan proses yang berterusan dan bermula dari kanak- kanak. Rentetan daripada itu, FPN menekankan bahawa pendidikan merupakan satu proses bagi seseorang individu memperolehi ilmu dan menggunakan ilmu pengetahuan, nilai- nilai murni dan kemahiran yang ada. Proses ini berlaku secara berterusan semenjak dari zaman kanak-kanak sehinggalah kita kembali mengadap Tuhan Rabbul Jalil. Laporan RRJP kedua (1991-2000) pula ada menyatakan bahawa :
Selain aspek kemahiran dan peningkatan pengalaman diri, pembangunan manusia juga adalah salah satu usaha untuk menghasilkan rakyat yang bermoral, mempunyai nilai-nilai positif, semangat kekitaan yang tinggi, kesetiaan dan cinta kepada negara. Inilah hasrat murni yang ingin dicapai dalam pembangunan manusia dalam konteks negara Malaysia.
Di Malaysia, misi utama pendidikan jelas bertujuan seperti berikut:
Mewujudkan sistem pendidikan yang terbaik untuk menghasilkan insan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi bagi memenuhi aspirasi dan kehendak individu, masyarakat dan negara.
-Wan Mohd Zahid (1993)
Di sini jelas bahawa, pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek. Winkel (1991) pula menambah potensi insan ini sebagai berikut:
- Dapat melakukan pemikiran kehadapan (futurulistik)
- Dapat mamahami fenomena alam.
Sememangnya, inilah yang ditekankan dalam falsafah Pendidikan Negara(FPN). Untuk itu, proses pendidikan seharusnya bermula sedari awal lagi.
Dalam konteks falsafah pendidikan Islam, untuk melahirkan insan Soleh Wa Musleh, pendidikan mestilah dimulakan dari alam rahim lagi. Sebelum anak dilahirkan, ibubapa sememangnya bertanggungjawab dalam menyediakan tempat tinggal yang sesuai untuk anak-anak berteduh. Untuk membentuk generasi pewaris yang berakhlak tinggi, pemilihan bakal suri yang akan mendidik anak-anak mestilah cermat. Rasulullah S.A.W. mengingatkan kepada bakal suami supaya berhati-hati dalam memilih bakal isteri solehah:

Perempuan dikahwini kerana empat perkara;kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka pilihlah yang beragama, ia lebih menguntungkan kamu.
-Maksud hadis nabi
Hasil sempurnanya kerukunan rumahtangga suami isteri, maka terbinalah suasana keluarga yang harmoni dan bahagia.
Proses pendidikan secara tidak formal seterusnya mulai berlaku apabila ibu merasai ada bayi dalam kandungannya. Pendidikan ditahap ini adalah bercorak Ruhaniyat. Ketika ini, ibu disarankan supaya sentiasa berdoa dan meletakkan harapan supaya anak yang bakal dilahirkan nanti seorang yang soleh, berilmu, beramal dan bertakwa. Ketika ini juga ibubapa mestilah berusaha mendapatkan sumber rezeki yang halal. Ini kerana, benih yang akan melahirkan anak itu adalah dari darah dan darah itu datangnya dari bahan makanan. Makanan yang haram akan menggelapkan proses pendidikan anak-anak. Makanan ibu juga mestilah berzat demi menjaga kesihatan diri dan bayi yang bakal dilahirkan.
Hadis nabi ada menyebut:

Carilah ilmu sejak mulai dari buaian hingga keliang lahad.
-Maksud hadis nabi

Hadis ini bukan sahaja memberi erti tentang pendidikan sepanjang hayat, malah menekankan pentingnya pendidikan awal. Kanak-kanak diperingkat ini diibaratkan seperti sehelai kain putih yang bakal menerima sebarang pencorakan warna daripada ibubapa dan pengaruh sekitar.

Imam alGhazali ada menyebut:

Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa atau penjaga kanak-kanak untuk memastikan pendidikan awal kanak-kanak berjalan dengan baik mengikut lunas-lunas islam.

