Sunday, April 12, 2009

Hukum – Hukum Syariah

Oleh: Rohana Binti Mohamad Zain

MAKSUD SYARIAH

Syariah bermaksud penerapan seluruh aspek kehidupan sesuai ajaran Islam yang bersangkutan dengan masalah ibadah dan sebagainya yang dinisbahkan pada Al- Quran dan sunnah Rasullah S.A.W. Mahmut Syalthut yang mendefinisikan syariah sebagai jalan atau system yang dibuat oleh Allah bagi manusia dalam hubungan dengan Allah S.W.T., sesama muslim, sesama manusia, kehidupan dan alam semester. Oleh itu, setiap makhluk harus mengikuti setiap hak-hak masing –masing terutama mengikuti hak-hak Allah. Di dalam hukum Syariah Islamiyah, bagi setiap peribadi manusia ada empat macam hak iaitu hak- hak Allah, hak-hak peribadi, hak-hak hamba dan hak-hak yang di bawah kekuasaannya di dunia ini berupa sesuatu yang dapat dipergunakan dan dimanfaatinya.

HAK-HAK ALLAH
Hak-hak Allah merupakan yang mutlak dan tidak boleh diubah dan dipertikaikan. Setiap makhluk harus tunduk serta patuh kepada hak-hak Allah. Hak Allah yang pertama ialah beriman kepadaNya, tidak menyekutukannNya dan tidak mengambil selainNya menjadi Tuhan. Hak ini ditunaikan dengan percaya akan kalimah ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’. Hak Allah yang kedua ialah mengakui sepenuhnya akan kebenaran dan petunjuk yang datang daripadaNya. Hak ini ditunaikan dengan percaya akan ‘Muhammad itu Utusan Allah’ seperti mana dalam kalimah syahadah.

Hak Allah yang ketiga ialah ditaati. Hak ini ditunaikan dengan mengikut undang –undang yang diterangkan oleh kitab Allah Al-Majid yang dihuraikan dan disyarahkan oleh Sunnah Rasulullah S.A.W.

Hak Allah yang keempat ialah dipertuan. Untuk menunaikan hak ini, wajib ke atas manusia menunaikan segala yang diwajibkanNya yang terdiri daripada pelbagai fardhu dan kewajipan seperti sembahyang lima waktu, berzakat, berpusa di bulan Ramadan dan sebagainya. Oleh kerana hak ini lebih utama dari yang lain maka untuk menunaikannya wajiblah seseorang mengorbankan semua hak lain hingga kepada had yang tertentu. Umpamanya pada waktu seseorang menunaikan fardhu sembahyang atau puasa, ia mengorbankan banyak hak peribadinya. Contohnya meninggalkan makan atau minum pada siang hari supaya puasa yang dilakukan tidak terbatal dan diterima oleh Allah. Tetapi Allah telah meletakkan batas-batas hak-hakNya sehingga untuk menunaikan sesuatu hak Allah tidak akan dikorbankan hak-hak yang lain, melainkan terhad kepada suatu batas tang tidak dapat diganjak lagi. Contohnya dalam sembahyang, Allah tidak mengkehendaki kita bersusah payah untuk menunaikannya, bahkan mengkehendaki keringanan. Apabila tidak memperoleh air atau jatuh sakit, kita boleh bertayamum dengan debu-debu tanah yang baik. Dan jika dalam bermusafir kita boleh meringkaskan solat seperti melakukan solat jamak qasar. Jika sakit, kita boleh bersembahyang duduk atau berbaring. Allah Taala meskipun sangat suka jika manusia berbuat kebaikan dan mendekatkan diri kepadaNya dengan mengerjakan sembahyang-sembahyang sunnat selepas sembahyang wajib, tetapi Allah tidak mengharamkan tidur malam dan istirehat siang untuk mengerjakan sembahyang, dan kita tidak mengambil berat akan hak-hak hamba Allah yang ada pada kita.

Demikian juga, Allah telah memberi banyak kemudahan dalam puasa. Allah tidak mewajibkan hambaNya berpuasa melainkan selama sebulan dalam setahun iaitu pada bulan Ramadhan. Puasa yang ditinggalkan dapat digantikan dengan hari-hari lain apabila kita sakit atau dalam musafir. Dalam berpuasa Allah menyuruh kita supaya melambatkan makan sahur dan menyegerakan berbuka puasa. Amalan ini dapat menambah pahal kita. Kemudian Allah sangat suka hambaNya yang banyak berpusa sunnat selepas puasa bulan Ramadhan yang diwajibkan seperti melakukan puasa sunnat Enam, tetapi Allah tidak menyukai orang yang sentiasa berpuasa, orang yang menyiksa badannya dan meninggalkan pekerjaan duniawi semata-mata untuk melakukan amalan puasa.

Begitu juga dengan zakat. Islam tidak menetapkan pengeluaran harta zakat melainkan mengikut kadar yang sederhana. Islam tidak mewajibkan zakat melainkan ke atas orang yang memiliki harta yang cukup nisabnya. Orang yang hendak berbuat baik selepas itu dengan bersedekah pada jalan Allah lebih daripada zakat yang wajib, sesungguhnya Allah meredhai dan menyukai terhadap perbutan demikian serta memuji kemurahan hatinya, tetapi Allah tidak mengkehendaki orang itu mengorbankan hak-hak diri dan keluarganya dengan membelanjakan semua hartanya pada jalan Alla lalu duduk termangu-mangu dan menyesal di tengah –tengah manusia. Bahkan dalam perkara ini ia juga wajib berjimat dan bersikap bersederhana.

Kemudian, pekerjaan haji. Melakukan haji adalah tidak wajib melainkan ke atas orang-orang yang mepunyai milik lebih daripada keperluannya, orang yang sanggup pergi mengerjakan haji dan orang yang mampu menaggung kesukaran dan beratnya perjalanan. Bahkan Allah telah menambah kemudahan ke atas manusia dalam mengerjakan haji ini, tidak diwajibkanNya manusia melakukannya melainkan hanya sekali dalam seumur hidupnya. Apabila berlaku peperangan dan bahaya, atau dikhuatiri kebinasaan diri, semasa melakukan haji, hendaklah kita berundur dari menerus melakukan haji sehingga hilang bahaya itu. Begitu juga, Allah menetapkan keredhaan ibu bapa jika sseseorang melakukan haji supaya ibu bapa tidak menderita atau tidak berasa risau semasa anak meninggalkannya disebabkan kelemahan dan ketuaan usia. Oleh itu, teranglah bahawa Allah telah memelihara banyak hak orang lain dalam menunaikan hak-hakNya yang mulia.

Pengorbanan yang paling besar terhadap hak-hak manusia yang ditunaikan oleh manusia terdapat dalam jihad. Dalam jihad, manusia mengorbankan diri dan hartanya, diri orang lain dan hartanya untuk mengharapkan keredhaan Allah. Tetapi, sebahagian kaedah Islam dasarnya yang asasi, hendaklah orang yang menghadapi kemudaratan yang ringan untuk menghindarkan kemudaratan yang berat. Untuk menghadapi kemudaratan yang berat ini, Allah telah memerintahkan hambaNya yang mu’min untuk tahan dalam menempuh jalanNya dan dalam mengharapkan wajahNya ke atas segala bencana yang menimpa diri dan harta mereka yang berupa kemudaratan yang lebih ringan.. meskipun demikian, disuruhNya tidak membunuh manusia melainkan orang yang menghalang mesti dibunuh dan jangan melampau hingga kepada orang yang lemah, perempuan, kanak-kanak, orang sakit dan warga tua. Kita jangan memerangi orang melainkan mereka memerangi kita dahulu. Kita hendaklah menunaikan janji yang dijanjikan terhadap pihak lawan.

Ini semua menunujukkan bahawa Allah tidak memembenarkan pengorbanan hak-hak manusia dalam menunaikan hakNya melainkan mengikut kadar yang mesti sahaja.

HAK-HAK PARA HAMBA

Syariah Islamiyah telah meyuruh manusia menunaikan hak-hak dirinya dan tubuhnya pada satu pihak. Pada pihak lain, ia menyuruh manusia supaya menunaikan hak-hak ini tanpa menyentuh hak-hak hamba Allah yang lain di dunia. Oleh kerana itu, syariah telah mengharamkan mengambil, merampas, mencuri, rasuah, khianat, berkata kotor, curang dan makan riba. Manfaat yang diusahakan manusia mengikut cara-cara pada hakikatnya adalah dengan menimbulkan mudarat ke atas orang lain.

Syariah telah mengharamkan dusta, mengumpat, menghasut dan mengada-ngada kerana semua pekerjaan ini mendatangkan mudarat kepada hamba Allah yang lain. Syariah juga mengharamkan kepada manusia pertaruhan, judi dan loteri. Dalam perkara ini seluruh manfaatnya tidak akan wujud melainkan kemudaratan ke atas beribu-ribu manusia lain. Syariah juga mengharamkan berzina dan perbuatan kaum Nabi Luth. Perbuatan-perbuatan ini merosakkan kesihatan dan akhlak pada satu pihak, membawa kepada penyebaran maksiat, penyebaran perbuatan memalukan dan penyebaran pengikuatn hawa nafsu di dalam masyarakat pada pihak lain dan akhirnya ia boleh membawa manusia kepada penyakit kotor dan perosakan keturunan perkembangan bencana, kerosakan perhubungan sillaturahim dan merosakkan kaedah-kaedah kemajuan dan peradapan.

