Thursday, April 9, 2009

CIRI-CIRI SUAMI DAN BAPA MITHALI

Oleh: SITI FATIHAH BINTI MOHAMMAD

1.PANGGILAN MESRA
- Suami perlulah memilih kata-kata yang baik,indah dan menarik apabila berbicara dengan isteri.
- Kepekaan perasaan juga amat diperlukan apabila bercakap dengan isteri,hal ini dapat membuatkan hubungan atau komunikasi suami dan isteri menjadi menarik.Kemesraan dan keharmonian rumah tangga menjadi semakin kukuh.
- Contoh:
1)menghadap muka si isteri apabila berkomunikasi.
2)memberi perhatian penuh apabila brercakap
3)memandang dengan perhatian yang tulus
4)sentiasa tersenyum semasa bercakap
- Kata-kata indah juga mampu perisai daripada seksa neraka seperti sabda Rasulullah:“Jauhilah seksa neraka sekalipun hanya dengan bersedekah separuh buah kurma.Barangsiapa tidak mendapatkannya,maka cukup dengan kata-kata yang baik.”(HR.Bukhari dan Muslim dari Adiy bin Hatim)

2.BERSUKA RIA
- Bersuka-ria dan berguarau-senda dapat merapatkan hubungan kasih –sayang suami isteri.Disamping itu,suami isteri juga dapat menghilangkan tekanan dan menghapuskan rasa jemu apabila bersama jika mereka mempraktikkan gurauan senda dalam hubungan rumah tangga mereka.
- Suami isteri dapat bergurau dimana-mana sahaja seperti ketika mandi,di rumah,di meja makan dan di lain-lain tempat.
- Bersuka-ria juga mempunyai bebera etikanya sendiri seperti:
1. Dalam bergurau tetap berpegang teguh pada nilai kebenaran,ia tidak dibenarkan menampilkan canda yang mengandungi unsure kebohongan mahupun kotor.
2. Tidak boleh bergurau berlebihan kerana gurauan yang berlebihan dapat mematikan kreativiti serta ketajaman hati.Selain itu,ia juga dapat melalaikan zikir kepada Allah serta menurunkan kewibawaan diri.
3. Gurauan yang mengundang rasa sakit hati,penghinan,kesombongan,mencaci maki orang lain,mengumpat dan perilaku yang boleh dikategorikan sebagai boleh menyakitkan hati orang lain merupakan gurauan yang tidak dibenarkan.

3.MENJAGA RAHSIA
- Berkongsi rahsia merupakan antara terapi yang bagus yang boleh diamalkan antara suami isteri.Aktiviti ini dapat menunjukan rasa cinta antara satu sama lain dan dapat mengukuhkan rasa percaya dan amanah antara satu sama lain.
- Rahsia suami isteri tidak patut didedahkan kepada orang luar kerana ia dapat menjejaskan hubungan dan kepercayaan diantara pasangan masing-masing.
- Adalah mewarisi sikap syaitan jika menceritakan rahsia keluarga,lebih-lebih lagi mengenai kenikmatan hubungan kelamin kepada orang lain.Selain itu,maruah diri akan jatuh jika menceritakan perkara tersebut kepada orang lain.
- Sabda Rasulullah:“Janganlah kamu lakukan hal itu,kerana perumpamaan perbuatan tersebut adalah ibarat syaitan lelaki bertemu dengan syaitan perempuan lalu melakukan penzinaan ,sedang orang-orang banyak menontonnya.”
(HR.Ahmad dari Asma’ binti Yazid,dan termasuk hadith hasan)
- Segala masalah rumahtangga boleh diceritakan kepada seseorang yang dapat menolong dalam penyelesaian masalah yang dihadapi,orang itu hendaklah seseorang yang boleh di percayai dapat menyimpan masalah.

4.MEMBERI NASIHAT
- Nasihat,pengajaran dan pendidikan patut diberikan kepada isteri oleh seorang suami.
Al-Quran dan Al-Hadith perlu dijadikan sebagai panduan dalam membimbing isteri.Diantara wasiat Al-Quran adalah ketegasan Allah SWT : “Hai orang-orang beriman,jagalah dirimu dan keluargamu dari seksa api neraka yang bahan bakarnya terdiri dari manusia dan batu.” (At-Tahrim:6)
- Isteri patutlah di ajar bersolat dan dinasihat supaya bersolat and melakukan ibadah.Hal ini telah diperintahkan oleh Allah SWT :“Peringatkanlah anggota keluargamu yang terdekat.” (Asy-Syuara’)
- Rasulullah telah memerintahkan supaya suami selalu memberi pelajaran kepada isteri tentang pengatahuan agama mahupun ilmu yang lain supaya isteri mempunyai wawsan dan ilmu pengetahuan yang dapat menyumbang kepada kegemilangan rumah tangga serta dapat menyelesaikan segala masalah rumahtangga.
- Suami yang soleh mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang boleh di kongsi bersama isteri mereka.
- Mendampingi isteri untuk mendalami ilmu merupakan salah satu inisiatif seorang suami untuk menyokong nasihat-nasihat mereka kepada isteri-isteri mereka.

5.SIKAP PEMAAF
- Firman Allah SWT: “Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang ma’ruf,serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh.” (Al-A’raf:199)
- Rumahtangga yang dipimpin oleh yang seorang suami yang pemaaf serta yang sering berlapang dada akan sentiasa aman dan bahagia.
- Sikap pemaaf juga dapat menghilangkan rasa dendam yang boleh menyumbang kepada keruntuhan r umahtangga kerana perasaan ia merupakan punca utama berlakunya perceraian.
- Suami yang tidak boleh memaafkan salah isteri,haruslah menegur kesalahan isteri mereka dengan cara baik dan tidak menyinggung perasaan si isteri.
- Antara langkah-langkah yang betul untuk menegur seorang isteri ialah:
1. Jangan membesar-besarkan masalah yang dihadapi
2. Jangan mengumbar nafsu dan sedih hingga ucapan dan syak menjadi berlebihan.
3. Mulalah teguran dengan sindiran dan isyarat.
4. Tegurlah dalam bahasa yang mudah difahami dan jelas.
5. Jangan menegur kesalahan isteri dihadapan orang lain.
6. Pilih tempat dan keadaan yang sesuai jika hendak menegur isteri.
7. Teguran tidak patut disampaikan jika tahu akan akibat negatifnya.
8. Perasaan isteri haruslah dijaga ketika ditegur.

6.MENGHORMATI ISTERI
- Suami yang baik perlu menghormati isteri bagi mengelakkan isteri rasa terhina atau diperlekehkan.
- Isteri yang penat bekerja dan menjaga anak-anak seharian amat memerlukan perhatian dan rasa hormat dari suaminya.
- Sebagai tanda terima kasih,suami perlu menghormati si isteri.Walaubagaimana pun,rasa horamt itu tidak akan mengurangkan kewibawaan seorang suami malah dapat mengukuhkan kesetiaan dan perasaan cinta antara satu sama lain.
- Cara-cara yang elok untuk menghormati isteri:
1. Berbicara dengan penuh sopan-santun.
2. Menggunakan ayat-ayat yang elok atau senonoh ketika bercakap dan berbincang..
3. Jika memanggil isteri,perlulah memanggil dengan sopan dan tidak berteriak.
4. Jangan memotong percakapan si isteri
5. Ucapkan salam dahulu sebelum memulakan perbincangan.
6. Hormati isteri di hadapan khalayak ramai
7. Jangan mengejak isteri di hadapan khalayak ramai atau di mana-mana sahaja.
8. Raikan ulang tahun kelahiran isteri atau hari-hari yang penting dalam hidupnya.
9. Jangan bandingkan isteri dengan pembantu.
10. Perlakukan isteri sebagaimana kita ingin di perlakukan.

8.BERAKHLAK BAIK
- Suami yang baik tidak akan menunjukkan muka yang masam dan garang di hadapan anak-anak dan isteri dek kerana dia tertekan semasa keluar rumah.Hal ini akan mengundang perasaan takut dalam diri anak-anak dan juga isteri.
- Kelakuan si suami yang berakhlak buruk boleh membuatkan anak-anak menjadi manusia yang berakhlak buruk dan dicela.
- Perkara yang mampu mendorong kearah akhlak yang baik dan terpuji:
1. Hindari daripada sikap pendendam.
2. Sentiasa mengingati Allah SWT dan berzikir kepadaNYA.
3. Sentiasa bersyukur dan memuji Allah SWT
4. Meredhakan dan merelakan apa yang telah terjadi atau yang telah ditentukan.
5. Janganlah menambahkan keletihan isteri anda dengan memarahinya.
- Rasulullah SAW bersabda,“Akhlak yang baik merupakan separuh agama,”Diriwayatkan dari Rasulullah SAW saat menguburkan Saad bin Mu’az.
- Rasulullah SAW bersabda ,“Tak ada kehidupan yang indah daripada akhlak yang baik”.

9.JANGAN MUDAH TERPENGARUH DENGAN PUJUKAN ORANG LAIN
- Sebagai suami atau ketua rumah,seseorang lelaki itu tidak patut mudah terpengaruh dengan kata-kata orang luar sama ada keluarga atau kawan-kawan mengenai urusan rumahtangga kita.
- Pegaruh daripada ibu atau saudara perempuan selalunya akan memberi impak yang besar di dalam hidup seorang lelaki yang merupakan anak ibu selepas berkahwin.Isteri kepada anak ibu selalunya akan di anggap sebagai perampas dan segala kelemahannya akan di besar-besarkan olek ibu atau saudara perempuan lelaki tersebut.
- Suami haruslah pandai mengadili isteri jka terdengar hasutan atau kata-kata yang tidak elok pasal si isteri.0leh itu,sikap adil dan pandai membuat keputusan amat diperlukan bagi menangani segala tohmohan tersebut.
- Kaum suami perlulah lebih bersabar dan bersikap hati-hati dalam menilai perkara berkenaan.

10.BERHATI-HATI DALAM MENJAGA PERIHAL KELUARGA
- Tanggungjawab suami sebagai seorang bapa juga amat dituntut dalam mendidik anak dan melindungi isteri dan anak-anak dari segala bahaya.
- Allah SWT berfirman:
“Kaum lelaki itu adalah pemimipin bagi kaum wanita,oleh kerana Allah melebihkan sebahagian mereka(lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita),dan kerana mereka(lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.
Sebab itu maka wanita yang soleh adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada.”
(An-Nisa:34)
- Suami juga disepatutnya membiarkan isterinya melakukan apa sahaja mengikut kehendak hatinya.Malah sebagai seorang suami yang bertanggungjawab,dia haruslah memerhatikan tindak tanduk isterinya.
- Seorang lelaki yang membiarkan iserinya menghadiri majlis yang penuh dengan maksiat dan perkara yang tidak baik akan dianggap sebagai penipu dan hina.
Rasulullah SAW bersabda:“Nasihatlah mereka(kaum wanita)dengan benar sebelum mereka memerintah kamu dengan kemungkaran dan mintalah pertolongan dari Allah dari keburukan mereka serta jadilah kamu sebaik-baik penjaga mereka.”
- Kekerasan dan kekasaran akan membuatkan isteri menjadi keras kepala dan ingkar,oleh itu bimbinglah isteri dengan penuh kelembutan tetapi tegas.

11.BATASAN MEMUKUL ISTERI
- Isteri yang tidak patuh pada suami dan mengingkari arahan suami boleh dihukum menurut hokum syara’.
- Batas-batasan yang patut di ikuti oleh suami dalam menghukum atau memukul isteri:
1. Tujuan memukul haruslah semata-mata untuk kebaikan dan mendidik,bukanlah semata-mata untuk membalas dendam atau melepaskan marah.
2. Hendaklah menggunakan kayu kecil atau tangan untuk memukul seperti yang disebut di dalam riwayat memukul dengan kayu siwak.
3. Tidak boleh meninggalkan kesan pukulan seperti luka,lebam atau merah pada tubuh badan isteri kerana jika meninggalkan kesan,suami perlu membayar ganti rugi kepada isteri.
4. Tempat-tempat sensitif seperti mata,kepala dan perut tidak boleh dipukul sama sekali.
5. Pukulan perlulah dilakukan dengan lembut supaya tidak menimbulkan dendam dan perasaan marah seorang isteri kepada suami.
6. Suami haruslah ikhlas memukul isteri dan menetapkan di dalam hati akan terus hidup bersama dan terus menyintai isteri selamanya.
7. Isteri yang berpuasa,sedang haid dan sakit tidak boleh dipukul.

12.BERSIKAP SETIA
- Nilai kemanusiaan di samping ikrar yang diucapkan sewaktu akad nikah mewajibkan seorang suami menjadi seorang yang setia.
- Isteri merupakan orang yang sentiasa berada di sisi suaminya di waktu susah dan senang,oleh itu si isteri tidak patut di tinggalkan atau di aniaya oleh suami.
- Suami yang curang atau tidak setia akan dicela dan dibenci orang ramai termasuk keturunannay.
- Sifat setia merupakan sifat yang baik dan terpuji,oleh itu jadilah seorang yang setia.

13.MEMINTA KETURUNAN YANG BAIK
- Suami yang mithali akan meminta keturunan atau anak dari isterinya.
- Imam Ja’far bin Muhammad as-Shadiq berkata,“Merupakan kebahagiaan seseorang yang memiliki anak yang soleh.”
- Rasulullah SAW bersabda:“Barangsiapa ingin mengikut sunnahku,kahwinlah.Mintalah anak,kerana pada hari kiamat kelak aku berbangga atas ramainya uamtku,”
- Allah SWT akan melipatgandakan rezeki pasangan suami isteri yang mempunyai anak.
- Hikmat bagi mendapatkan anak pada usia muda:
1. Anak yang lahir pada usia kedua-dua ibubapanya muda akan sihat dan kuat.
2. Cahayamata yang lahir di usia muda ibubapanya dapat menghabiskan banyak masa dengan kedua ibubapa mereka.
3. Kedudukan yang tinggi mampu digapai oleh anak yang yang lahir oleh ibubapa seperti yang disebut-sebutkan tadi.
4. Suami yang baik akan menerima apa jua jantina anaknya samaada lelaki atau perempuan dan akan sentiasa memuliakan anaknya walaupun anak perempuan. ALLAH SWT berfirman : “Dan apabila seseorang di antara mereka diberi kabar dengan (kelahiran anak perempuan,hitamlah (merah padamlah) mukanya dan dia sangat marah.Dia menyembunyikan dirinya dari orang ramai,disebabkan buruknya cerita yang sampai kepadanya.Apakah dia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya ke dalam tanah (hidup-hidup)?Ketahuilah,alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.”
(An-Nahl ; 58-59)

5. Bapa yang baik tidak akan membezakan anaka-anaknya tidak kira lelaki atau perempuan.

14.MENYANTUNI PEMBANTU RUMAHTANGGA
- Adalah sesuatu yang normal bagi pasangan suami isteri pada zaman ini untuk mempunyai pembantu rumahtangga atau juga dipanggil orang gaji.Adalah menjadi kemestian bagi seorang suami untuk menyantuni pembantu rumahtangganya bagi mengelakkan dari terjadinya perkara-perkara yang tidak diingini.
- Seorang pembantu rumah patut dilayan dengan baik kerana dia mempunyai hak untuk hidup dengan baik,sebagai contoh:
1.Tidak memperlakukan pembantu sebagai hamba.
2.Tidak boleh mencaci,mencerca dan merendah-rendahkan mereka
3.Menjaga martabat dan harga diri mereka.
4.Jangan mendera atau melakukan sesuatu yang boleh menyakitkan pembantu rumahnya.
5.Menjaga adab dan pergaulan dengan pembantu.
6.Mengawal nafsu supaya tidak terjadi sesuatu yang sumbang antara pembantu dan majikan.
7.Memberi mereka rehat secukupnya bagi menghilangkan penat bekerja.
8.Memberikan pembantu rumah peluang untuk berhias kerana adalah menjadi kesukaan wanita untuk berhias.
9.Pembantu rumah juga perlu diberi peluang untuk bergaul dan berkawan.
- Walaupun begitu,majikan juga perlu memerhatikan dan mengambil tahu akan pergaulan dan pergerakan pembantu rumahnya.Hal ini dapat mengelakkan dari berlakunya perkara-perkara seperti:
1.Pembantu rumah tidak menjaga harta majikan dengan baik atau tidak amanah.
2.Segala cerita rumahtangga diceritakan kepada jiran tetangga.
3.Penyalahgunaan harta majikan.

15.MENDIDIK ANAK
- Anak-anak merupakan insan yang diharap akan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa,agama,keluarga dan negara.Anak-anak juga diharapkan mejadi anak-anak yang soleh dan juga solehah.
- Terdapat 8 adab bagi pasangan yang mempunyai anak:
1. Tidak terlalu gembira mendapat anak lelaki dan bersedih apabila mendapat anak perempuan kerana selalunya anak perempuan akan membawa lebih kegembiraan.
2. Hendaklah membacakan kalimah azan di telinga kanan dan iqamatkan di telinga kiri apabila lahirnya seorang bayi kerana hal ini dimaksudkan kalimah pertama yang bayi tersebut dengar ialah nama ALLAH.
3. Kalimah ini juga dapat mengelakkan bayi tersebut terkena ganggu syaitan.
4. Disunatkan bagi seorang kanak-kanak untuk mengucap sebaik sahaja dia pandai bercakap.
5. Bayi juga disunatkan dikhatankan pada hari ketujuh kelahirannnya.
6. Nama yang baik hendaklah diberikan kepada bayi itu kerana nama yang membawa maksud yang baik akan mempengaruhi keberkatan hidup bayi tersebut
7. Disunatkan untuk mengakikahkan bayi tersebut pada hari ketujuh kelahirannya atau hari selepasnya.
8. Bayi yang lahir hendakalah ditawarkan atau disuapkan kurma atau manisan secukupnya.
- Dalam mendidik anak-anak,terdapat 3 faktor penting:
1. Jasmaniah
2. Aqliah
3. Rohaniah
- Adalah menjadi tanggungjawab ibubapa untuk mendidik anak-anak mereka kerana mereka merupakan guru yang pertama bagi anak-anak mereka.



__________________________


Tarikh 20/03/2015


No comments: