Thursday, April 9, 2009

Asas-Asas Islam

Oleh: Marinah Syazwani Bt. Mokhtar

Asas-Asas Islam

FASAL PERTAMA: AGAMA ISLAM

Terdapat bermacam-macam agama yang wujud di atas muka bumi ini memperoleh nama misalnya diambil daripada nama seorang lelaki khas atau umat yang menubuhkan dan mengembangkan agama berkenaan. Contohnya agama Buddha diambil daripada nama pembawanya, Gautama Buddha. Agama Zarathustra dimashyurkan kerananya pendiri dan panji-panjinya bernama Zarathustra. Demikian juga agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenali dengan nama kabilah Yahuda, maka agama itu dinamakan Yahudi.

Berlainan dengan agama Islam ia tidak diambil berdasarkan nama seorang lelaki yang khas atau umat yang menubuhkannya sebaliknya menunjukkan sifat khas yang mengandungi makna perkataan “Islam” itu sendiri. Ia mempunyai matlamat untuk menghiasi seluruh penduduk bumi ini dengan sifat Islam. Sesiapa saja yang bersifat dengan sifat ini, baik manusia zaman lampau atau manusia zaman kini ia adalah Muslim. Islam bermaksud tunduk dan patuh kepada perintah Maha Esa dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan. Maka kerana itulah dinamakan Islam bagi mengajar umatnya patuh kepada Allah s.w.t. dan tunduk kepada perintahNya tanpa bantahan.

Hakikat Islam
Tiap yang wujud di alam ini tertakluk kepada kaedah tertentu dan undang-undang khas. Bulan, matahari dan bintang-bintang melakukan peredaran mengikut suatu kaedah yang tetap. Ia tidak menyimpang dari kaedah itu dan tidak terkeluar meskipun sesimpul rambut. Bumi beredar pada paksinya dan tidak berputar lebih daripada kadar yang ditentukan. Air, udara, cahaya semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas. Tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang semuanya mengikut cara yang tetap, tidak mengembang dan tidak mengecut, tidak hidup dan tidak mati melainkan dengan kehendak pengaturnya. Bahkan manusia sendiri mesti mengikut ketentuan Ilahi. Ia tidak bernafas dan tidak mati melainkan mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.

Pendek kata setiap apa yang wujud di atas muka bumi ini adalah ciptaan Yang Maha Esa. Jadi setiap apa yang ada di langit dan di bumi ini mesti tunduk kepada Yang Maha Esa. Dari sudut ini nyatalah bahawa Islam itu adalah agama sejagat kerana Islam bermakna takluk dan mengikut perintah Maha Esa dan menjauhi laranganNya tanpa bantahan. Matahari, bulan dan bumi adalah benda-benda Muslim. Udara, air cahaya, panas dan kegelapan juga adalah benda-benda Muslim. Bahkan manusia yang tidak mengenali Tuhannya dan yang mengingkari wujudnya, yang mengingkari tanda-tanda kebesarannya atau orang yang bertuhankan selain Allah s.w.t atau yang menyekutukan Allah dengan yang lainNya adalah seorang Muslim dari segi fitrah yang telah difitrahkan kepadanya. Manusia yang mengenal penciptanya, beriman kepadaNya dan menjalani kehidupan mengikut landas-landas Islam inilah yang dinamakan Muslim yang sempurna. Dia telah menyempurnakan Islamnya kerana kehidupannya sekarang telah menjadi Islam itu sendiri.

Hakikat Kufur
Dia dilahirkan Muslim, hidupnya Muslim sepanjang hayatnya, yang keislamannya tidak diketahui atau disedarinya, tetapi dia tidak menggunakan kekuatan ilmu dan akalnya untuk mengetahui siapa yang menciptakannya, siapa yang membuka pendengaran dan penglihatannya. Dia mengingkari wujudnya Allah s.w.t.. Ia merasa bongkak untuk memperhambakan diri kepada Allah s.w.t.. Dia enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan kebesaran Allah s.w.t.. Inilah dia orang kafir. Erti kufur ialah tutup, dinding dan terlindung. Dia menutup baju besinya dengan bajunya yang bermaksud menutupi fitrahnya dan melingkupi dengan tudung kejahilan dan kejahatan.

Sesungguhnya kita telah pun mengetahui bahawa orang itu tidak dilahirkan melainkan fitrah Islam. Setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam. Dunia sekelilingnya tidak beredar mengikut edarannya melainkan menurut sunnah Islam. Tetapi semua ini terlingkup oleh hijab kejahilan dan kejahatan yang menutupi, sehingga terluput dari pandangannya fitrah dunia dan fitrah dirinya. Kita melihat orang-orang kafir ini tidak menggunakan kekuatan fikiran dan ilmu mereka melainkan mengenai perkara-perkara yang berlawanan dengan fitrahnya. Mereka tidak melihat sesuatu melainkan yang bertentangan dengan ajaran Islam. Jadi sekarang kita dapat bayangkan sendiri apa yang diputar belitkan oleh orang-orang kafir tentang kesesatan yang jauh dan kesalahan yang nyata yang mereka amalkan dalam kehidupan mereka di dunia ini.

FASAL KEDUA: IMAN DAN TAAT

Islam ialah taat akan Allah s.w.t. dan patuh kepada perintahNya. Walaubagaimanapun terdapat manusia yang tidak mampu mentaati Allah dan mengikut undang-undangNya kerana tiada perasaan yakin dihatinya. Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah yakin dalan hatinya akan adanya Allah s.w.t.. Jika kita tidak yakin akan kewujudanNya maka susahlah untuk mentaati dan mengikut perintahNya. Perkara kedua ialah mengikut jalan yang benar untuk menjalani kehidupan di dunia ini iaitu jalan yang lurus dan mendapat keredhaan daripada Allah s.w.t.. Kita mestilah memilih jalan yang disukai dan menjauhi perkara yang dimurkai oleh Allah s.w.t.. Kita mestilah mengenali undang-undang Allah dan yakin bahawa undang-undang itu berasal daripada Allah s.w.t.. Dan keredhaan tidak akan diperolehi sehinggalah mengikut undang-undang Allah s.w.t. dan mempraktikkan dalam kehidupan. Perkara ketiga ialah hendaklah kita mempunyai pengetahuan mengenai kesan-kesan perbuatan kita jika tidak memilih mengikuti suruhan Allah s.w.t.. Jadi kita mesti yakin pada diri akan hari akhirat. Kita akan berhadapan dengan Allah Yang Maha Esa kelak. Kita juga haruslah yakin akan pembalasan Allah s.w.t. di atas segala amalan yang dilakukan di atas muka bumi ini.

Iman bermaksud yakin. Setiap orang yang mengenali Allah Maha Esa, sifat-sifatNya yang hakiki, undang-undangNya dan pembalasanNya pada hamba-hambaNya pada Hari Khiamat dan meyakiniNya maka itulah dia orang mukmin. Seseorang manusia itu tidak mungkin menjadi seorang muslim melainkan apabila dia seorang mukmin. Hubungan iman dan islam itu adalah seperti hubungan benih dengan pokok. Pokok tidak akan tumbuh melainkan dengan adanya benih. Walaubagaimanapun tidak mungkin seseorang manusia itu menjadi muslim apabila dalam hatinya tiada iman. Ada juga yang hatinya terdapat iman tetapi islamnnya tidak sempurna disebabkan kelemahan tekadnya atau sesuatu kekurangan di dalam pendidikannya.

Manusia terbahagi kepada empat golongan iaitu golongan pertama: mereka yang beriman kepada Allas s.w.t. yang imannya mendorongnya untuk menjadi orang yang mentaati Allah s.w.t.. Mereka menjauhi setiap pekerjaan yang ditegah oleh Allah s.w.t.. Mereka mengerjakan amal yang diredhai Allah s.w.t. seperti mencari rezeki yang halal. Mereka inilah yang dinamakan mukmin yang sebenar. Golongan yang kedua ialah mereka yang beriman kepada Allah s.w.t. tetapi imannya tidak menjadikan mereka taat kepadaNya dan tidak mendorong mereka mengikuti hokum-hukumNya dengan sempurna. Meskipun iman mereka tidak sampai kepada peringkat sempurna tetapi mereka adalah muslim dalam setiap keadaan. Mereka akan diseksa sebanyak mana maksiat yang mereka telah lakukan. Mereka ditempatkan di tempat orang yang berdosa tetapi tidak sehingga ditempatkan di tempat pemberontak yang murtad kerana mereka masih mengakui kewujudan Allah s.w.t. dan mengaku tunduk kepada perintahNya. Golongan ketiga ialah mereka yang tidak beriman kepada Allah s.w.t. tetapi mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyerupai perbuatan muslimin. Mereka ini pada hakikatnya adlah pemberontak. Segala amalan yang mereka lakukan tidak akan diambil kira. Golongan yang terakhir ialah mereka yang tidak beriman kepada Allah s.w.t. juga melakukan perbuatan keji yang berlawanan dengan hokum dan perintah Allah s.w.t.. Mereka ini sejahat-jahat manusia dan pemberontak yang menimbulkan kebinasaan.

FASAL KETIGA: PEMBAHAGIAN IMAN

Beriman Kepada Allah
“Tiada Tuhan melainkan Allah”. Kalimah ini membezakan seorang Muslim daripada orang kafir, musyrik dan mulhid. Mereka yang beriman kepadanya ialah golongan yang mendapat kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Apabila kita pegang kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah” ia dapat menghalang kita melakukan syirik besar atau kecil, kufur atau penentangan agama baik dalam aqidah mahupun dalam amalan. Namun kalimah ini tidak akan memberi manfaat kepada kita sekiranya kata-kata ini tidak meresap dalam hati sanubari kita. Kita hanya mengucapkan kalimah ini tanpa mengetahui akan maknanya. Untuk beriman kepada Allah s.w.t., kalimah ini perlu meresap di lubuk hati kita dan yakin bersungguh-sungguh akan kebenarannya. Setelah kita memahami kalimah ini dan yakin dengan hati barunya kita menjadi Muslim sejati yang beriman kepada Allah s.w.t.. Pada hari ini ramai umat Islam memegang kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah” tetapi tidak menjiwai ertinya yang sebenarnya.

Beriman Kepada Malaikat
Perkara kedua yang disuruh Nabi Muhammad s.a.w. untuk kita beriman selepas Allah ‘Azza Wa Jalla’ adalah malaikat. Faedah rukun iman yan paling besar ialah supaya kita bersihkan aqidah tauhid daripada syirik dan kufur. Malaikat adalah hamba Allah yang mulia. Mereka suci daripada kesalahan dan dosa. Mereka telah difitrahkan supaya tidak menderhakai Allah dan mengerjakan apa yang diperintahkan kepada mereka. Malaikat mendampingi manusia dalam setiap waktu dan ketika. Mereka menyaksikan apa yang dilakukan oleh manusia, tingkahlaku yang baik dan tidak baik. Mereka mendengar dan menulis semua amalan manusia yang dilakukan di dunia ini. Semua amalan yang dicatat oleh malaikat itu akan ditunjukkan kepada manusia dalam mahkamah Allah s.w.t. pada hari akhirat kelak. Tidak kiralah apapun jua amalan yang dilakukan sama ada baik atau jahat, dengan sembunyi atau terang-terangan semua malaikat dapat melihatnya.
Walaupun kita tidak mengetahui hakikat kejadian malaikat ini tetapi kita diduruh untuk mengimani tentang kewujudannya. Sesungguhnya tiada alasan bagi seseorang untuk mengingkari kewujudan Malaikat. Jika kita tidak percaya wujudnya Malaikat itu bererti kita juga mengingkari suruhan Nabi Muhammad s.a.w.

Beriman Kepada Kitab-kitab Allah
Perkara ketiga yang disuruh oleh Nabi Muhammad s.a.w. ialah beriman kepada kitab-kitab Allah yang diturunkan kepada nabi-nabi dan Rasul-rasulNya. Allah s.w.t. telah menurunkan Al-quran kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Musa a.s.. Kitab Zabur diturunkan kepada Nabi Daud a.s.. Manakala kitab Injil diturunkan kepada Nabi Isa a.s.. Terdapat juga kitab-kitab lain yang diturunkan kepada semua nabi tetapi tidak mendapat bukti yang sahih. Walaubagaimanapun, kita hendaklah percaya bahawa semua kitab yang datang dari sisi Allah s.w.t. adalah benar.

Terdapat perbezaaan antara Al-quran dengan kitab-kitab yang lampau antaranya ialah kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-quran naskah yang asli sudah pun hilang. Yang tinggal hanyalah terjemahannya. Al-quran sentiasa terpelihara ayat-ayat dan huruf-hurufnya sebagaimana diturunkan dari sisi Allah s.w.t.. Tiada sedikitpun perubahan pada huruf atau harakatnya. Dalam kitab-kitab terdahulu manusia telah mencampurkan perkataannya sendiri dengan kalam Allah. Jadi agak sukar untuk dibezakan antara kalam Allah dan perkataan ciptaan manusia. Kandungan Al-quran adalah menyeluruh ditujukan kepada semua umat dan sesuai diamalkan sepanjang zaman. Sebab itulah Al-quran diamalkan sehingga kini. Berbeza dengan kitab-kitab lain yang isinnya ditujukan kepada sesuatu umat yang khas dan terhad pada sesuatu masa. Kitab-kitab selain Al-quran tidak diketahui tentang sejarahnya. Memang ada yang diturunkan kepada nabi yang berkenaan, tetapi banyak pula kitab agama yang tidak dikenali asal-usulnya, kepada siapa ia diturunkan dan bila waktunya ia diturunkan. Sesungguhnya Al-quran telah dipastikan oleh saksi-saksi sejarah bahawa ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak dapat disangkal oleh sesiapapun. Bahasa Al-quran mudah difahami. Al-qur’anu ‘I-Karim ialah bahasa yang hidup, yang diucapkan oleh berpuluh-puluh juta manusia dan difahami oleh beratus-ratus juta manusia lagi pada masa ini. Ia adalah mudah bagi setiap orang yang mahu belajar untuk mempelajari isi kandungannya.

Beriman Kepada Rasul-rasul Allah
Selepas mengimani kitab-kitab Allah s.w.t., kita disuruh untuk mengimani Rasul-rasulNya. Rasul-rasul Allah didatangi untuk menyeru manusia kepada Islam. Sesungguhnya tiada perbezaan di antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan nabi-nabi lain. Semua mereka diutus dari sisi Allah s.w.t. untuk memberi petunjuk kepada jalanNya yang lurus. Disuruh agar kita beriman kepada setiap orang di antara rasul-rasul ini. Hanya terdapat tiga perbezaan di antara Nabi Muhammad s.a.w. dan nabi-nabi yang lain iaitu nabi-nabi yang lain diutuskan kepada sesuatu umat yang khas pada suatu waktu yang terhad. Tetapi Nabi Muhammad s.a.w. diutuskan kepada seluruh alam sehingga hari Khiamat. Perbezaan yang kedua ialah pengajaran nabi-nabi yang terdahulu telah terpesong seluruhnya atau tiada lagi terpelihara dalam bentuk-bentuk yang asal walaupun ianya masih ada di dunia. Pengajaran Nabi Muhammad s.a.w. masih digunakan dari dahulu sehingga Hari Khiamat kelak. Perbezaan yang ketiga ialah pengajaran Islam yang didatangkan oleh para nabi yang terdahulu belum merupakan pengajian yang sempurna. Akhirnya didatangkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang unggul kepada seluruh umat Islam.

Seluruh umat Islam mestilah beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. dan mengikuti ajarannya. Bagi seorang Muslim hendaklah beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w. itu mengenai tifa perkara iaitu Bahawa Muhammad itu adalah Rasul yang benar dari sisi Allah s.w.t., bahawa petunjuk yang dibawanya adalah sempurna, tiada kekurangan atau kesalahan dan bahawa beliau adalah nabi yang akhir yang datang kepada manusia dari sisi Allah s.w.t. kepada seluruh umat hingga Hari Khiamat.

Percaya Kepada Hari Khiamat
Perkara kelima yang disuruh kita percaya ialah Hari Khiamat. Kita wajib percaya bahawa hari itu Allah s.w.t. akan meleburkan alam dan segala makhluk yang ada di dalamnya pada suatu hari yang dikenali dengan Hari Khiamat. Kemudian Allah s.w.t. akan menghidupkan semula dan mengumpulkan kita dihadapanNya. Ini adalah perhimpunan dan kebangkitan. Kemudian Allah s.w.t. menghadapkan kita di hadapan mahkamahNya untuk dinilai semua amalan kita sama ada baik atau jahat selama hidup di dunia ini. Kemudian bagi mereka yang diampunkanNya akan dimasukkan ke dalam syurga dan mereka yang dihukum dimasukkan ke dalam api neraka. Hari Khiamat akan tiba dan sebagai umat Islam kita wajib mempercayainya.

Di dunia sekarang ini terdapat tiga aqidah mengenai akhirat dan kehidupannya iaitu satu golongan mengatakan yang ada hanyalah kehidupan dunia sahaja. Kita hidup dan kita mati, tiada kehidupan selepas mati. Ini adalah aqidah orang mulhid yang menyebut dirinya sebagai pakar sains. Golongan yang kedua ialah golongan yang mengatakan bahawa manusia itu berturut-turut mati dan hidup, supaya memperoleh balasan amalannya. Apabila amalannya pada kehidupan yang pertama adalah jahat, pada kehidupannya yang berikut menjadi binatang seperti kera, anjing atau kucing atau dengan rupa pokok atau menjadi seorang lelaki yang hina. Apabila amalannya baik, akan terangkatlah kedudukannya dan menjadi tinggi darjatnya. Aqidah ini dikemukakan oleh sebahagian manusia yang fikiran keagamaannya tidak berkembang. Golongan yang ketiga ialah golongan yang beriman kepada Hari Khiamat, berkumpul , hadir di hadapan Allah s.w.t. dan mengimani pembalasanNya ke atas amalan manusia. Ini adalah aqidah yang diajarkan oleh seluruh para nabi.

FASAL KEEMPAT: IBADAT
Ibadat ialah pengabdian. Kita adalah abdi dan Allah adalah tempat pengabdian kita. Setiap yang dilakukan oleh seorang hamba dalam mematuhi perintah Allah s.w.t. adalah ibadat. Apabila kita menjauhi dusta, mengucapkan kata-kata yang baik dan mengemukakan kebenaran maka kata-kata ini adalah suatu ibadat kepada Allah s.w.t. meskipun semuanya memperkatakan hal ehwal dunia. Begitu juga apabila kita berbuat baik ke atas orang miskin, melawat orang sakit dan menolong orang yang teraniaya tanpa mengharapkan pujian maka itu dikira ibadat kepada Allah s.w.t.. Apabila kita berkecimpung dalam dunia perniagaan atau melakukan perkhidmatan kepada masyarakat dengan niat untuk menunaikan kewajipan dengan amanah kerana Allah s.w.t. dan kemudiannya mengusahakan dengan jalan halal maka segala kegiatan itu dianggap ibadat kepada Allah s.w.t. meskipun semuanya kita lakukan untuk mencari rezeki untuk diri di atas muka bumi ini. Kesimpulannya apabila kita takut akan Allah s.w.t., melakukan suruhanNya, meninggalkan laranganNya, mengingati Allah sepanjang masa dan sabar menempuh segala dugaan dari Allah s.w.t. maka semua itu adalah ibadat dan kehidupan bermula dari hidup sehingga mati adalah juga ibadat kepada Allah s.w.t..

Solat
Umat Islam diwajibkan menunaikan solat. Setiap hari kita mulakan dengan solat subuh, zohor, asar, maghrib dan isyak. Sesungguhnya solat itu memperkuatkan asas Islam pada setiap hari dan mempersiapkan diri kita untuk melakukan pengabdian kepada Allah s.w.t.. Allah s.w.t. telah memerintahkan agar kaum Muslimin melakukan kewajipan sembahyang berjemaah dan melakukan solat Jumaat seminggu sekali dengan berjemaah. Solat berjemaah akan membentuk penyatuan, kasih sayang dan persaudaraan di antara umat Islam. Apabila kita berkumpul, berdiri, rukuk dan sujud bersama-sama akan timbul perasaan rendah diri kerana kita semua adalah sama sahaja di sisi Allah s.w.t. tanpa mengira harta dan pangkat. Solat berjemaah juga melatih kita untuk taat kepada perintah Allah s.w.t.. Ia mendidik kita agar menjalani hidup dengan teratur, menepati waktu, tolong-menolong, berkasih sayang dan memperkuatkan ikatan ukhwah sesame umat Islam.

Puasa
Puasa bermaksud menahan diri daripada lapar dan dahaga bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari. Apabila kita berpuasa bererti kita kewajipan, menguji kesabaran dan sanggup menahan hawa nafsu. Bulan Ramadhan didatangi setiap tahun. Ia mendidik diri selama 30 hari untuk mempunyai sifat dan akhlak yang tinggi. Apabila datangnya bulan Ramadhan seluruh umat Islam dilingkupi oleh udara kesucian, kebersihan, keimanan, takut kepada Allah s.w.t., taat kepada hukumNya, kelembutan akhlak dan melakukan amalan-amalan baik. Hamba-hamba Allah yang sahih saling tolong-menolong sesama mereka untuk melakukan perbuatan baik dan melakukan kebaikan. Bagi yang kaya timbul perasaan untuk membantu golongan yang miskin. Mereka membelanjakan harta pada jalan Allah s.w.t.. Pada malam hari dalam bulan Ramadhan diserikan pula dengan solat tarawih.

Zakat
Allah s.w.t. mewajibkan ke atas tiap-tiap orang Muslim apabila terdapat harta yang berlebihan daripada nisab dan samapi haul(tahun)nya yang sempurna supaya mengeluarkan zakat kepada orang fakir atau miskin, atau orang musafir, atau orang yang mendapat petunjuk kepada agama Islam, atau orang berhutang atau pada salah satu daripada jalan-jalan Allah. Allah s.w.t. menetapkan 2.5% harta orang Muslim yang kaya untuk diberikan kepada fakir miskin. Tetapi bagi mereka yang ingin mengeluarkan lebih daripada kadar itu adalah lebih baik baginya dan mendapat pahala yang lebih besar.
Allah s.w.t. telah berfirman kepada hambaNya: Sesungguhnya apabila kamu sedekahkan sesuatu kepada saudara kamu yang miskin kerana Aku dan mengharapkan wajahKu, dengan hati yang baik dan dada yang lapang sesungguhnya kamu telah bersedekah kepadaKu; tetapi janganlah kamu harapkan apa-apa daripadanya, jangan kamu sakiti dia, jangan kamu hinakan dia, jangan kamu mengharapkan balasan dan terima kasih daripadanya, dan jangan kamu melakukannya agar manusia mengetahui sedekah itu supaya mereka menyebut-nyebutnya dan supaya mereka menunjuk-nunjuk kamu, apabila kamu tunaikan kepada orang fakir, miskin dan orang-orang berhajat, akan bahagian mereka yang kutitipkan kepada kamu, kamu bersihkan hati kamu dari fikiran yang batal seperti tersebut tadi, dari sangkaan yang rendah, nescayaku beri kepada kamu sejumlah besar harta untuk menjadi bahagian kamu, tiada kering dan tiada habis.

Tiada sifat angkuh melainkan daripada tabiat orang kafir yang diajar oleh tamadun mereka supaya memelihara kekayaan yang ada di tangan mereka. Dengan harta yang ada mereka berhak untuk mengambil harta dari tangan orang lain. Berlainan dengan orang Muslim, agama Islam mengajar kita untuk memberikan harta kepada saudara kita yang ketiadaan harta jika harta itu melebihi daripada keperluannya sendiri.

Mengerjakan Haji
Islam tidak mewajibkan orang-orang Muslim yang tidak berkemampuan untuk mengerjakan haji di Makkah. Bagi yang berkemampuan pula cukuplah hanya mengerjakan haji sekali seumur hidup. Tetapi tidak salah dilakukan berkali-kali. Mengerjakan haji banyak mempunyai manfaat duniawi di samping manfaat keagamaan. Sebahagian daripadanya ialah Makkah Al-Mukarramah telah dijadikan pusat kaum Muslimin, tempat tumpuan mereka yang datang dari seluruh pelusuk duniadari pelbagai keturunan dan bangsa. Dengan ini akan wujud persaudaraan sesame umat Islam. Mengerjakan haji adalah pengabdian diri kepada Allah s.w.t.. Ia merupakan muktamar tahunan dunia di mana berduyun-duyun umat Islam dari pelusuk dunia. Ia merupakan cara yang terbesar dan jalan yang paling berjaya untuk mendidik saudara-saudara Muslim sejagat supaya bersatu, berkasih sayang dan saling tolong-menolong.

Kesimpulan
Islam itu begitu indah dan lengkap. Ia mengatur kehidupan manusia di atas muka bumi ini. Ia begitu mudah untuk difahami dan tidak menyusahkan umatnya untuk mengikuti ajarannya. Namun, dalam dunia teknologi yang serba moden ini ramai umatnya yang terlupa untuk menunaikan tanggungjawab sebagai Muslim sejati. Mereka lebih mementingkan duniawi semata-mata tanpa melengkapkan diri dengan bekalan untuk ke akhirat kelak. Banyak gejala-gejala sosial yang timbul ekorannya daripada sikap individu Islam itu sendiri. Golongan-golongan seperti ini sukar untuk ditegur kerana masyarakat pada zaman sekarang ini mengamalkan sikap tidak bertegur sapa. Jadi masing-masing melakukan apa sahaja yang disukai tanpa menghiraukan orang lain.

Bagi mengelakkan gejala-gejala yang tidak senonoh ini daripada terus berleluasa, kita mestilah sedar dan kembali ke pangkal jalan. Sesungguhnya Allah s.w.t. itu adalah Maha Pengampun dan menerima taubat daripada hambaNya. Selalu mengingati Allah s.w.t. adalah jalan yang terbaik bagi mengelakkan seseorang itu daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah s.w.t.. Berpeganglah pada kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah” serta yakin dan memahami makna kalimah itu yang sebenar. Insyaallah, kita tidak akan terpesong daripada jalanNya dan menjadi Muslim yang sejati.

Dalam kehidupan di dunia ini, kita mestilah sentiasa mengamalkan “Amar Makruf Nahi Mungkar”. Sentiasa membelanjakan rezeki pada jalan yang halal, bersedekah, membantu fakir-fakir miskin serta mengamalkan cara hidup berlandaskan hukum-hukum Islam. Sesungguhnya mereka yang mengamalkan cara hidup sebegini akan mendapat keredhaan hidup di dunia dan kebahagian di akhirat kelak. Allah s.w.t. menjanjikan syurga kepada hamba-hambaNya yang soleh. Kita mestilah sentiasa beringat yang kehidupan di dunia hanyalah suatu persinggahan dan ianya tidak kekal. Jadi kita sebagai hamba-hambanya mestilah mempersiapkan diri dengan amalan-amalan baik dan sentiasa berlumba-lumba melakukan kebaikan untuk dijadikan bekalan untuk berhadapan denganNya di akhirat kelak.


__________________________


Tarikh 20/03/2015


Bidadari Penghuni Syurga

Oleh: Wan Farahanim bt Wan Hassan

Alhamdullilah. Di sini saya ingin nukilkan tentang buku yang telah saya baca yang bertajuk “Bidadari Penghuni Syurga” dalam siri wanita syurgawi. Buku ini ditulis oleh Muhammad Ali Quthub dan diterbitkan oleh “Pustaka Al Shafa” bersama dengan “Victory Agencie’.Buku ini mengungkapkan kisah hidup wanita-wanita syurga yang keberadaannya disyurga telah dikhabarkan sendiri oleh Rasulullah s.a.w.

Beberapa kelebihan dan daya tarik dari buku ini dapat dilihat dari keberadaan wanita-wanita syurga yang menjadi objek pembahasan. Majoriti mereka adalah para sahabat yang dijamin masuk syurga, yang meninggal dunia sebagai syuhada. Selain itu, mereka adalah para wanita dari kalangan kaum Muhajirin dan tidak ada seorang pun di antara mereka yang berasal dari kaum Anshar (dan kami menyucikan seseorang atas Allah). Bidadari-bidadari penghuni syurga itu ialah Sumayyah Binti Khayath, Asma’ binti Abu Bakar, Nasibah binti Ka’ab ,Ummu Ruman, Ummu Waraqah, dan Ummu Aiman

Bidadari yang pertama ialah Sumayyah Binti Khayath, shahidah pertama dalam Islam. Sumayyah adalah seorang muslimah yang mempunyai harga diri (izzah) yang tinggi. Memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa di fasa-fasa awal dakwah Rasulullah. Sumayyah mempunyai suami bernama Yasir dan seorang putera bernama 'Ammar bin Yasir . Beliau mencontohkan diri sebagai keluarga muslim dan mengikuti ajaran Nabi Muhammmad s.a.w.Pengislaman mereka sekeluarga adalah secara senyap-senyap.Berita tentang pengislaman mereka telah menyebabkan kemarahan kepada Abu Hudzaifah. Dia memaksa agar keluarga ini meninggalkan Islam dan kembali kepada agama nenek moyang mereka yang menyembah latta dan uzza. Namun ketiganya mempertahakan keyakinan mereka.Kenyataan ini membuatkan para pemuka masyarakat yang pada saat itu masih menyembah berhala, Lata, Uzza berasa tidak senang.Maka, diseksalah mereka oleh kaumnya, dan hanya akan menghentikan seksanya ketika mereka melepaskan diri dari ajaran Nabi Muhammad s.a.w. Namun, Sumayyah dan keluarganya tetap istiqamah, tetap tegar dalam keIslamannya dan memegang teguh keyakinannya untuk membenarkan ajaran Nabi Muhammad s.a.w. walaupun telah diseksa dengan bermacam-macam cara. Dan akhirnya, beliau dan suaminya gugur di medan keshahidan. Sumayyah adalah wanita perkasa pertama yang shahid dalam sejarah Islam pada kemunculan awal Islam.

Bidadari yang kedua ialah Asma’ Binti Abu Bakar, turut dikenali sebagai wanita besi yang berumur panjang. Nama wanita ini pendek sahaja, tetapi, perjalanan hidupnya tidak pendek seperti namanya.Asma’, termasuk kelompok wanita yang pertama masuk Islam. Permulaan Asma’ tidak boleh dipisahkan dengan peristiwa hijrah Rasulullah dan ayahnya Abu Bakar.Dialah yang mengirimkan bekalan makanan dan minuman kepada mereka. Lantaran peristiwa inilah, Asma’ digelar sebagai “dzatun nithaqain” yang membawa maksud wanita yang mempunyai dua ikat pinggang.Gelaran ini diberikan ketika Asma’ hendak mengikat karung makanan dan tempat minuman yang akan dikirim kepada Rasulullah dan Abu Bakar. Pada waktu itu, Asma’ tidak memiliki tali untuk mengikatnya, maka dia memotong ikat pinggangnya menjadi dua,satu untuk mengikat karung makanan dan satu lagi untuk mengikat tempat air minum.Ketika Rasulullah mengetahui hal ini, baginda berdoa semoga Allah akan menggantikan ikat piinggang Asma’ dengan dua ikat pinggang yang lebih baik dan indah di syurga. Asma’ berkahwin dengan Zubir bin Awwam, seorang pemuda dari golongan biasa yang tidak memiliki harta, kecuali seekor kuda. Namun demikian, Asma’ tidak kecewa. Dia tetap setia melayan suaminya. . Hasil perkahwinannya, Allah menganugerahi mereka seorang anak yang cerdas yang diberi nama Abdullah bin Zubir.Waktu terus berlalu, anaknya Abdullah bin Zubir diangkat menjadi Khalifah menggantikan Yazid bin Mu’awwiyah yang wafat. Bani Umaiyah tidak rela dengan kepemimpinan Abdullah bin Zubir. Mereka menyiapkan tentera yang besar dalam pimpinan Panglima Hajjaj bin Yusuf Ats-Tsaqafi untuk menggulingkan Khalifah Abdullah bin Zubir.Perang di antara dua kekuatan itu tidak dapat dihindari.Lalu, Abdullah bin Zubir turun ke medan perang untuk memimpin pasukannya.Tetapi, tenteranya belot dan pergi kepada pihak Bani Umaiyah. Akhirnya, dengan jumlah tentera yang sedikit, pasukan Abdullah bin Zubir undur ke Baitul Laham, bersembunyi di bawah Kaabah. Beberapa saat sebelum kekalahannya, Abdullah bin Zubir menemui ibunya dan meminta nasihat mengenai tenteranya yang ramai belot. Tetapi ibunya memberitahu agar terus teguh di dalam medan perjuangan agar dapat mempertahankan Islam.Nasihat Asma’ memberi semangat kepada Abdullah untuk mempertahankan dan membela kebenaran. Sebelum matahari terbenam, Abdullah mati syahid menemui Allah.

Bidadari yang ketiga ialah Nasibah Binti Ka'b al-Maziniyyah yang terluka pada Perang Uhud atau Ummu 'Umarah adalah seorang wanita yang berperanan penting dalam perang Uhud. Di awal perang, beliau bertugas untuk membawakan air dan mengobati pejuang yang luka-luka bersama wanita-wanita muslimah lainnya. Tetapi ketika perang mulai berpihak pada kaum muslimin, para pemanah tidak mematuhi perintah Nabi Muhammad SAW, sehingga kemenangan yang hampir ditangan kembali berpihak pada kaum musyrikin. Hal ini ditegaskan dalam AlQuran surat Ali 'Imran ayat 152

"Dan ketika kamu lari dan tidak menoleh kepada seorang pun, sedang Rasul
memanggil kamu dari belakangmu, lalu Allah menimpakan kepadamu kesedihan atas kesedihan supaya kamu jangan bersedih hati (lagi) atas sesuatu yang luput dari kamu dan terhadap musibah yang menimpa kamu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan(3:153)"

Pada saat itu, Nasibah memutuskan untuk ikut bertempur.Dengan pedang danpanah ditangan, beliau dengan pasti melangkah menuju Nabi Muhammad SAW yang dikelilingi muslimin-muslimin yang berperanan sebagai pedang manusia untuk melindungi Rasulullah dari panah-panah kaum musyrikin. Setiap kali ada yang menyerang Rasulullah, Nasibah dengan berani melawannya. Kemanapun Rasulullah berpaling, Nasibah berdiri di depan Rasulullah untuk melindunginya.

Anak lelaki Nasibah yang bernama 'Umarah ketika itu terluka tangan kirinya setelah seorang musyrikin menusuknya, kemudian pergi meninggalkannya tanpa membunuhnya. Ketika darah 'Umarah terus mengalir, Rasulullah SAW mendekati 'Umarah dan menyuruhnya untuk membalut lukanya. Ketika itu ibunya (Nasibah) datang dan membaluti luka anaknya dengan kain penutup pegelangan tangannya. Rasulullah SAW menyuruh 'Umarah bangkit untuk kembali berperang. Sementara Ummu 'Umarah mengatakan bahawa musyrikin yang telah melukai anaknya telah ia cegat dan pukul hingga terjatuh. Rasulullah SAW tersenyum hingga terlihat gigi belakangnya. Dalam perang ini , Ummu 'Umarah menderita banyak luka-luka. Ketika itu Rasulullah SAW memanggil anaknya ('Umarah) dan berkata "Ibumu, ibumu, lihat luka-lukanya, semoga Allah memberkati keluargamu! Ibumu telah berperang lebih berani daripada yang lain". Rasulullah mengatakan bahwa telah dijanjikan surga bagi Umm 'Umarah.

Keberanian Nasibah tidak hanya ditunjukkan pada perang uhud, tetapi juga perjanjian Al-Aqabah, perang hudaybiyah, khaibar, dan hunain. Pada zaman khalifah Abu Bakar shiddiq, Nasibah ikut dalam perang Al-Yamamah, dan berperang dengan berani sehingga akhirnya kehilangan salah satu tangannya. Semua ini berimbalan dengan janji syurga bagi Nasibah. Nasibah juga dipuji oleh khalifah Umar ibn al-Khattab, khalifah Abu Bakar Al-Siddiq dan panglimanya Khalid Ibn Al-Walid untuk keberaniannya.

Bidadari yang keempat ialah Ummu Ruman yang mendapat gelaran sebagai “bidadari kekasih Rasulullah”. Beliau bernama Zainab atau biasa disebut Da’da. Anak kepada Ameer Bin Uwaemer. Merupakan isteri kepada Abu Bakar dan juga ibu kepada Aisyah dan Abdurrahman. Beliau seorang isteri yang sangat menhormati dan menyayangi suaminya. Mengikuti jejak suaminya dalam kebenaran Islam dan menyembunyikan sehingga Allah s.w.t. mengizinkannya untuk menyiarkan agama Islamnya. Digelar sebagai bidadari kekasih Rasulullah kerana setelah Aisyah berkahwin dengan Rasulullah, Aisyah telah difitnah dan jatuh sakit. Aisyah meminta izin suaminya untuk di rawat di rumah ibunya. Ummu Ruman telah mengetahui tentang fitnah mengenai Aisyah tetapi dia tetap melayan anaknya itu dengan baik kerana dia tahu anaknya adalah dipihak yang benar. Setelah beberapa tahun dari peristiwa itu, Ummu Ruman wafat kerana sakit yang dideritainya. Rasulullah ikut turun ke dalam kuburnya dan berdoa di sana.Beliau berkata, “ Barangsiapa yang ingin melihat wanita bidadari syurga, hendaklah melihat Ummu Ruman.

Bidadari yang kelima ialah Ummu Waraqah, bidadari yang teraniaya. Beliau adalah puteri Abdullah bin al- Haris bin Uwaimar bin Naufal al-Anshariyah. Beliau dikenal dengan kunyah (gelar yang diawali dengan Abu atau ummu) Ummu Waraqah binti Abdullah atau dikenal dengan Ummu Waraqah binti Naufal, dinisbahkan kepada kakaknya.Beliau termasuk wanita yang mulia dan yang paling mulia pada zamannya. Rasulullah saw telah mengunjungi beliau beberapa kali dan beliau diberi gelaran sebagai asy-Syahidah.Beliau adalah seorang wanita yang memiliki semangat yang tinggi terhadap Islam dan bercita-cita untuk mati syahid di jalan Allah dalam rangka meninggikan kalimat Allah. Oleh kerana itu, beliau tidak terhalang untuk berjihad bersama kaum muslimin dan mendapatkan pahala mujahidin. Tatkala Rasulullah saw hendak berangkat dalam Perang Badar, Ummu Waraqah berkata kepada Rasulullah saw, “Ya Rasulullah, izinkanlah aku berangkat bersama anda, sehingga aku dapat mengubati orang-orang yang terluka di antara kalian, merawat orang yang sakit di antara kalian, dan agar Allah mengurniakan diriku syahadah (mati syahid).” Kemudian Nabi saw menjawab, “Sesungguhnya Allah akan mengurniakan dirimu syahadah, tapi tinggallah kamu di rumahmu, kerana sesungguhnya engkau adalah syahidah (orang yang akan mati syahid).”Beliau turut mengumpulkan Alquran al-Karim, dan beliau adalah seorang wanita yang menjadi ahli dalam membaca Alquran. Kerana itu, Nabi s.a.w memerintahkan beliau agar menjadi imam bagi para wanita di daerahnya. Dan, Rasulullah s.a.w menyiapkan seorang muadzin bagi beliau. Rumah Ummu Waraqah ra, dijadikan tempat untuk solat lima waktu. Alangkah terhormatnya seorang wanita yang menduduki posisi sebagaimana seorang wanita mukminah seperti Ummu Waraqah ra.Ummu Waraqah sentiasa istiqamah dengan keadaannya, iaitu menjaga syari’at-syari’at Allah hingga pada suatu ketika budak dan jariahnya, yang telah dijanjikan oleh beliau akan dimerdekakan setelah beliau wafat, membunuh beliau. Beliau adalah imam bagi para wanita di zamannya yang amat sangat rindu untuk berjihad dengan harapan mendapat pahala mujahidin. Akhirnya, Allah pun mengabulkan permohonannya dan beliau mendapatkan pahala mujahidin.

Kisah yang menarik seterusnya adalah mengenai seorang wanita yang mendapat jaminan syurga dari Rasullullah, iaitu Ummu Aiman, Ibunda seorang kekasih. Nama sebenar Ummu Aiman adalah Barakah binti Tha’labah bin Amru bin Hashan bin Malik bin Salamah bin Amru bin Nu’amn. Ummu Aiman adalah seorang wanita agung dan mulia, bahkan sangat istimewa di sisi Rasulullah s.a.w. Ummu Aiman mempunyai hubungan yang sangat dekat dengan Rasulullah s.a.w. semuanya bermula saat menemani Aminah dan puteranya Muhammad pergi ke Yatsrib. Ditakdirkan riwayat Aminah berakhir sewaktu perjalanan ke Yatsrib, meninggalkan Nabi Muhammad yang masih kecil sekali gus sebagai anak yatim piatu. Hati Ummu Aiman tersentuh, lalu membawa Rasulullah kembali semula ke bandar Makkah. Nabi Muhammad kemudiannya tinggal bersamanya di rumah Abdul Muthalib, datuk Muhammad. Di rumah itulah Ummu Aiman mengasuh dan melayani semua keperluan Muhammad. Justeru berkembang hatinya dengan kecintaannya dan kasih sayang seperti kasih seorang ibu kepada anaknya. Kedekatan hubungan antara Ummu Aiman dan Muhammad s.a.w terbawa selama hidupnya. Keterikatan antara keduanya menciptakan rasa cinta yang mendalam sehingga Muhammad s.a.w. pun tidak pernah keberatan memanggilnya dengan “Wahai ibuku....”

Setiap Rasulullah s.a.w. memandang Ummu Aiman, beliau sentiasa teringat masa-masa silam yang beliau alami bersamanya. Semua kerana Ummu Aiman telah mengasuhnya dengan penuh perhatian dan kasih sayang sepeninggalan ayah dan ibunya. Ummu Aiman pun memperlakukan Rasulullah sebagai buah hati yang dibelainya engan perasaan cinta yang mendalam. Dia tidak pernah meninggalkan Rasulullah, bahkan sampai masa dewasanya. Dan dia sentiasa membawa bersamanya di bilik rumah Abu Thalib, bapa saudara Muhammad. Begitu juga, ketika Muhammad s.a.w telah dapat menguruskan segala urusannya secra berdikari, telah mampu menafkahi dirinya sendiri, mengatur semua urusannya, maka beliaulah yang merawat Ummu Aiman. Beliau tidak membebankan seseorang untuk merawatnya. Semua itu Rasulullah lakukan sebagai tanda kesetiaan dan kasih sayang, kuatnya hubungan dan kepercayaannya kepada Ummu Aiman di sepanjang masa.

Sehingga ketika Rasulullah s.a.w. menikah dengan Khadijah binti Khuwailid, beliau membebaskan Ummu Aiman. Beliau berharap Ummu Aiman dapat menempuh jalan hidupnya dengan suasana bru dengan menikah, mengingat usianya telah melampaui usia penikahan. Jadi Rasullullah membebaskan atau memerdekakan Ummu Aiman bukan kerana tidak lagi memerlukannya, palagi untuk bebas dari segala beban. Beliau ingin Ummu Aiman menikmati hidupnya seperti orang lain. Perjalanan Ummu Aiman pada tempoh awal masuk islam. Perjalanan Islam beliau menarik pada saat-saat hijrah kerana diwarnai oleh peristiwa-peristiwa yang mulia dan kejadian-kejadian yang luar biasa serta pertolongan-pertolongan Allah yang begitu agung kepadanya. Ummu Aiman r.a. termasuk sejumlah sahabta perempuan yang ikut serta bersama kaum muslimin keluar ke Khaibar. Mereka keluar dari Khaibar bukan untuk berperang dan bertempur, tetapi untuk membantu dan menolong kaum muslimin dengan memberikan minum tentera-tentera kaum muslimin yang kehausan, mengubati yang terluka dan memberikan pelayanan kepada mereka. Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berkumpul bersama sahabat-sahabat perempuan dalam suatu majlis, sekembali dari rumah Ummu Aiman, seraya beliau bersabda, “Barangsiapa yang ingin mengahwini perempuan dari penghuni syurga, maka kahwinilah Ummu Aiman.” Perkataan Rasulullah s.a.w menjadi perhatian para sahabat, slah satunya Zaid bin Haritsah. Akhirnya Ummu Aiman dinikahi oleh Zaid bin Harits yang dikenal dikalangan para sahabat sebagai kekasih Rasulullah s.a.w. Dari pernikahan keduanya lahirlah seorang anak lelaki yang bernama Usamah bin Zaid bin Harits. Di masa besarnya, Usamah pun adalah seorang yang terhormat di sisi Rasulullah s.a.w seperti ayahnya.Ummu Aiman menghembuskan nafas terakhirnya pada masa pemerintahan Uthman bin Affan. Dalam riwayat yang lain disebutkan bahawa dia meninggal setelah dua puluh hari kematian Umar.

Sebagai kesimpulannya tidak rugi jika kita membaca buku-buku yang berkaitan dengan agama Islam. Selain menanbahkan ilmu pengetahuan kita juga dapat mengetahui betapa besarnya pergorbanan bidadari-bidadari syurga ini. Bidadari-bidadari ini merupakan pejuang Islam dan orang yang terpenting dalam agama kita. Mereka sanggup bergadai nyawa demi menegakkan Islam walaupun menghadapi pelbagai dugaan dan rintangan.Mereka telah mendapat jaminan syurga. Sesungguhnya, kawan-kawan kita sebagai pelajar juga adalah dikira berjihad.Semoga jihad kita ini diberkati dan diredhai oleh ALLAH s.w.t, Amin. Sekian, Wassalam.


__________________________


Tarikh 20/03/2015


Akhlak Remaja

Oleh: Nur Suhada Binti Ramli

PENGENALAN
Para remaja atau muda-mudi kita adalah warisan kita bagi masa hadapan. Mereka adalah aset yang berharga agar agama Islam tetap dihayati dan dipraktikkan oleh masyarakat Islam masa hadapan. Mereka adalah harapan masyarakat dan negara.Maka adalah penting bagi kita memastikan agar mereka bersedia untuk membawa obor perjuangan kita pada masa hadapan. Mereka mestilah menjadi orang-orang yang boleh diharapkan, bukan sahaja untuk membina masyarakat dan negara yang maju jaya, tetapi yang lebih penting adalah agar Islam akan terus menjadi panduan masyarakat kita. Kita sekarang sudah mempunyai contoh-contoh yang baik yang boleh kita ambil sebagai tauladan.

Kita mempunyai segolongan muda-mudi Islam yang boleh menjadi kebanggaan dan harapan masyarakat kita. Dan sekarang kita melihat semakin ramai anak muda kita yang berpelajaran tinggi mempunyai kesedaran dan penghayatan terhadap agama Islam. Mereka ingin mempraktikkan ugama Islam dalam semua aspek kehidupan mereka. Ini harus dibanggakan dan disemai agar lebih ramai remaja dan golongan muda menjadikan Islam teras kehidupan mereka. Akan tetapi masih ramai lagi di kalangan remaja kita yang terbawa-bawa dengan budaya yang bertentangan dengan nilai-nilai murni Islam. Sebagai contoh, kita sering mendengar terdapat sebilangan muda-mudi melahirkan anak luar nikah dan mencampakkan bayi di tempat pembuangan sampah, sementara sebahagian lagi menggugurkan kandungan mereka. Ini tidak termasuk muda-mudi yang ketagih arak dan alkohol.

Akhlak dan sirah perjalanan yang ditunjukkan oleh Rasul s.a.w adalah sebagai contoh teladan yang dapat mendidik diri dan peribadi Muslim agar sentiasa beriman dan bertakwa, Ini kerana setiap perkataan, perbuatan, pengakuan dan tingkah laku Baginda mengandungi hikmat dan sebagai huraian kepada prinsip-prinsip yang terkandung didalam Al-Quran . Maka sudah tentu, setiap perkataan dan tindakan kita yang berpandukan akhlak dan sirah perjalanan Baginda, tidak akan terpesong atau tersasar dari landasan agama dan tuntutan syariat .

Sejarah mencatatkan bahawa akhlak Rasulullah s.a.w adalah modal utama yang dapat menarik minat golongan bukan Islam kepada Islam . contohnya, Kesah tauladan seorang Badawi membuang air kecil di dalam masjid, melihat kejadian ini maka para sahabat yang berada di situ, naik berang dan hendak memukul Badawi tadi . Bagaimanapun tindakan mereka dihalang oleh Rasulullah s.a.w, sebaliknya Baginda membiarkan Badawi itu selesai membuang air kecil . kemudian Baginda meminta sebekas air lalu disiramkan ditempat kencing tersebut . Rasulullah s.a.w bertanya kepada para sahabat, apakah yang akan terjadi jika mereka mengejar dan memukul Badawi itu semasa sedang membuang air kecil . maka jawab sahabat, seluruh kawasan masjid akan terkena najis air kencingnya . kisah ini menjadikan Badawi yang menyaksikan tindakan Rasulullah itu, merasa kagum dengan ketinggian akhlak Baginda, lalu beliau pun menyatakan hasratnya untuk memeluk Islam .

Suasana masyarakat kita pada hari ini berhadapan krisis nilai, begitu banyak budaya luar dan fahaman atau idealogi yang tidak sehat, telah mempengaruhi cara kehidupan seperti percakapan, gaya berpakaian dan pergaulan, dan apa yang lebih membimbangkan terdapat segelintir masyarakat yang mula terpengaruh dan terjebak dengan aliran Islam liberal, dan lebih dasyat lagi pengaruh Black Metal, dan sebagainya yang mencemarkan nama baik serta identiti umat Islam, dan ini membawa gambaran negatif kepada imej Islam .

Anasir-anasir yang tidak sehat ini dengan mudah menyelinap masuk serta menjajah pemikiran, seterusnya mempengaruhi kehidupan kita, sekiranya benteng iman kita tipis, cetek pengetahuan tentang Agama, meremehkan nasihat para ulama mengabaikan suruhan agama dan tidak berpegang dengan tuntutan syariat . Mereka yang diresapi dengan fahaman atau aliran yang merbahaya ini, akan mudah meminggirkan akhlak dan nilai-nilai murni sebagaimana yang dituntut oleh Allah dan RasulNya . Ingatlah, bahawa Islam sentiasa diperhatikan, dan kelemahan-kelemahan serta kecelaruan yang sedang dialami oleh umat Islam akan dijadikan sebagai asas dan modal untuk musuh-musuh Islam membina seribu satu alasan untuk memburuk-burukkan Islam.

Tidak mustahil mereka akan memperalatkan saudara-saudara kita sendiri seperti yang pernah berlaku di abad lalu, khususnya ketika negara-negara umat Islam dijajah oleh kuasa penjajah .

Akhlak Baik ialah sikap hidup atau perangai atau watak baik yang menjadi amalan tradisi seseorang. Akhlak baik lahir dari hati yang baik. Contoh-contoh akhlak baik ialah bersifat bertolak-ansur, suka menolong, pemurah, tawadhu’, pemaaf dan suka meminta maaf,

penyayang, rajin, jujur, ramah mesra, mudah bekerjasama dan lain-lain.
Seseorang yang ada padanya sifat-sifat baik ini adalah seorang yang punya daya tarik yang kuat. Orang akan tertarik dan jatuh hati serta sayang padanya. Walaupun tidak ada padanya keistimewaan-keistimewaan lain yang menarik kasih sayang aradhi atau kasih tabi’i, namun orang tetap sayang kerana faktor akhlak ini. Sebab fitrah manusia sayang pada orang yang berakhlak baik.

Manusia walau apa bangsa dan agama, suka pada akhlak baik. Orang kecil atau besar, kaya atau miskin, lelaki atau perempuan, orang jahat atau baik, semuanya akan jatuh hati kepada orang yang berakhlak baik. Ertinya akhlak baik ini adalah satu sumber kasih sayang yang semua orang, semua bangsa dan agama menerimanya. Ia boleh menjalin kasih sayang antara kawan, manusia berlainan agama dan segala peringkat manusia.

Kasih sayang yang wujud kerana faktor akhlak adalah kasih murni, yang bersih dari sebarang kepentingan. Ia juga tidak mudah luntur dan tidak akan luntur, kecuali kalau orang yang berakhlak itu tidak berakhlak lagi. Namun akhlak itu tidak mungkin hilang dari manusia sebab ia adalah watak atau perangai yang sudah sebati dengan diri.

Akhlak baik kalau ada pada orang-orang yang sudah berkasih sayang kerana faktor keturunan atau kerana faktor kecantikan dan kebendaan, jasa dan lain-lain, akan membantu menambah dan mengekalkan kasih sayang tersebut. Sebaliknya tanpa akhlak baik, kasih sayang yang dicetuskan oleh faktor-faktor tadi akan cacat dan mungkin lenyap.

Begitulah peranan akhlak baik dalam menentukan hubungan kasih sayang antara manusia sejagat. Ia adalah faktor asas dan utama dalam mencetuskan kasih sayang antara sesama manusia. Sebab kecantikan akhlak diakui oleh semua hati manusia. Ia adalah kecantikan maknawiyah yang mempesona hati setiap orang; sebagaimana kecantikan lahiriah mempesona setiap mata. Kasih sayang kerana akhlak ini tidak akan luntur dan orang akan kenang sampai mati. Beruntunglah orang-orang yang berakhlak baik, kerana mereka mendapat kasih murni yang abadi dari seluruh manusia.
Seorang pemimpin yang berjasa lagi berakhlak baik, tidak sombong, tidak bakhil, tidak mementingkan diri dari rakyat dan tidak buat maksiat dan mungkar, tentu akan disayangi oleh

rakyat. Rakyat pun akan meniru kebaikannya hingga jadilah negara yang baik. Negara jiran dan negara-negara lain pun akan tertarik dengan keindahan di dalamnya, lalu mereka pun akan terdorong untuk berbaik-baik dengan negara tersebut. Orang-orang bukan Islam di dalam dan di luar negara pun jatuh hati dengan keamanan dan keadilan yang dapat dilihat dan dirasai, hingga mereka pun hidup berbaik-baik.

Demikianlah kesan-kesan baik kepada negara dan masyarakat bilamana akhlak baik itu dipraktikkan oleh pemerintah atau pemimpin, juga oleh rakyat jelata. Semua pihak terhibur dan saling hormat-menghormati dan berkasih sayang.

Tanpa akhlak baik, rakyat dan pemimpin saling bersenget dan bersakit hati. Inilah apa yang sedang berlaku sekarang dalam negara dan masyarakat dunia. Tidak ada negara yang memperjuangkan dan mempraktikkan akhlak baik. Maka suasana di dalamnya tegang, tiada hiburan dan tiada kasih sayang. Sebab akhlak itu adalah hiburan yang sejati. Lalu untuk menghiburkan hati rakyat dan pemimpin, masing-masing mencari dengan cara yang tidak bersih lagi. Yang perkara-perkara itu bukan menghiburkan tetapi sekadar melalaikan dan membuat manusia lupa sebentar pada masalah. Sebenarnya arak, zina, disko, pergaulan bebas, perabot mewah dan lain-lain itu bukan menenangkan jiwa, bukan menghiburkan hati tetapi membuat manusia ‘ghalit’ dari masalahnya. Bila selesai ‘berhibur’, jiwa kembali dibebani masalah yang ditanggung.

Hal ini tidak berlaku kalau manusia berhibur dengan hiburan sejati yakni dengan iman dan akhlak baik. Selain menenangkan jiwa, hiburan sejati membawa berbagai-bagai kesan positif kepada masyarakat dan negara. Sedangkan hiburan palsu melalui maksiat, bukan saja tidak menyelesaikan masalah tetapi mendatangkan kesan-kesan negatif yang berbagai-bagai dalam masyarakat.

Arak memabukkan lalu si mabuk akan bercakap merapu dan menyakitkan hati orang lain hingga menghilangkan kasih sayang. Mungkin juga akan berlaku accident bila orang mabuk bawa kereta dan sebagainya. Berzina boleh melahirkan anak haram yang hidupnya terbiar dan menjadi masalah masyarakat. Pelacur-pelacur bila tua, hidupnya sungguh terhina dan menderita oleh kutukan, siplis dan AIDS. Sosial liar dan lucah yang dijadikan cara berhibur oleh masyarakat kini, sebenarnya banyak menimbulkan pergaduhan bahkan pembunuhan.

Dalam dunia hiburan yang dipuja-puja hari ini, sebenarnya para penghibur itu sendiri tidak terhibur. Macam-macam masalah hidup yang mereka hadapi dan tidak boleh diselesaikan. Hidup mereka kusut hingga banyak kes-kes pergaduhan, perceraian dan bunuh diri. Mereka tidak selamat dan tidak menyelamatkan. Banyaknya kedai arak, disko, rumah pelacuran, kelab malam, rumah judi dan sebagainya, bukan menyelamatkan tetapi membawa berbagai-bagai penyakit sosial dalam masyarakat. Bukti yang jelas ada di Amerika dan Eropah sana, yang merupakan pusat bagi segala maksiat.
Masyarakat manusia yang tidak dididik dengan akhlak baik, tetapi didedahkan pada segala keinginan nafsu, telah hilang kemanusiaannya sama sekali. Kelihatan watak masyarakatnya mirip kepada masyarakat haiwan atau binatang di hutan. Bunuh-membunuh adalah lumrah, dibuat atas nama kebebasan dan kemajuan teknologi canggih.

Tiada hiburan di dalam hidup manusia maju dan moden ini. Kerana yang maju dan moden itu bukan manusia dan kemanusiaannya tetapi cuma benda-benda yang tidak bernyawa. Sedangkan hiburan sebenar ialah ketenangan dan kasih sayang di dalam hati, yang berpunca dari perhubungan berlandaskan akhlak baik. Akhlak baik membuatkan manusia saling hibur-menghiburkan. Walaupun tanpa teknologi canggih, mereka akan tenang oleh rasa kasih sayang.

Tetapi mana ada kasih sayang di tengah masyarakat kini? Mungkin slogannya ada tetapi tidak dalam realitinya. Masyarakat yang hidup nafsi-nafsi dan bersifat materialistik ini tidak mungkin dapat berkasih sayang dan berakhlak baik. Tidak ada istilah kasih sayang dan akhlak baik dalam diari hidup mereka, malah istilah-istilah itu dianggap ‘asing’. Amerika dan Eropah perlu tahu bahawa keistimewaan mereka hanya pada teknologi canggih tetapi tidak pada pembangunan manusianya. Mana lebih utama, manusia atau teknologi? Manusia kalau baik, baiklah dunia ini. Jadi ertinya, urusan membaiki manusia itu lebih utama.

Kebaikan manusia ialah pada akhlaknya. Alangkah tenang dan indahnya masyarakat Malaysia dan dunia ini. Kasih sayang terasa di mana-mana. Penzaliman, penipuan, salah guna kuasa, hasad dengki, dendam dan lain-lain kejahatan manusia akan pupus dari kalangan manusia.

Bilamana semua golongan manusia atau majoriti dari manusia ini adalah manusia yang berakhlak, manusia akan saling tertarik dan kasih pada sesamanya. Mereka akan berbaik-baik dan tidak bersengketa lagi. Dunia akan aman dan selamat.

Bilamana orang Islam amankan dunia. Pendidikan akhlak pada manusia sebagai faktor pengikat atau penjalin hubungan kasih sayang antara manusia sejagat, perlu diperkenalkan pada dunia. Akhlak baik ini disukai oleh manusia sedunia. Tetapi mengapa perkara kesukaan bersama ini tidak diusaha dapatkan?

Manusia hanya akan jadi manusia, berbeza dari binatang, bila ia memiliki akhlak baik ini. Iaitu sifat yang terbentuk oleh hati yang baik. Hati yang baik terbentuk oleh makanan yang baik-baik. Nabi Muhammad Salallahu Allahi Wa Sallam ada bersabda:

“Ketahuilah di dalam diri (anak Adam) ada seketul daging. Bila baik daging itu, baiklah manusia. Bila jahat daging itu, jahatlah manusia. Itulah hati.”


__________________________


Tarikh 20/03/2015


PERANAN ANAK TERHADAP IBU BAPA.

Oleh: Norfazillah Bt Md Zain

PERANAN ANAK TERHADAP IBU BAPA.
Kedudukan ibu bapa begitu tinggi menurut pandangan islam. Dalam firman Allah SWT :
Dan tuhan mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu mengherdik (menengking) keduanya dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka bedua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah : ‘ya tuhanku kasihanilah mereka berdua , sebagaimana mereka telah mengasuh aku sewaktu kecil’’ tuahnmu lebih mengetahui apa yang ada dalam hatimu; jika kamu orang-orang yang baik, maka sesungguhnya Dia Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat. (surah Al-Isra’ : 23-25)

Dalam ayat itu Allah SWT menyuruh hamba-NYA supaya mengesakannya dan mengabdi kepadanya. Di samping itu Allah SWT mengiringi perintah itu dengan perintah berbakti kepada ibu bapa. Ini membuktikan tingginya kedudukan ibu bapa dalam pandangan syarak.

Kita disuruh bersyukur kepada Allah kerana banyaknya jasa ibu bapa kepada kita. Kerana mulianya ibu bapa serta besarnya jasa yang sudah mereka berikan kepada kita, maka berbuat baik kepada mereka pun sangat besar pahalanya disisi agama islam.

Dalam kitab sahih bukhari ada disebutkan:-
Dari Abdullah, beliau berkata : saya telah bertanya kepada nabi s.a.w. tentang amalan apa yang paling disukai Allah SWT. Beliau menjawab: ‘solat pada waktunya’. Saya Tanya lagi : ‘kemudian apa lagi?’ beliau menjawab : ‘jihad fi sabililah.’.

Menurut hadis ini berbakti kepada ibu bapa merupakan ibadat yang paling afdal setelah solat. Maksudnya berbuat baik kepada ibu bapa seimbang pahalanya dengan mengerjakan solat. Padahal solat itu sendiri merupakan tiang agama. Ini menunjukkan berbuat baik kepada ibu bapa dan menghormatinya merupakan satu perkara yang penting dalam kehidupan sebagai seorang muslim.

TANGGUNGJAWAB ANAK KEPADA IBU BAPA.
Antara tanggugjawab anak kepada ibu bapa:-
1) Bercakap dengan ibu bapa secara sopan
Ketika bercakap dengan ibu bapa, seorang anak tidak boleh meninggikan suara. Setiap tutur kata yang di ucapkan perlu dilakukan secara sopan dan hormat. Malah seorang anak juga tidak boleh menggunakan perkataan ‘AH’ kepada ibu bapa kerana dianggap menderhaka kepada ibu bapa. Mengherdik maksudnya mengeluarkan kata-kata kuat atau bercakap kasar.

Allah SWT berfirman:

Dan janganlah engkau mengherdik mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.( Surah al-isra’ : 23)

2) Mentaati perintah ibu bapa.

Islam mewajibkan kita untuk mentaati perintah ibu bapa selagi segala perintah itu tidak bertentangan syarak. Walaupun ibu bapa itu berlainan agama tetapi anak memeluk agama islam tetapi diwajibkan anak itu untuk mentaati ibu bapa.

3) Mendoakan kedua ibu bapa.

Ibu bapa merupakan orang yang perlu dihormati. Islam menyuruh kita untuk sentiakan mendoakan kesejahteraan kedua ibu bapa supaya mendappat pengampunan dan rahmat dari-NYA. doa yang dibuat oleh Nabi Nuh dan Nabi Ibrahim :-

Ya tuhan ibu bapa kami dan semua kaum Mukminin kami, ampuni dosa kami dan kedua pada hari perhintungan hisab/ hari kiamat.

4) Mengunjungi kawan – kawan ibu bapa.
Di antara cara berbakti kepada ibu bapa termasuklah menghubungkan silaturrahim dengan kawan-kawan mereka. Tidak kira samada ibu bapa itu masih hidup mahupum sudah dunia. Seorang anak juga wajib untuk menunaikan atau menyempurnakan janji dan segala hutang yang dibuat oleh ibu bapa semasa mereka masih hidup. Janji yang ditunaikan mestilah tidak melanggar hukum syarak.
Contohnya : seorang ayah mewasiatkan untuk menyumbangkan sebahagian hartanya kepada fakir miskin, maka wasiat itu wajib di tunaikan.

5) Merendah diri kepada ibu bapa
Merendah diri disini bermaksud menjadikan dan menganggap ibu bapa lebih hebat dan lebih mulia. Ini dilakukan melalui tutur kata, cara pandang, gaya dan tingkah laku. Walaupun setelah kita telah Berjaya dan lebih mengetahui dari ibu bapa kita dalam segala bidang namun dilarang sama sekali untuk membanggakan diri. Sebagai seorang anak perlu tunduk dan hormat seperti seorang rakyat dengan pemimpin.


MANA YANG LEBIH BAIK??
- Antara berjihad dan bersama ibu bapa atau mengurus ibu bapa, mana yang lebih baik. Dalam hal ini mengurus ibu bapa merupakan keutamaan. Seorang anak tidak boleh pergi berjihad tanpa mendapat keizinan dari ibu bapanya. Ini dapat dilihat dari riwayat Rasullullah s.w.t. apabila datang seorang lelaki berjumpa dengan Rasulullah s.w.t. baginda kemudian bertanya kepada lelaki tersebut samada orang tuanya masih hidup’. Dia menjawab : ‘ayah dan ibuku masih hidup. Tadi saya tinggalkan mereka dalam keadaan menangis’ .mendengar yang demikian Rasulullah s.w.t pun berkata ‘ kalau begitu pulanglah ke rumah orang tua mu. Jadikanlah mereka tertawa sebagaimana engkau membuat mereka menangis.

KESAN DARIPADA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA

Berbuat baik kepada ibu bapa memberi kesan yang besar dalam agam dan dunia, dan pengaruhnya dapat dapat segera dilihat di dunia mahupun kelak di akhirat antaranya adalah:

1 seseorang akan mendapatkan kemulian daripada Allah keerana menjalankan perintahNya iaitu berbuat baik kepada ibu bapa. Hal ini juga telah menunjukkan sifat taat kepada Allah.

2 Berbuat baik adalah sifat yang disebut untuk menunjukkan kemulian seseorang sepertimana yang disebutkan kepada sifat nabi Yahya dan Isa as dan nabi – nabi yang lainya yang telah berbuat baik kepada ibu bapa

3 Seseorang yang berbuat baik kepada ibu bapa juga, akan merasa kelapangan hati kerana telah menunaikan kewajipan sebagai seorang anak dan juga menunjukkan perlakuan yang baik.

4 Selain itu, tindakan berbuat baik juga, menyebabkan seorang anak itu dapat merasakan kenikmatan bermesra dengan keluarga. Mereka juga akan lebih menghargai antara satu sama lain dalam sebuah keluarga.

5 Tambahan lagi, sejarah perjalanan hidup yang baik akan disebut- sebut oleh orang ramai setelah meninggal dunia. Perbuatan ini juga akan menjadi satu contoh yang baik kepada orang ramai dan secara tidak langsung menerima penghargaan daripada mereka. Seperti mana yang telah disebutkan dalam hadis sahih bahawasanya Uwaisan al- Qaraniy dikunjungi oleh orang ramai dan mereka meminta doa dan mohon keampunan kepada Allah, sebagai satu ikutan kepada wasiat Rasulullah s.a.w kerana dia telah berbuat baik kepada ibu bapanya. Sepertimana riwayat daripada Aisar bin jabir daripada Umar bin al-khatab ra, berkata ketika melihat Uwaisan :

‘aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “akan datang kepada kalian Uwais bin Amir bersama sejumlah orang-orang ahli Yaman, dari Murad dan dari Qaran. Dia dahulu mempunyai penyakit kusta dan dia telah sembuh daripadanya kecuali satu tempat sebesar satu dirham. Apabila engkau dapat memohon ampunan daripadanya maka lakukanlah hal tersebut”. Maka aku pun memohon ampunan kepadanya dan dia pun memohonkan untukku, kemudian Umar berkata “ dari manakah engkau berasal?’ dia berkata : ‘ aku berasal daripada kufah’, berkata Umar: dapatkah aku menulis padamu satu surat kepada pemerintahnya?’ dia berkata: ‘ aku akan berada ditengah- tengah orang yang mencintaiku H.R muslim.

6 berbuat baik kepada ibu bapa akan mendapatkan ganjaran yang berlipat kali ganda, dalam hadis disebutkan : berbuat baiklah engkau kepada bapamu, maka kelak anak-anakmu akan berbuat baik kepadamu, dan berlaku jujurlah kelak isteri-isterimu akan berlaku jujur padamu. Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Thabrani dengan sanad hasan dari ibnu Umar, dan hadis ini pula diriwayatkan oleh Aisyah dan lain – lainya.

7 Berbuat baik kepada iu bapa dapat menghapuskan dosa. Dalam hadis disebutkan bahawasanya seorang lelaki berkata kepada Rasulullah s.a.w : ‘nabi aku telah berbuat dosa besar maka adakah aku dapat bertaubat daripada nya?’ Rasulullah s.a.w menjawab. ‘ adakah engkau mempunyai ibu ?’ lelaki itu menjawab: ‘tidak’. Rasulullah s.a.w berkata ‘adakah ibumu mempunyai saudara perempuan?’ lelaki itu menjawab :’ ya’. Rasulullah s.a.w berkata ‘ maka berbuat baiklah kepadanya ‘


8 Berbuat baik adalah kunci masuk ke dalam syurga. Dalam hadis ini disebutkan bahawa seorang berkata : ‘wahai rasulullah apakah hak ibu bapa daripada anak- anaknya.?’ Rasulullah s.a.w berkata : ‘kedua-duanya adalah kunci syurga dan nerakamu”.

9 Berbuat baik kepada ibu bapa dapat mengangkat darjat seseorang disisi Allah. Seperti mana yang disebutkan dalah hadis : ‘ aku masuk ke syurga dan aku dengar suara seseorang di dalamnya’ . aku bertanya: ‘suara siapakah itu?’ mereka berkata. “ suara harithah bin al- nu’man’ . rasulullah kemudian berkata: ‘ demikianlah balasan orang yang berbuat baik, dan perkataan ini di ulangi dua kali.

10 Selain daripada itu, dengan berbuat baik kepada ibu bapa dapat menyelamatkan diri daripada bahaya melalui doa daripada ibu bapa. Ini kerana doa daripada ibu bapa tidak akan ditolak oleh Allah.

DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Derhaka kepada ibu bapa merupakan perkara yang amat dilarang oleh islam. Ini dibuktikan melalui firman Allah swt iaitu:
“maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.

(Surah Al-Isra:23)
Orang yang derhaka tidak akan merasa tenang di dalam hidupnya. Malah orang di sekeliling juga tidak akan menghormati mereka. Mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa mereka, akan mendapat balasan yang setimpal di dunia. Sabda Rasulullah s.a.w : ‘berbuat baiklah kepada orang tuamu agar anak-anakmu berbuat baik kepadamu’.
Mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa juga tidak akan berjaya dalam hidupnya. Mereka ini tidak mempunyai sifat keperimanusiaan dan tidak mengambil berat akan masalah orang lain. Mereka ini tidak mempunyai tempat di tengah-tengah masyarakat.
Mereka yang menderhaka kepada kedua ibu bapa juga akan disegerakan azab mereka sebelum di akhirat. Seperti mana yang ditunjukkan dalam sabda Nabi s.a.w, ‘setiap dosa akan diakhirkan oleh Allah swt hingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibu bapa maka Allah menyegerakannya semasa hidup sebelum dia meninggal’. Hadis riwayat al – hakim dan disahkan oleh abu bakar.
Perbuatan menderhaka kepada kedua ibu bapa juga akan mudah mendapat kecelakaan dari doa ibu bapa. Doa ibu bapa amat mustajab seperti mana yang terdapat dalam hadis juraiz jikalau ibu bapa mendoakan bala musibah menimpanya, maka benar akan berlaku kepadanya.

SEBAB – SEBAB DERHAKA
Antara sebab- sebab nya ialah :
Sikap tamak pada harta benda mendorong seseorang untuk menderhaka kepada kedua ibu bapanya. Contohnya Al-muntasir yang merebut Negara turki dari bapanya dengan cara membunuhnya dan menggantikan kedudukannya. Anak yang derhaka ini tidak lama memerintah Turki kerana rakyat Turki berhasil memenggal kepalanya.

Kelalaian ibu bapa dalam mendidik anak secara material mahupun adab sopan santun merupakan faktor kepada berlakunya perbuatan derhaka kepada ibu bapa.sepertimana seorang lelaki datang kepada Umar mengeluhkan anaknya yang derhaka kepadanya. Kemudian Umar memberi nasihat kepadanya kerana dia telah membiarkan anaknya tanpa pendidikan dan menamakan anaknya dengan nama yang buruk.

Selain daripada itu, sikap melebih-lebihkan satu anak daripada anak yang lain atau membezakan setiap anak-anak menyumbang kepada berlakunya perbuatan derhaka kepada ibu bapa.

CARA BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA.
Taat kepada ibu bapa
Taat kepada ibu bapa berlaku dengan melaksanakan keinginan mereka berdua, menjauhi apa-apa yang menyakiti hati mereka, bersegera dalam menjawab dan menyenangkan hati mereka. Walaubagaimanapun ketaatan kepada ibu bapa tidak boleh meelanggar syariah Allah. Apabila mereka memerintahkan untuk melakukan perkara seperti syirik, mencuri, atau meninggalkan sembahyang, maka tidak wajib seseorang anak itu mentaatinya malah perlu dihindari. Sekiranya ibu bapa meminta anak menceraikan isterinya, harus dilihat dari sebab mengapa perlu dilakukan. Apabila kedua ibu bapa memerintahkan untuk menceraikan isterinya kerana buruknya akhlak isteri atau tidak dapat menjalankan tanggugjawab sebagai isteri maka wajib untuk mentaati perintah kedua ibu bapanya. Namun sekiranya perintah untuk menceraikan isteri itu berdasarkan perkara peribadi yang tidak dapat diterima oleh akal yang sihat dan agama maka tidak wajib perintah itu untuk ditaati.

Memberikan nafkah kepada ibu bapa.
Memberikan nafkah kepada kedua ibu bapa adalah salah satu cara berbuat baik kepada ibu bapa. Memberi nafkah yang dapat mengcukupi keperluan ibu bapa dan ia sesuai dengan kemampuan keduanya seperti memberikan makanan, pakaian, perkhidmatan dan sebagainya.

Tidak melebihkan isteri dari ibu bapa.
Hendaklah anak mengambil berat pada ibunya dan lebih mengutamakannya apabila terjadi pertikaian antara ibu dan isteri. Ini kerana anak merupakan sebahagian daripada ibunya bselamanya akan kekal di dalam hatinya samada dalam suka mahupun duka, dalam keadaan sakit mahupun sihat. Bahkan seorang ibu itu sanggup bersusah payah demi kebahagiaan anaknya, mekipun anaknya melakukan perkara yang menyakitkan hatinya.

BERBUAT BAIK KEPADA IBU BAPA SETELAH MEREKA MENINGGAL DUNIA.
Sesungguhnya berbuat baik kepada ibu bapa tidak hanya terhad semasa mereka masih hidup, tetapi juga dilakukan setelah mereka meninggal dunia. Sekiranya ibu bapanya semasa hidup masih mempunyai hutang maka wajib bagi warisnya mengantikannya. Dalam sebuah hadis ‘ sesiapa yang meninggal dan atasnya kkewajipan puasa, maka walinya wajib menggantikanya’.

Selain itu, mendoakan ibu bapa juga setelah mereka meninggal dunia merupakan amalan baik kepada ibu bapa.Tiga perkara yang di bawa oleh si mati setelah dia meninggal dunia seperti yang terdapat dalam hadis Rasulullah s.a.w ‘apabila telah meninggal anak adam, telah terputus segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakannya.’ Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah. Ini menunjukkan bahawa doa dari seorang anak yang soleh untuk kedua ibu bapa juga dapat disalirkan kepada kedua ibu bapa walaupun mereka telah meninggal dunia


__________________________


Tarikh 20/03/2015


Pengertian Halal Dan Haram

Oleh: Nur Izni Bt Ismail

Pengertian Halal Dan Haram

Halal ialah suatu benda @ perbuatan yang tidak terlepas daripada 5 perkara iaitu halal, haram, syubhat, makruh dan mubah. Kita disuruh oleh Allah supaya memakan barangan yang halal menjauhi barangan yang haram. Hal ini kerana makanan yang halal dapat menambah cahaya iman serta boleh memakbulkan doa kita. Manakala makanan yang haram boleh menggelapkan hati serta menjadi dinding penghalang kepada doa kita.

Haram adalah perkataan lawan kepada halal. Ia di istilahkan sebagai ketentuan hokum iaitu sesuatu yang dilarang oleh syarak. Berdosa jika mengerjakannya dan dapat pahala jika meninggalkannya. Kita disutruh oleh Allh supaya menjauhi segala benda @ barangan sama ada dari segi zatnya @ hasilnya kerana perkara tersebut menjadi penghalang kepada doa kita sekaligus boleh menggelapkan hati kita daripada melakukan perkara yang baik serta boleh membawa kita kepada neraka akhirat kelak.

PENGGOLONGAN BENDA-BENDA HARAM

Benda yang haram terdiri daripada bangkai, arak, daging babi dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah. Kesemua barangan ini dilarang dan tidak hala sama sekali untuk dimakan sama ada dalam kuantiti sedikit @ banyak kecuali dlam keadaan darurat iaitu boleh mendatangkan keburukan kepada kesihatannya jika tidak memakannya. Terdapat 3 jenis benda ynag ada dimuka bumi ini yang halal dan haram jika dibuat iaitu bahan galian, tumbuh- tumbuhan dan haiwan.

Bahan Galian
Bahan galian merupakan bahagian @ sesuatu yang di keluarkan dari bumi. Benda ini halal dimakan jika berada di situasi yang terdesak walau bagaimanapun ia tetap haram di sisi syarak.

Tumbuh Tumbuhan
Tumbuh tumbuhan merupakan makanan yang halal di makan dengan syarat jenis tumbuhan tersebut tidak boleh mengkayalkan @ tidak menyedarkan kita daripada keadaan sebenar ia halal dimakan. Jika kita makan jenis tumbuhan yang beleh melalaikan dan membuat kita khayal ia akn menjadi haram. Contohnya bius, ganja, dadah, arak dan lain-lain. Tidak semua jenis tumbuh tumbuhan haram di makan. Ada juga tumbuh tumbuhan yang boleh di makan dan boleh dibuat ubat.

Haiwan
Jenis binatang juaga ada yang boleh dimakan dan ada yang tidak boleh dimakan. Misalnya kambing, lembu adalah binatang yang halal untuk dimakan tetapi dengan syarat binatang itu perlu disembelih mengikut syarak iaitu menyebut nama Allah, menggunakan pisau yang tajam, haiwan itu sihat wal’fiat , sempurna tubuh badan dan sebagainya.Jika binatang itu didapati mati @ disembelih tanpa mengikut syart-syarat penyembelihan binatang maka binatang itu haram untuk di makan.


MEMAKAN HARTA ATAU SESUATU YANG HARAM DAPAT MENGGELAPKAN HATI

Orang yang selalu makan harta yang haram atau yang syubhat maka ia akan berada jauh dari segala kebajikan kerana makanan yang haram atau yang syubhat itu akan mengeraskan dan menggelapkan hati,menyekat seluruh anggota badan daripada berbuat baik dan beribadat. Selain itu, ia juga menyebabkan tidak termakbul segala amalan dan doa kita.

Oleh itu, kita hendaklah menjaga dan mengawasi diri supaya sentiasa mengambil yang halal dan menjauhi yang haram.

SESUATU YANG MEMBAWA HARAM MAKA HARAM JUGA HUKUMNYA

Islam telah menetapkan bahawa sesuatu yang mengharamkan maka cara yang membawa kepada perbuatan haram tersebut adalah haram hukumnya.

Misalnya perbuatan zina, berdua-duaan, bergaul dengan bebas, foto-foto lucah, menyanyi yang boleh mengghairahkan dan lain-lain.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM MASALAH IBADAH

Berjumpa Dukun @ Bomoh
- Islam tidak membataskan dosa hanya kepada tukang tenung dan para pendusta sahaja tetapi kepada semua orang yang datang dan bertanya serta membenarkan kesilapan dan kesesatan mereka itu akan bersekutu dalam dosa.

Mengganggap Sial Kerana Adanya Sesuatu
- Merasa sial kerana berlaku sesuatu itu adalah perbuatan tathayyur.
- Orang yang beranggapan seperti itu termasuk dalam golongan kufur kepada Allah dan ini adalah perkara yang dilarang keras oleh ajaran yang dibawa oleh Rasullah saw.
- Tathayyur adalah hal yang berdiri tanpa landasan ilmu pengetahuan @ sesuatu kenyataan yang benar.
- Dengan erti kata lain seseorang yang waras dan berakal percaya akan mendapat sial kerana seseorang @ kerana tempat.

Mencaci Maki Angin
- Angina adalah uadar yang bergerak dan dicipta oleh Allah SWT ia bergerak ke mana sahaja mengikut kehendak-Nya
- Sebagai seorang mukmin yang mengetahui kebesaran dan keagungan Allah hendaklah memohon perlindungan dan derdoa kepada-Nya semasa berlaku kejadian tersebut.
- Sesungguhnya orang yang mencaci dan mencela apa yang berlaku iaitu angina samalah ertinya seperti mencela dan memaki penciptanya iaitu Allah SWT.

- Menganggap Hujan Turun Kerana Yang Lain Selain Allah
- Hujan adlah ciptaan Allah maka ia berkuasa untuk menurunkan hujan itu di mana sahaja yang dikehendakinya.
- Barangsiapa yang menganggap hujan turun disebabkan sesuatu seperti binatang maka ia benar-benar telah kufur terhadap Allah.
- Perbuatan tersebut dilarang keras oleh agama islam.

Bertangkal
- Bertangkal adalah sesuatu kebodohan dan kesesatan yang bertentangan dengan sunatullah.
- Seperti menganggap bahawa tangkal dan bacaan mantera di atas kubur itu dapat menyembuhkan penyakit dan dapat melindungi diri dari malapetaka.
- Islam melarang keras umatnya untuk bergantung kepada tangkal @ azimat kerana perbuataan tersebut akan menyesatkan kemurnian tauhid kita.

Meratapi Orang Yang Sudah Mati
- Meratapi seseorang yang telah meninggal dunia dengan berteriak-teriak, menabur debu di atas kepalanya, mengoyak-ngoyak pakaiaan serta memukul-mukul pipinya adalah termasuk dalam adapt jahiliah.
- Budaya dan amalan seperti itu dilarang keras oleh islam.
- Haram hukumnya bagi uamt islam yang mengamalkan perbuatan tersebut.
- Adalah tidak berdosa apabila sekadar menangis atas kematian seseorang dengan menitiskan air mata tanpa melampaui batas ini adalah prebuatan fitrah.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM AKHLAK

Riak
- Riak adalah perbuatan menunjuk-nunjuk @ memperlihatkan amalan abadat kepada orang lain supaya dihormati dan disanjungi.
- Contohnya, seseorang itu melakukan solat, zakat, haji, bersedekah, berjihat fi sabilllah, membaca al-Quran supaya disanjungi dan dihormati oleh khalayak ramai tidak kerana ingin mendapat pahala dari Allah.
- Amalan ini tidak disenangioleh Allah dan tidak akan peroleh imbuhan di akhirat kelak

Derhaka Kepada Kedua Orang Tua
- Kewajipan seorang anak terhadap kedua orang tuanya adalah berbuat baik, taat dan hormat.
- Ibu kita lebih berhak untuk ditaati dan dihormati kerana dialah yang paling berat menanggung penderitaan waktu mengandung, melahirkan, menyusui, mengasuh dan mendidik kita.
- Oleh kerana penderitaan yang ditanggung oleh ibu bapa kita terlalu berat maka Allah telh menempatkan kedua orang tua kita di tangga kedua selepas berbakti kepada-nya.
- Oleh itu, Nabi Muhammad saw menganggap menderhaka kepada kedua orang tua adalah satu perbuatan dosa besar.sesudah syirik.
- Terdapat 3 kategori manusia yang tidak akan masuk syurga iaitu orang yang derhaka kepada orang tua, lelaki yang tidakada perasaan cemburu terhadap keluarganya dan perempuan yang menyerupai lelaki.
- Perbuatan menderhaka kepada kedua orng tua kita adalah tidak berbuat ihsan kepada mereka, menentang dan tidak mahu menurut perintah dalam hal kebaikan, menyakiti @ melukai hati mereka, menyengsarakan sama ada secara langsung @ tidak langsung dan lain-lain.
- Perbuatan derhaka akan menyebabkan kita hidup deria dan sengsara di dunia.

Mengumpat
- Mengumpat adalah menyebut-nyebut keburukan orang lain di belakang ornga yang berkenaan.
- Keburukan yang diceritakan itu sama ada tenteng dirinya sendiri @ keluarganya.
- Islam melarang perbuatan tersebut kerana seseorng muslim itu adalah saudara muslimnya sendiri.
- Hukumnya haram malah termasuk dalam melakukan dosa besar kerana mengandungi ancaman berat apabila umpatan tersebut dilemparkan kepada para alim ulamak.

Mengadu Domba
- Mengadu domba adalah memindahkan kata-kata seseorang yang dibicarakan bengan tujuan untuk menimbulkan permusuhan antara satu sama lain iaitu mengotorkan yang jernih.
- Hukumnya adalah haram dan ia termasuk dalam dosa besar dan membawa kepada fitnah yang lebih berbahaya daripada pembunuhan.

Buruk Sangka
- Islam inagin masyarakatnya ditegakkan dengan penuh kejernihan hati dan rasa percaya antara satu sama lain.
- Islam melarang umatnya untuk saling tuduh menuduh dan prasangka buruk antara satu sama lain.
- Prasangka buruk adalah tidak baik bagi seseorang muslim terhadap saudaranya sendiri tanpa suatu alas an dan bukti yang jelas.
- Oleh itu prasangka buruk tidak patut ada dihati individu dan masyarakat.

Mengintip Orang Lain
- Termasuk dalam akhlak yang tercela dan harus dijauhi kerana mengintip orang lain akan menimbulkan kemarahan orang yang diintip jika diketahui sama ada dilakukan di kolam renang, di rumah @ di mana sahaja.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM MAKANAN

Bangkai
- Bangkai adalah binatang yang mati dengan sendirinya tanpa disembelih mengikut ajaran agama islam.
- Bangkai binatang yang tidak berdarah seperti semut, lebah dan sebagainya adalah suci.
- Tulang dari bangkai, tanduk, bulu, rambut, kuku dan kulit hukumnya suci kerana berasal dari suci.

Binatang Yang Disembelih Bukan Kerana Allah
- Binatang yang disembelih bukan kerana Allah iaitu tidak menyebut nama Allah tetapi nama berhala
- Oleh kerana tidak menyebut nama Allah semasa menyembelih binatang maka ia dilarang daripada memakan binatang tersebut.

Syarat-syarat Penyembelihan
- Binatang tersebut mestilah disembelih dengan sesuatu alat yang tajam yang dapat mengalirkan darah binatang tersebut dengan baik.
- Penyembelihan itu perlu dilakukan di leher biantang tersebut dengan memotong putus urat nadi pada kerongkong binatang itu
- Tidak sebut nama lain selain nama Allah
- Membaca bismillah ketika menyembelih

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM MINUMAN

Arak
- Arak adalah minuman yang mengandungi alcohol yang memabukkan.
- Arak sangat berbahaya kepada seseorang dari segi akal tubuh agama dan dunia.
- Islam bukan sahaj mengharamkan peminuman arak tetapi juga urusan yang berkaitan dengan arak iaitu memperdagangkannnya, mengimport,memproses, membuka,dan bekerja di kilangnya.
- Islam juga menharamkan perbuatan menggunakan arak sebagai ubat untuk menyembuhkan penyakit.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALM PERHIASAN

Emas & Sutera Asli
 Adalah2 jenis perhiasan yang diharamkan untuk memakainya bagi orang lelaki tetapi halal bagi orang perempuan.

Pakaian Wanita Yang Mengikut Bentuk Badan
 Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang seksi dan menampakkan susuk badan sehingga boleh menimbulkan fitnah dan sebagainya.


Menipiskan Kening
 Adalah salah satu cara berhias yang berlebih-lebihan yang diharamkan oleh islam.
 Bercukur adalah perbuatan yang tidak bermoral dilakukan oleh perempuan.

Menyambung Rambut
 Rambut adalah suatu anugerah Tuhan yang diberikn kepada kita sekaligus merupakan mahkota bagi tiap-tiap insane.
 Khususnya kaum wanita kerana rambut adalah media untuk berhias dn mencantikkan diri.
 Islam melarang umatnya menyambung rambut dengan rambut asli terutama bagi kaum wanita.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM RUMAH

Bekas Emas & Perak
- Islam mengharamkan daripada membuat atau menggunakan bekas yang diperbuat dari emas atau perak atau peralatan dari sutera tulin untuk menutup tilam atau bantal.

Menghiasi Rumah Dengan Patung
- Seseorng muslim dilarang dan diharamkan untuk menghiasi rumahnya menggunakan patung-patung dengan tujuan untuk diagungkan
- Patung tersebut akan menghalang malaikat daripada masuk dalam rumah kita untuk membawa rahmat kepada penghuninya.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAMKAN DALAM PERKAHWINAN

Menbujang Bagi Orang Yang Mampu Kahwin
- Islam melarang keras hidup tanpa berkahwin.
- Seseorang itu diharam menentang perkahwinan dengan menganggap hidup membujang demi berbakti kepada Allah padahal dia mampu kahwin.

Meminang wanita Beriddah
- Seorang lelaki meminang perempuan untuk dijadikan isteri mengikut kebiasaan yang dilakukan oleh masyarakat sekarang.
- Diharamkan meminang bekas isteri orang yang masih dalam iddah iaitu iddah cerai atau iddah kematian.

Kahwin Cina Buta
- Seorang lelaki mengahwini perempuan yang diceraikan oleh suaminya dengan talak tiga kemudian diceraikan semula dengan tujuan agar bekas suaminya itu dapat berkahwin dengan bekas isterinya.
- Perkahwinan itu adalah berdosa besar dan haram hukumnya.


Memadu Dua Orang Perempuan Bersaudara
- Allah mengharamkan kaum lelaki untuk memadukan dua saudara kandung atau antara seorang perempuan dengan emak saudara dari ayahnya atau seorang perempuan dengan emak saudara dari ibunya.

PERKARA YANG DILARANG & DIHARAM DALAM PUASA

Berpuasa Pada Hari Kedua Hari Raya
- Pada hari raya kedua uamt islam diharmkan berpuasa

Berpuasa Pada Hari Tasyriq.
- Iaitu pada 11, 12, 13, selepas Hari Raya Haji.
- Uamt islam diharamkan berpuasa pada hari tersebut.

Mengkhususkan Puasa Pada Hari Jumaat.
- Kita dilarang berpuasa pada hari jumaat sahaja keran pada hari tersebt adalah hari keagungan bagi uamt muslimin jika berpuasa sehari sebelum hari jumaat dikecualikan.
- Jika kita berpuasa juga ia akan jadi makruh sahaja.

Berpuasa Sepanjang Masa
- Haram hukumnya jika berpausa sepanjang masa.
- Allah menyukai umatnya yang berpuasa secara berselang seli dan bukanya sekaligus sepanjang masa.

PERKARA YANG DILARANG DAN DIHARAM DALAM MUAMALAH

Menipu Dan Membelit
- Islam mengharamkan semua bentuk macam penipuan sama ada dalam masalah jual beli, dan lain-lain.
- Kita perlu hindari dari penjualan yang bersifat menipu orang lain.
- Orang islam diwajibkan berlaku jujur dalam segala urusan.

Menjual Barang Dengan Sumpah Palsu
- Menjual barang dengan sumpah palsu atas nama Allah ketika menjalankan urusniaga.
- Jangan membiasakan diri berbuat sedemikian kerana keuntungan dunia yang kita kejar lebih kecil berbanding di akhirat kelak.

Mengurangi Timbangan
- Allah memerintahkan agar jual beli itu dilangsungkan dengan sempurna timbangan, sukatan, ukuran meter dan sebagainya.
- Setiap muslim perlu bersikap adil dan jujur untuk keadilan yang sebenar.

Penentuan Harga
- Pemasangan harga nilai tertentu untuk barang yang akan dijual dengan wajar.

Menimbun Barang
- Membeli sesuatu barangan dan menyimpannya agar barang tersebut berkurangan di pasaran bertujuan menaikkan harganya.
- Perbuatan ini akan menyukarkan masyarakat dan menghadapi kesulitan.



__________________________


Tarikh 20/03/2015