Ini adalah ikatan-ikatan yang diletakkan oleh syariah Islamiyah ke atas kehidupan manusia itu tidak menghilangkan atau mengurangi hak-hak orang lain ketika ia memenuhi hak-hak diri dan tubuhnya sendiri. Tetepi tiada memadai untuk meningkatkan kemakmuran manusia dan memberinya kebahagiaan dengan hanya tidak menimpakan kemudaratan kepada manusia lainnya, bahkan tiada tujuan lain melainkan dengan menegakkan pertalian dan perhubungan di antara manusia denagn cara yang menjadikan mereka semua bertolong-tolongan berbuat kebaikan, bantu –menbantu untuk kemaslahatan masyarakat.

Berikut adalah diterangkan undang-undang yang ditetapkan oleh syariah Islamiyah untuk mencapai tujun ini. Pertama ialah hubungan kemanusiaan bermula dengan kehidupan keluarga. Kelurga di sini ialah satu kumpulan manusia yang terdiri daripada sumi isteri dan anak-anak. Apa yang ditetapkan oleh Islam berkenaan dengan asas keluarga, menyediakan keperluannyanya dan mempertahankan peribadinya. Isteri berkewajipan mentadbirkan urusan rumah tangga dengan apa yang diusahakan oleh suami, menyediakan keselesaan yang mungkin bagi suami dan anak-anaknya, dan mementingkan pendidikan anak-anak. Anak-anak berkewajipan mentaati ibu bapa mereka, menghormati mereka dan berbakti kepada ibu bapa apabila mereka dewasa.
Untuk tujuan mengekalkan peraturan keluarga agar mendatangkan kebaikan, kebijaksanaan dan kerukunan, Islam telah memilih dua pendatbiran. Pentadbiran pertama ialah meletakkan suami atau bapa menjadi pemerintah kelurga dan mengawasi keadaannya. Sebagaimana peraturan da pemerintahan sesuatu negeri tidak mungkin berjalan dengan baik tanpa pemerintah yang menjalankan urusannya, demikian juga mustahil peraturan keluarga berjala dengan baik tanpa ada orng yamg menjadi pemerintah yang mengawasi urusannya. Pentadbiran kedua ialah wanita atau isteri menjaga kehormatannya. Oleh itu, ia tidak dibebani tanggungjawab yang bertali dengan urusan- urusan luar rumahtangga, supaya ia dapat dilaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh di dalam rumahtangga dengan segala ketenangan da ketenteraman dan agar tidak tergendala peraturan rumahtangga dan pendidikan anak-anak denagn kelurnya dari rumah.
Kedua ialah setelah hubunga keluarga, manusa berhubung dengan kawan-kawan, jiran-jiran, penduduk kampong, penduduk negeri dan mereka yang bersama-sama dengannya mengharungi berbagai keadaan. Islam telah menyuruhnya untuk bermumalat dengan semua mereka, dengan cara yang betul, adik dan dengan pekerti yang baik. Janganlah kita menyakiti seorang pun di antara mereka, jauhi perkataan jahat dan ucapan kotor kepada mereka, saling bantu-membantu antara kita, kunjungi mereka apabila sakit, hantarkan jenazah mereka ke kubur, bantulah mereka yang menimpa musibah,dan menolong fakir miskin,orang –orang yang berhajat dan orang- orang lemah di antara kita dengan menunjukkkan kecenderungan melindungmereka. Tolonglah orang yang ketiadaan sampai ia mendapat usaha untuk dirinya.