Kanak-kanak menurut al Ghazali juga diibaratkan sebagai sebuah cermin yang menerima apa sahaja objek yang lalu di hadapannya dan memantulkan kembali arcanya seperti yang diterima tadi.
Pendidikan berlaku lebih agak serius apabila kanak-kanak dilahirkan hingga mereka berumur 4 atau 5 tahun. Jika pendidikan di tahap ini tidak betul, maka pincanglah proses pendidikan yang seterusnya. Pines ada menyebut:
Berjuta-juta kanak-kanak gagal sehingga tidak dapat diperbaiki lagi akibat kegagalan kita meransang daya intelek mereka pada usia genting-Dari lahir hingga lima tahun.Berjuta orang lagi dihalang dari mencapai potensi mereka yang sebenar.
-Pines (1966)

Dalam tempoh 5 tahun ini, penekanan pendidikan berlaku dalam dua aspek iaitu Ruhaniyat dan Jasmaniyat seperti berikut:
- Anak yang baru lahir disambut dengan diazan ditelinga kanan dan qamat ditelinga kiri
- Membuat aqiqah selepas hari ketujuh kelahiran
- Ibu yang menyusukan anak hendaklah makan makanan halal
- Sentiasa berdoa untuk anak
- Mereka yang datang berziarah hendaklah sentiasa berdoa untuk keberkatan ibu dan anak
- Waktu menyusui anak hendaklah teratur
- Kebersihan anak-anak hendaklah sentiasa dijaga samada makanan, minuman, pakaian dan tempat tidur
- Tidak benarkan anak-anak bermain diluar rumah menjelang waktu maghrib
- Biasakan anak-anak dengan menyebut dua kalimah syahadah apabila anak-anak sudah pandai bercakap
(Dipetik dari kertas kerja “Falsafah Pendidikan kanak-kanak dalam islam”, oleh Dr. Abdul Halim El-Muhammady).

Pendidikan seterusnya adalah di peringkat umur 5 hingga 7 tahun. Pendidikan diperingkat ini adalah lebih luas dan menyeluruh di mana bahan-bahan untuk pengisian Ruhaniyat, Aqliyyat dan Jasmaniyyat didedahkan secara serentak. Falsafah aksiologi atau nilai juga turut ditekankan diperingkat ini. Bahan –bahan pendidikan untuk pengisian diperingkat ini adalah seperti berikut :

- Ruhaniyyat
Bahan-bahan pendidikan Ruhaniyyat di peringkat ini dapat dipecahkan kepada dua iaitu ibadat dan adab. Soal-soal ibadat ini mencakupi elemen fardu`ain dan fardu kifayah manakala adab-adab pula seperti taat kepada ibubapa, guru, orang tua, adab makan dan sebagainya. Pendidikan di tahap ini juga turut menekankan pendidikan akhlak (Khuluqiyah), kejiwaan ( Nafsiyyah ) dan keimanan (Imaniyyah). Justeru, falsafah aksiologi turut berkepentingan dalam membentuk anjakan paradigma dalam diri individu. Ayat al Quran ada menyebut :

Sesuatu bangsa itu tetap hidup selama akhlaknya tetap baik;bila akhlak mereka rosak ,sirnalah bangsa itu.

Sememangnya, iman seseorang belum sempurna selagi tidak menghasilkan amal salih dan akhlak yang mulia.

Kuat atau lemahnya iman seseorang dapat diukur dan diketahui dari perilaku akhlaknya. Kerana iman yang kuat mewujudkan akhlak yang baik dan mulia, sedang iman yang lemah mewujudkan akhlak yang jahat dan buruk laku, mudah terkelir pada perbuatan keji yang merugikan dirinya sendiri dan orang lain.
-Syeikh Mohd Al-Ghazali (Khuluq Al-Muslim)

- Akliyyat (Intelek)
Apa yang ditekankan dalam pendidikan Akliyyat ialah pendedahan kanak-kanak kepada latihan mengenal huruf, menulis dan membaca, mempelajari bahasa, kira-kira dan sebagainya. Aspek ini sangatlah ditekankan dalam sistem pendidikan barat atau moden melebihi aspek-aspek lain dari peringkat pra-sekolah sehinggalah ke universiti. Penekanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan lahirnya insan yang tempang, tidak sepadu, tidak seimbang, maju dalam sains dan teknologi tetapi jiwanya kosong dan hidup terumbang-ambing.

- Jasmaniyyat
Kanak-kanak juga mestilah di beri masa untuk membina kekuatan jasmani yang boleh menjana kesihatan, kecergasan dan kerehatan. Ini penting untuk menyeimbangkan perkembangan fizikal dan mental kanak-kanak.

Seterusnya, selepas kanak-kanak berumur 7 tahun keatas, proses pendidikan secara formal berlaku. Di peringkat inilah kanak-kanak dihantar ke sekolah untuk menimba ilmu secara langsung daripada guru. Walaubagaimanapun, tanggungjawab mendidik kanak-kanak tidak seratus peratus diletakkan dipundak guru. Ibu bapa masih lagi berperanan untuk mengasuh anak-anak supaya lebih berketrampilan dan matang dalam melakukan sesuatu tindakan.
Di sini jelas bahawa, pendidikan merupakan satu wadah penting dalam menjana anjakan paradigma dalam setiap individu. Jika taraf pendidikan individu sempurna, maka lahirlah masyarakat madani progresif yang akan membina entiti negara bangsa yang berdaulat di rantau global. Jika taraf pendidikan pincang, sudah tentunya masyarakat negara kita tidak mempunyai jati diri yang unggul dan mantap. Efektifnya, kita akan ketinggalan diera perkampungan global pada hari ini yang penuh dengan rempah ratus bayu pembaharuan. Untuk itu, kita mestilah sentiasa bersiapsiaga jika ingin terus mengatur derap langkah menuju ke puncak jaya lebih-lebih lagi kita akan berdepan dengan arus globalisasi.

As we progress It is very important that we Equip ourselves to face the chalengge of globalisasion. (New Strait Times-Selasa, 7 Ogos 2001)

Walaubagaimanapun, hasrat untuk melahirkan generasi intelek yang mantap dan unggul serta dinamik hanya akan menjadi khayalan jika semua pihak tidak bersatu hati menjayakan hasrat murni negara tercinta.



__________________________


Tarikh 20/03/2015


Mencari Tuhan

Oleh: Farisya Nadia Binti Hafizi

1.0 Permulaan Manusia Mula Mencari Tuhan
Setiap manusia secara fitrahnya amat memerlukan kebergantungan kepada unsur yang lebih kuat di alam kehidupan ini yakni Tuhan. Adalah mustahil untuk tidak mempercayai kewujudan unsur Yang Maha Esa ini sebagaimana yang diamalkan oleh segolongan atheis yang cuba membelakangkan fitrah dan hidup berpandukan kepada emosi, nafsu dan akal pemikiran yang singkat semata.
Para cendikiawan mempunyai pandangan yang hampir sama mengenai sejarah awal manusia mula mengenali agama. Bagi Muhammad Abduh di dalam bukunya yang bertajuk Risalah At-Tauhid, beliau ada menyebutkan;
“Bahawa agama2 terdahulu berbicara kepada pancaindera sewaktu bangsa manusia berada dalam peringkat keanak-anakan, ketika mana manusia hanya mengenal apa yang dirasakannya, sementara akalnya belum dapat memahami apa yang disentuhnya. Apabila pengembaraan manusia terus bergerak, mengalami dan mempelajari, berbalah2 dan berpakat2, kebahagiaan dan kedukaan silih berganti serta tumbuh pula kesedaran, dan perasaan2 pun nyata, datanglah agama yang membicarakan tentang persemadian, tentang kesucian, juga tentang kekuasaan dan alam ciptaan Allah. Tetapi di dalam pergelutannya, bangsa manusia tidak berdaya hidup dengan pujukan. Kedudukanya yang suci dan murni tidak berpanjangan. Ia terus bergelut dan permusuhan menggantikan perdamaian dan hidup berbaik2. Maka datangla pula agama yang mengatur segala-galanya, yang memelihara rasa dan perasaan, yang mendidik akal dan hati, yang mengajar manusia tentang hal2 dunia dan akhirat”
Seterusnya, Prof Dr Shalaby dalam bukunya yang bertajuk Perbandingan Agama, telah mengelaskan secara terperinci 3 peringkat manusia mula mengenali agama. Peringkat pertama(bayi), peringkat kedua(kanak-kanak) dan peringkat ketiga(dewasa).
Di bawah adalah huraian dan perbandingan tahap manusia mula mengenali agama mengikut peringkat-peringkat yang telah dibahagikan;
Peringkat pertama, agama manusia diibaratkan seperti bayi yang baru lahir.
1. Penyeruan dibataskan hanya kepada kaum pesuruh Allah sahaja-kaum Luth dan Ibrahim.
2. Meliputi soal mentauhidkan Tuhan dan meninggalkan penyembahan berhala dan patung-patung tanpa menyebutkan aturan-aturan dan penjelasan-penjelasan yang lain, kecuali sekiranya ada keburukan masyarakat yang bermaharajalela, maka agama itu akan melarang dan menentangnya
3. Seruan agama tidak mempunyai kitab2 yang terang, hanya berupa nasihat dan ajaran, kadangkaladitulis pada batu dan disiarkan pada umum
4. Tiada tarikh yang tepat yang menentukan kewujudan agama ini.
5. Perkara ini telah disebutkan dalam alQuran:
Sungguh, kami benar-benar telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada Tuhan(sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang dahsyat(kiamat).”
surah al-A’raf:59
Dan(kami juga mengutus) Luth, ketika dia pergi kepada kaumnya, “Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dalam dunia ni”)surah al A’raf:80
Dan kepada penduduk Madyan, Kami (mengutuskan) Syu’aib, saudara mereka sendiri. Dia berkata, “ Wahai kaumku! Sembahlah Allah. Tidak ada Tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu. Sempurnakanlah tukaran dan timbangan, dan jangan kamu merugikan orang sedikitpun . Janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi setelah (diciptakan) dengan baik. Itulah yang lebih baik bagimu jika kamu orang beriman.
surah al-A’raf:85
Peringkat 2
Peringkat agama manusia seperti kanak-kanak
1. Bidang dakwah meluas sehingga meliputi suku kaum yang besar dan ramai.
2. Agama diisi dengan beberapa penjelasan dan tasyri’-terutamanya tentang keadilan. Contohnya; “bapa tidak boleh dibunuh kerana anak dan anak tidak boleh dibunuh kerana bapa, tiap2 orang dibunuh kerana kesalahannya”(Isaiah24:16)
3. Penyeruan agama berdasarkan kitab;Taurat dan injil
4. Kaum bani Israel dikebanyakan zaman peringkat ini tidak dapat memahami sepenuhnya tentang tauhid.Kebanyakan mereka menyangka bahwa keesaan Allah itu bererti satu Tuhan yang khas untuk kaum Bani Israel disamping lain-lain Tuhan untuk manusia2 lain, tetapi bani Israel diharamkan menyembah Tuhan-Tuhan itu walaupun mereka mempercayai kewujudannyanya.
Peringkat 3:
Peringkat dewasa agama manusia
1. Keesaan Allah yang nyata. Berhala-berhala dimusnahkan. Zaman baru yang ditempa oleh Islam tidak dapat menerima kemusyrikan dalam sebarang bentuk. Gambar ketuhanan dalam Islam ialah satu fikiran yang lengkap dan padat, tidak membenarkan sebarang bentuk syrik dan penyerupaan. Baik pada rasa @ pada hati.Allah tidak dapat ditarakan, malah Dialah Yng Maha Suci dan tiada sesuatu yang menyerupainya.
2. Ditujukan kepada seluruh umat manusia; bukan terbatas kepada kaum2 tertentu. Muhammad adalah pesuruh Allah untuk semesta alam.
3. Seperti yang telah disebutkan di dalam ayat Al-Quran:
Dan kami tidak mengutus engkau(Muhammad), melainkan kepada semua umat manusia sebagai pembawa berita gembira dan sebagai pemberi peringatan, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Saba’:28
Meskipun telah jelas, terang dan nyata kebenaran terpampang di depan mata mereka, tetapi mereka masih mencari Tuhan yang lain lalu mereka-reka dan mewujudkan beberapa agama yang mereka rasakan sesuai dengan diri mereka(padahal mereka hanya menipu diri mereka sendiri). Antara agama - agama yang mereka perkenalkan adalah agama kristian, buddha,majusi, hindu dan juga kepercayaan - kepercayaan yang berlandaskan falsafah yang dipegang seperti kepercayaan tao, confucious dan sebagainya. Di samping itu, kaum Cina mempunyai agama yang tersendiri bagi kaum mereka. Antaranya agama penyembahan nenek moyang, penyembahan berhala dan penyembahan datuk tanah.
Mari kita susuri dengan lebih dekat agama - agama ciptaan mereka ini bagi membandingkan dengan agama Allah.

2.0 Agama Kristian
1. Kristian membawa maksud seseorang yang mempercayai Jesus(nabi Isa) sebagai christ, mengamalkan agama berdasarkan kepada cara hidup dan ajaran Jesus; seseorang yang hidup berpandukan kepada ajaran Jesus(berdasarkan kamus Warisan Amerika).
2. Ada empat jenis pengamal ajaran kristian iaitu:
Kristian Aktif: Lebih suka menghadiri gereja, membaca Injil(Bible) dan yakin bahawa Jesus adalah penyelamat mereka.
Kristian Yakin: Juga mempercayai “Jesus sebagai penyelamat dan Tuhan” sebagai kunci utama sebagai penganut agama kristian, tapi mementingkan hubungan kerohanian dengan Tuhan dan Jesus berbanding menghadiri gereja dan membaca Injil.
Kristian Liturgical: Mempunyai tahap tertinggi dalam akiviti kerohanian, kebiasaanya diluahkan dengan menghadiri dan mengenali pihak atasan gereja dan berbakti kepada masyarakat.
Kristian sulit: Percaya dengan Tuhan dalam melakukan perkara-perkara yang baik tapi tidak meliputi hal-hal gereja. Mengikut kajian di Amerika, pengamal ajaran ini adalah yang paling ramai dalam kalangan muda mudi.
Kristian budaya: Tidak mellihat Jesus sebagai sesuatu yang penting sebagai penyelamat. Mereka tidak suka mengatur kehidupan mereka berdasarkan kepada kepercayaan dan pengamalan berdasarkan ajaran kitab Injil atau menghadiri aktiviti gereja. Mereka lebih meyakini teologi universal yang boleh mengenali Tuhan melalui pelbagai sudut.
3.0 Majusi
Seterusnya kita susuri agama Majusi yang diamalkan pada zaman nabi-nabi terdahulu.Majusi atau Zoroastrianisme adalah sebuah agama purba Parsi yang diasaskan oleh Zarathustra.Ia juga bukan sahaja sebuah agama, tetapi sebuah falsafah kehidupan, sama seperti taoisme. Agama Majusi mula membina kegemilangannya didalam masyarakat Parsi ketika zaman Achaemenid dan banyak manuskrip-manuskrip lama mengenai agama ini diterbitkan ketika pemerintahan Achaemenid. Malahan, kalender Majusi juga turut diperkenalkan ketika zaman ini. Ketika pemerintahan dinasti Seleucid dan Parthia pula, status agama ini kurang jelas. Kemudiannya, Parsi jatuh ke tangan Iskandar Agung dimana banyak hasil tulisan agama Majusi dimusnahkan. Akhirnya zaman kegemilangan agama ini musnah pada abad ke tujuh apabila empayar Sassanid kalah di tangan Arab. Penganut Majusi kemudiannya mula memeluk agama Islam. Namun begitu, terdapat beberapa kumpulan yang enggan diperintah oleh kerajaan Islam dan mereka ini melarikan diri ke India.
4.0 Buddha
Di India, sebelum zaman kegemilangan agama Kristian, tahap keagamaan adalah pada tangga terendah. Paderi-paderi telah menjadikan agama sebaagi alat untuk diperdagangkan..Ramai orang telah diperbodohkan dalam pelbagai cara oleh paderi-paderi ini bagi membolot harta untuk diri mereka sendiri. Disebabkan hal ini, orang-orang India telah mencari satu agama untuk dianuti sebagai pegangan hidup mereka. Lalu muncullah agama Buddha. Ayah kepada Buddha dikenali sebagai Suddhohana, raja kepada Sakhyas. Manakala ibu Buddha pula dikenali sebagai Maya. Buddha lahir pada 560tahun sebelum masihi di sebuah lembah bernama Lumbini dan meninggal pada tahun 480 sebelum masihi pada umur 80 tahun. Mengikut kepercayaan penganut Buddha, pada awal kelahiran Buddha ada beberapa tanda kononnya seperti waktu kelahiran nabi Muhammad SAW. Antaranya adalah bunga-bungaan mekar mewangi dan hujan rintik-rintik walaupun bukan pada musimnya, bunyi-bunyian indah dan wangian memenuhi udara. Manakala pada tubuh bayi yang baru lahir (yakni Buddha) terdapat 32 tanda yang dinamakan Mahavyanjana yang melambangkan masa depannya yang cemerlang dan tanda kedua yang digelar Anuvyanjana dalam kuantiti yang banyak. Dari sudut ini kita dapat melihat betapa jahilnya manusia dalam mewujudkan agama yang dirasakan sesuai dengan jiwa mereka. Meskipun tindakan tersebut hanya membayangkan kebodohan mereka.
5.0 Sikh
Di samping agama Buddha, agama Sikh juga muncul di India. Agama ini diasaskan oleh Guru Nanak (1469-1539), tunjang agama ini adalah percaya kepada adanya satu Tuhan dan dipanggil waheguru. Tempat sembahyang agama Sikh dipanggil Gurdwara. Gurdwara Emas di Amritsar, India merupakan tempat suci bagi penganut Sikh. Selepas beliau meninggal dunia, penggantinya juga diberi pangkat guru. Sebanyak sepuluh guru telah mengambil alih tempat beliau secara perlahan-lahan. Rangkaian ini berakhir pada tahun 1708 selepas kematian Gobind Singh yang tidak meninggalkan pengganti manusia tetapi meninggalkan satu himpunan skrip suci yang dipanggil Adi Granth. Skrip ini kemudian diberi nama Guru Granth Sahib. Gobind Singh juga telah menubuhkan sebuah persatuan "Persaudaraan Khalsa Sikh" dan memulakan pemakaian seragam untuk lelaki Sikh yang taat kepada agamanya yang diberi gelaran "Lima K". 5 K adalah seperti berikut;
kesh (rambut yang tidak dipotong)
kanga (sikat)
kara (gelang ditangan kanan)
kirpan (pisau kecil yang tidaklah begitu tajam)
kachha (seluar dalam panjang)
Dalam ajaran agama Sikh, terdapat 11 guru yang perlu dipatuhi dan diikuti iaitu;
1. Guru Nanak Dev
2. Guru Angad Dev
3. Guru Amar Das
4. Guru Ram Das (menyiapkan pembinaan kuil emas)
5. Guru Arjun Dev (penulis Adi Granth)
6. Guru Har Gobind (pembawa Miri dan Piri)
7. Guru Har Rai
8. Guru Har Krishan
9. Guru Teg Bahadur
10. Guru Gobind Singh
11. Guru Granth Sahib
Setiap guru-guru ini membawa ajaran yang dan pandangan yang berbeza tentang agama ini dan berhak mencipta apa-apa peraturan dalam agama mereka sepertimana yang telah dilakukan oleh Gobind Singh yang menyuruh berpakaian 5K. Ini dengan jelas menunjukkan kepada kita bahawa tiada persepaduan dalam agama ini serta tiada pegangan dan hala tuju yang jelas dalam agama mereka. Sementara itu, agama ini juga mempunyai hari-hari keagamaan yang tersendiri. Sepertimana agama kristian, agama ini juga mempunyai upacara pembaptisan yang digelar Amrit Sanskar. Bermula dengan lima khalsa memohon supaya seorang itu dimasukkan kedalam persatuan atau "brotherhood" Khalsa,kemudian diteruskan dengan meminum air "Amrit" yakni sejenis air madu yang digaul dengan Kirpan. Semasa digaul, kelima-lima khalsa ini akan membaca lima Banis yang suci iaitu
• Jap Sahib, (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
• Japji Sahib (dikarang oleh Guru Nanak)
• Tav Prasaad Seveiye (dikarang oleh Guru Gobind Singh Ji)
• Benti Chaupai (dikarang oleh Sri Guru Gobind Singh Ji)
• Anand Sahib (dikarang oleh Guru Amardas)
Seterusnya, air ini dituang di telapak tangan kanan dan diminum oleh setiap orang yang memasuki agama ini. Kemudian air ini direnjis sebanyak lima kali pada mata dan kepala mereka. Akhirnya setiap calon meminum air ini dari mangkuk yang sama sehingga habis.
Memandangkan orang yang beragama Sikh agak jarang kita temui, mari kita lihat upacara dan adat istiadat yang diikuti oleh penganut agama Sikh. Adat istiadat bermula sejak kelahiran sehinggalah kematian penganut Sikh. Pemberian hadiah merupakan amalan biasa yang dilakukan untuk menyambut kelahiran bayi. Pemberian nama merupakan upacara penting dan ia dikenali sebagai Naamkaran. Disini bayi yang baru lahir itu akan diberikan nama selepas Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang. Bayi itu akan dinamakan mengikut huruf pertama dalam mukasurat itu. Nama akhir untuk penganut Sikh adalah sama dan berbeza hanya mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki, manakala perempuan dipanggil Kaur. Singh bermaksud "Singa" dan Kaur pula bermaksud "Puteri".
Apabila seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun dia akan melalui satu upacara - pemakaian turban. Upacara yang dipanggil Dastar Bandhni biasanya dilakukan oleh para agamawan Sikh dipanggil Granthi atau ketua masyarakat.
Bagi seorang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem monogami. Dalam agama mereka, penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Walaupun begitu, penceraian masih boleh dilakukan di mahkamah sivil.
6.0 Agama Kaum Cina
Seterusnya, mari kita pandang ke timur melihat hal kerohanian masyarakat di sebelah timur pula.Di China, terdapat 3 agama khas untuk kaum mereka. Asas dan pegangan agama-agama ini adalah sama, yakni yang baik dibalas baik dan yang buruk dibalas buruk cuma pengamalan ajaran yang berbeza. Antaranya adalah Penyembahan Nenek Moyang, Penyembahan Berhala dan Penyembahan Datuk Tanah.Penyembahan nenek moyang merupakan intipati dalam agama rakyat China. Ia berkaitan dengan sistem nilai masyarakat China yang memberi nilai yang tinggi kepada sifat "ketaatan kepada ibu bapa". Seterusnya penyembahan berhala. Berhala yang disembah dalam agama ini adalah terlalu banyak. Ia terdiri daripada dewa-dewi, watak alam cerita epik, malah tokoh-tokoh sejarah. Bagi mereka, penyembahan berhala dapat menjamin keselamatan kehidupan sehari-harian. Agama ketiga yang diamalkan iaitu Penyembahan Datuk Tanah pula diumpamakan seperti penunggu dalam masyarakat Melayu. Pada kebiasaaannya orang Cina akan mengadakan altar untuk datuk tanah di atas lantai.
7.0 Kepercayaan Kaum Cina
Selain amalan penyembahan, kaum Cina juga mempunyai kepercayaan tersendiri iaitu kepercayaan Tao. Kepercayaan Tao merupakan konsep asas yang ditemui dalam amalan Taoism, Confucianism, dan kebiasaannya ditemui dalam falsafah cina yang terdahulu. Kepercayaan ini merupakan dirinya sebagai “jalan”, “laluan”, atau kadang2 sebagai doktrin atau prinsip yang menggunakan falsafah untuk menerangkan hal keadaan alam semulajadi di dunia.Konsep Tao amat berlainan daripada ontologi konvensional(Barat) tetapi ia merupakan konsep yang aktif dan holistik di dunia berbanding konsep lain yang statik dan atomistik. Tao meliputi seluruh alam semesta. Sepertimana falsafah nondual, semua objek yang boleh dikaji di dunia, dikenali sebagai Tao Te Ching atau ‘Perkara Sepuluh Ribu’- dianggap sebagai manifestasi bagi Tao,dan hanya dibenarkan untuk menggunakannya dengan kebenaran Tao. Sebalilknya, Tao sering digelar ‘Tidak Bernama’ kerana ia sendiri dan prinsipnya tidak dapat dijelaskan dengan perkataan. Ianya dibayangkan seperti suatu bentuk ataupun penyerupaan samaada dalam keadaan pegun ataupun bergerak secara tetap, samaada kedua – duanya lebih besar daripada benda yang terbesar dan lebih kecil dari yang terkecil kerana perkataan yang menerangkan bentuk, pergerakan, saiz, atau nilai-nalai lain selalunya berpadu.
Meskipun Tao tidak dapat dijelaskan, orang yang mengamalkan Taoism berpegang bahawa ianya boleh dikenali dan prinsipnya boleh diikuti. Kebanyakan buku-buku Tao menekankan kepada nilai untuk mengikuti Tao – yang dikenali sebagai Te - kerugian yang jelas dalam memahami dan mengawal kuasa Tao. Hal ini seringkali dijelaskan melalui persepadanan yin dan yang, dimana setiap perbuatan menghasilkan tindakbalas yang semulajadi, pergerakan yang tidak dapat dielak daripada manifestasi Tao.
8.0 JL Kyodan
Sementara itu, di Jepun pula terdapat agama JL Kyodan.Agama ini berkembang daripada kebudayaan Zen Buddha Jepun pada awal abad ke20. PL menekankan bahawa "Hidup adalah seni.". "Kami sudah dilahirkan untuk mengungkapkan kepribadian unik kami sendiri di segalanya dilakukan kami - untuk membuat seni". Di samping itu, ia juga untuk membantu mereka dalam memperbaiki kehidupan mereka dan mengatasi kesukaran seperti penyakit, kemalangan, rasa sakit, dan lain-lain.
PL tidak mempunyai kitab suci (seperti Alkitab atau Al-Quran), tetapi, mereka mempunyai Prinsip 21 PL dan Asas 21 PL yang ditulis oleh Pengasas Gereja.
Asas 21 PL
1. Hidup ialah seni
2. Hidup manusia adalah rangkaian ekspresi sendiri
3. Manusia adalah manifestasi Tuhan
4. Manusia menderita jika dia gagal untuk mengungkapkan dirinya sendiri
5. Manusia gagal jika diganggu oleh perasaan
6. Sikap sebenar manusia terdedah apabila egonya tercalar
7. Semua hal ada di satu sama lain hubungan ke sesuatu
8. Hidup bersinar seperti matahari
9. Semua manusia adalah setaraf
10. Bekerja keras untuk kebahagiaan bersama
11. Percaya pada kepercayaan sebenarnya
12. Ada cara (fungsi) aneh ke setiap "nama" (keberadaan)
13. Ada cara bagi lelaki, dan ada lain untuk perempuan
14. Semua untuk keamanan dunia
15. Semua adalah cermin
16. Semua benda maju dan berkembang
17. Mengerti apa yang paling penting
18. Pada setiap saat manusia berada di persimpangan baik dan jahat
19. Bertindak apabila intuisi anda terganggu
20. Hidup dalam kelapangan fikiran
21. Hidup di Liberti Sempurna

9.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, setelah kita meneliti ajaran agama-agama lain yang diamalkan di seluruh dunia, adalah tidak dapat disangkal lagi bahawa agama Islam adalah agama yang terbaik dan mempunyai hala tuju yang jelas berbanding agama-agama lain di dunia. Bukti yang paling jelas dan nyata ialah Nabi dan Rasul yang diutuskan pada zaman yang berbeza, berlainan tempat, berlainan kaum tetapi menyeru kepada perkara yang sama yakni mengEsakan Allah. Hanya insan yang buta mata hati sahaja yang menolak ajaran agama Islam dan menolak hukum-hukum Tuhan Yang Maha Esa. Dalam agama Islam, terdapat kelebihan yang tiada didalam agama lain yakni satu kenyataan yang berada di luar jangkaan akal fikiran waras manusiawi yang disebut al-Ghaib manakala sesuatu yang nampak dan mampu dicapai oleh pemikiran manusia pula disebut asy-Syahadah yang membawa maksud tersaksikan.
Islam menegaskan, asy-syahadah hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhan yang ada ironinya seperti seekor gajah yang hanya mampu menjangkau yang dialami dan dilihatnya. Manakala keseluruhannya hanya penciptanya yang mengetahui..
Justeru itu, marilah kita bersama-sama menegakkan kembali agama Islam dan mempertahankan maruah agama Islam daripada terus dinodai oleh bangsa-bangsa lain terutamanya Yahudi dan Israel yang sedang rancak ingin memusnahkan umat Islam di atas muka bumi ciptaan Tuhan ini. InsyaAllah berkat persepaduan dan kerjasama umat Islam yang mantap mampu memusnahkan angkatan mereka..


__________________________


Tarikh 20/03/2015