HAK-HAK SELURUH MAKHLUK

Allah telah memberi kurniaan kepada manusia lebih banyak daripada makhluk-makhlukNya yang lain.Allah telah mengarahkan manusia menjadi khalifah dimuka bumi untuk mentadbir makhluk Allah yang lain dan menundukkannya dengan kekuatan, mempergunakannya dan mengambil manfaat daripadanya. Itu adalah sebahagian daripada haknya yang sah kerana ia adalah makhluk Allah yang paling mulia di muka bumi. Sebahagian daripada hak-hak itu manusia tidak dibenarkan menyeksa makhluk lain, memberi mudarat kepadanya atau menyakitinya tanpa keperluan yang sungguh-sungguh. Apabila ia terpaksa mudarat kepada makhluk lain itu hendaklah dilakukan mengikut kadar semestinya sahaja. Dalam mempergunakan dan menikmatinya hendaklah dipilihnya cara yang paling baik dan adil.
Syariah Allah penuh dengan hukum seperti ini. Ia tidak membenarkan manusia membunuh binatang melainkan atau kerana dikhuatiri memdatangkan bahaya kepada seseorang. Syariah melarang keras membunuh haiwan tanpa keperluan, misalnya dengan tujuan bersenang-senang dan bermain-main. Ia telah menentukan cara menyembelih untuk membunuh binatang yang dimakan, cara yang sebaik-baiknya untuk mengambil makanan daripadanya. Setiap cara yang bukan cara menyembelih, meskipun penderitaan binatang itu berkurang, dapat mengurangkan banyak faedah daging. Kalau lebih banyak terpelihara faedah daging, binatang itu pula akan lebih menderita. Dan Islam menyuruh menjauhi dua perkara ini. Syariah melarang keras membunuh binatang dengan kasar dan menyakiti. Islam juga menyuruh membunuh binatang liar yang memberi mudarat dan haiwan kecil yang berbisa, melainkan kerana jiwa manusia lebih bernilaidan lebih berharga daripada kehidupan binatang liar dan binatang berbisa ini. Tambahan pula, tidak dibenarkan membunuhnya dengan cara menyiksa dan mneyakiti.
Islam juga melarang keras melaparkan binatangyang yang digunakan untuk kenderaan atau mengangkat barang. Islam melarang membebaninya lebih daripada kesanggupannya dan melarang memukul binatang itu dengan keras. Pengurungan burung tanpa keperluan juga adalah dilarang oleh syariah Islamiah.
Walaupun Islam melarang menyakiti binatang tetapi Islam membenarkan perlakuan terhadap pohon-pohon lebih daripada haiwan dengan menimpakan sedikit mudarat. Kita boleh memetik bunga dan buahnya. Walaubagaimanapun, kita tidak berhak membinasakan atau mencabutnya tanpa keperluan. Bahkan larangan membinasakan itu bukan sahaja untuk tumbuh-tumbuhan yang mempunyai kehidupan, tetapi juga ke atas sesuatu yang tidak hidup seperti melakukan pencemaran sungai,laut dan darat.

SYARIAH ALAM YANG KEKAL

Semua yang diterangkan adalah rumusan mengenai hokum dan undang-undang syariah yang murni yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. kepada seluruh alam untuk sepanjang masa. Dalam syariah ini antara manusia dengan manusia tidak dapat dibezakan melainkan berdasarkan aqidah dan amal. Sesungguhnya, semua syariah dan agama yang membezakan antara manusia berdasarkan keturunan, tanah air, dan warna kulit tidak mungkin menjadi syariah sejagat. Adalah sungguh mustahil mengikut tabi’I bahawa seseorang dari keturunan itu,sebagaimana tidak mungkin bagi penghuni bumi ini semuanya menetap dan menghadkan diri mereka pada sesuatu tanah watan yang khas, seperti juga tidak mungkin hitam orang Habsyi atau kuning orang Cina atau orang Eropah berubah dari semulajadinya. Mengikut nyatanya, agama-agama seperti ini tidak akan timbul dan tidak akan hidup melainkan dikalangan ummat yang khas sahaja.

Berlainan dengan semua ini, Islam datang dengan membawa syariahsejagat yang memungkinkan setiap orang yang mempercayai aqidah tiada Tuhan melainkan Allah, Muhammad itu utusan Allah masuk kedalam lingkungan ummat muslim dan di dalamnya boleh menikmati hak-hak yang dinikmati oleh seluruh kaum muslimin. Di dalam syariah, seseorang tiada ditentukan oleh keturunan, bahasa, tanahair dan warna kulit. Kemudian, syariah ini adalah yang kekal. Undang-undang tidak disusun berdasarkan adat sesuatu ummat yang khas atau lingkungan sesuatu zaman yang terhad. Bahkan ia disusun di atas fitrah kemanusiaan. Oleh kerana fitrah ini tetap ada pada setiap masa atau suasana, demikian juga adalah wajar jika undang –undang yang disusun di atasnya kekal pada setiap masa atau suasana.

KESIMPULAN

Setiap sesuatu mempunyai hak-hak yang perlu diketahui dan diikuti. Sebagai makhluk Allah kita harus mematuhi suruahanNya. Janganlah kita mengabaikan hak-hak yang lain demi kepentingan peribadi.

__________________________


Tarikh 20/03/2015



No comments: